Saturday, December 18, 2010

Untuk Renungan Bersama.

Sabda Nabi Muhammad Saw yang bermaksud:

"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik daripada semalam , dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah oran yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk daripada hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah Swt.

Sunday, November 7, 2010

'Aku'


"Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah yang terbaik di antara kamu. Apabila kamu lihat perbuatanku benar, maka ikutlah aku. Tapi apabila kamu lihat perbuatanku salah, maka betulkanlah."
~Saidina Abu Bakar Ash-Shiddiq Ra~

Friday, November 5, 2010

Sesungguhnya.

Mari kita mendengar dan menghayati sebuah lagu yang sangat mendalam maknanya daripada Raihan.Hayatilah dengan penuh ketenangan.




Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu ...


Monday, November 1, 2010

Hujan yang Terakhir.





Hujan

Petang tadi hujan turun dengan renyai-renyai. Burung-burung yang berterbangan meninggalkan permainan di atas angin. Awan yang telah penuh dengan air tidak dapat lagi menahan rasa. Muntahan mutiara-mutiara segar lalu deras turun ke muka bumi. Penuh dengan rasa keindahan. Aku masih lagi terlena dek keletihan. entah keletihan apa yang aku tanggungkan. Hendak kata lakukan kerja berat tidak sama sekali. Mungkin terlelap kerana cuaca yang sejuk dan mendung. Umpama malam. Matahari tidak nampak mukanya. Air yang turun menghentam bumi mengeluarkan bunyi. Aku masih pekak dan bisu membiarkan hujan itu turun.


Cuti

Perkataan inilah yang membuatkan pelajar-pelajar merasai keseronokan. Tidak perlu lagi ke sekolah mahupun kolej ataupun universiti buat semntara waktu. Perkataan inilah yang membuatkan aku merasai ketakutan. Ketakutan untuk pulang bercuti. Bukan bermakna aku tidak setuju dengan cuti,aku juga seperti pelajar-pelajar yang lain. Tetapi perkataan 'cuti' inilah yang merasukkan jiwa ini agar menjadi hina. Jiwa yang kotor memberontak mahukan kemaksiatan. Mahukan kenikmatan. Cuti sebenarnya tidak dapat mendidik hatiku ini agar terus istiqomah. Aku akan lalai dalam mengharungi hari-hari yang tiada pengisian. Batu yang diam akan dipenuhi dengan lumut. Sehebat mana pun kita jikalau hawa nafsu dan syaitan menguasai diri. Tiada yang dapat membentenginya melainkan iman yang kukuh. Sesungguhnya cutilah yang melumpuhkan jati diri remaja. Kebanyakkan remaja mengisi masa cuti dengan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat. Kiranya, aku akan bertambah setuju jikalau cuti ini penuh dengan pengisian yang santai. Cuti masih lagi menghantui pemikiran aku.


Matahari

Hujan kian reda. Awan berarak meninggalkan tempat yang telah ia sirami. Pergi setelah melakukan tugasannya. 'Dia' tidak pernah melanggar perintah dan suruhan. Patuh dan taat. Wajah matahari yang penuh dengan cahaya itu kembali menjelma. Menerangi setiap ruang lingkup kehidupan ini. Manusia keluar melakukan tugas masing-masing seperti biasa. Sudah tidak ada alasan lagi. Burung berterbangan riang bermain setelah lama berdiam di sarang. Perut yang kosong itu memberontak kelaparan. Anak-anak menangis kerana sudah lama mereka berpuasa. Kehadiran si cahaya itu memberi khabar gembira kepada makhluk-makhlukNya. Kehadirannya itu memberi erti bahawa itulah hujan yang terakhir menyirami kehidupan. Dan pada suatu saat nanti, manusia akan menanti hujan tiba dan mahukan matahari pergi pula.


Kota Tunjong
24 Zulkaedah 1431 H.
01/11/2010.
09:18 pm.

Saturday, October 30, 2010

Sekedip kedipan.

Aku merintis dalam setiap bicara.

Bicara yang sunyi dalam sanubari.

Mimpi-mimpi indah sudah terbang ke angkasa.

Kerana diri sudah lama bertapa.

Aku melihat ke arah kanak-kanak kecil itu.

Setiap langkahnya membuatkan aku tersenyum.

Aku melihat ke arah orang tua itu.

Setiap langkah kudratnya membuatkan aku terpesona.

Ingin sekali lagi aku bicara sama hati.

Dua tiga kali engkau kedipkan mata.

Engkau sudah berusia remaja.

Lima enam kedipan mata.

Engkau sudah berusia dewasa.

Tatkala mata ini sudah kurang kedipannya.

Engkau sudah berusia tua.

Lama yang engkau rasai itu hanyalah sekedip mata.

Maka,tatkala mata tiada lagi berkedip,itu tandanya engkau sudah 'berusia' selama-lamanya.


Kota Tunjong
4 Syawal 1431 H.
13/09/2010.
12:35 am.

Sunday, September 19, 2010

Perginya Seorang Pejuang.

Semalam bersamaan dengan 9 Syawal 1431 H iaitu 18 September 2010. Perginya seorang perjuang,pendakwah dan juga murabbi yang telah meletakkan segala-galanya untuk Islam dalam dirinya. Almarhum Ustaz Dahlan M.Zain telah pulang ke rahmatullah pada pukul 9.55 pagi di rumahnya di Mata Ayer,Perlis. Sesungguhnya pemergian almarhum ini merupakan sebuah kehilangan besar kepada sesiapa yang pernah mengenali almarhum khususnya. Perginya seorang Murabbi yang sejati. Moga permata-permata tarbiyyah yang telah almarhum curahkan dapat kita kukuhkan dalam diri kita. Agar kita menjadi sebahagian dari batu-bata pada dinding tarbiyyah. Mari kita berdoa agar Allah Swt menerima amal solehnya dan menempatkan almarhum dalam kalangan para Solihin. Amin.

Mari kita renungkan sejenak cebisan sajak As-Syahid Syed Qutb:



Saudara,
Andainya kematian engkau tangisi,
Pusara engkau siram dengan air matamu,
Maka di atas tulang belulang yang sudah luluh,
Nyalakanlah obor untuk ummat ini,
Dan...
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan.


Saudara,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan,
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu,
Taman-taman indah di syurga Allah,
Terhampar menanti,
Burung-burungnya berpesta menyambutku,
Dan berbahagilah hidupku di sana


Saudara,
Puaka kegelapan pasti akan lebur,
Fajar akan menyingsing,
Dan alam ini akan disinari cahaya lagi,
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya,
Jangan gentar berkelana ke alam abadi,
Di sana... cahaya fajar memancar..



10 Syawal 1431 H.
Kota Tunjong.
11:02 am



Thursday, September 9, 2010

Permulaan.




Pengakhiran.
Kehidupan di bulan Ramadhan telah berakhir. Berakhir dengan penuh keberkatan dan kebaikan. Membuatkan jiwa-jiwa yang melaluinya merasai kehalusannya. Merasai kekuatan yang telah muncul dalam diri.

Permulaan.
Kini kehidupan di bulan Syawal bermula. Bermula penuh dengan keseronokan. Disebalik keseronokan itu penuh dengan bara bahaya yang belum kita nampak dengan mata kasar. Kekuatan yang telah diraih mungkin akan terus dikukuhkan atau mungkin sama sekali akan luntur. Luntur dengan alasan-alasan duniawi. Kembalinya umat Islam kepada fitrah sebenarnya akan makna kehidupan ini.

Ramadhan 1432H.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah Swt menyampaikan kita kepada Ramadhan edisi yang akan datang. Kerana jika manusia mengetahui akan kebaikan Ramadhan nescaya mereka akan meminta agar Ramadhan berlaku sepanjang tahun. Berdoalah kita agar dipangjangkan umur untuk kita merasai kemanisan Ramdhan tahun hadapan.


'Aidil Fitr.
Maka,dengan munculnya hari kegembiraan umat Islam ini, dapat kita sama-sama melontarkan rasa keinsafan dalam diri kita. Oleh itu,dengan kesempatan yang Allah Swt berikan ini, saya ingin mengucapkan,

Salam 'Aidilfitri buat semua yang mengenali terutamanya pengunjung blog ini.

Maaf zahir dan Batin.


1 Syawal 1431 H.
Kota Tunjong.
11:15 pm

Pengakhiran.


Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah Swt kerana dengan limpahan kurniaan hidayah-Nya kita masih berada dalam akhir-akhir bulan Ramadhan ini. Semakin hari semakin hampir Ramadhan meninggalkan kita. Semakin Syawal datang menjelma.

Amirul Mukminin Saidina Umar Al-Khattab ketika berada diambang Ramadhan , berulang-ulang kali beliau mengucapkan, 'Ahlan wa sahlan ya Ramadhan, ahlan wa sahlan ya Ramadhan...'

Sehinggakan khadam beliau mengatakan sekiranya manusia tidak mengetahui Ramadhan itu merupakan satu bulan,nescaya mereka akan menyangka Saidina Umar Ra sedang menuggu seorang lelaki yang bernama Ramadhan.

Bayangkan, di akhir-akhir Ramadhan ini pun mereka akan gelisah bahkan bersedih kerana Ramadhan akan berlalu pergi.

Adakah kita mengetahui hakikat berpuasa? Puasa bertujuan untuk mendapatkan taqwa. Taqwa merupakan sebuah bentuk ketaatan dan rasa takut kepada Allah Swt.

Suatu hari Saidina Umar Ra melepaskan tentera di medan perang dengan berpesan ,"Aku lebih takut akan dosa-dosamu daripada musuh-musuhmu kerana jika kamu berdosa Allah akan biarkan kamu kepada musuh-musuhmu."

Dalam peperangan lain, setelah selama 3 bulan peperangan tentera Islam tidak juga menang dan
kalah. Apabila Saidina Umar Ra mengetahui akan hal itu, beliau terus pergi menyiasat akan sebabnya. Beliau mendapati tentera Islam tidak lagi halus dalam taqwanya. Mereka lalai dalam bersugi dan tidak meluruskan saf-saf apabila melakukan solat.
Selepas semua itu diperbaiki, Islam mencapai kemenangan.

Jelaslah orang yang bertaqwa Allah Swt akan membantu dan memberi kemenangan di dunia dan akhirat.

Kita seharusnya merancang kehidupan yang hakiki iaitu kehidupan di akhirat. Dunia ibarat persinggahan sementara . Kematian sering menghampiri kita tidak kira pangkat ,jawatan atau pun apa sahaja. Tidak kira di mana sahaja . Kita harus mempersiapkan diri dengan bekalan-bekalan . Sentiasa bermuhasabah kerana peluang kehidupan di dunia hanyalah sekali sahaja tiada lagi peluang yang keduanya. Penyesalan di sana tiada gunannya lagi. Marilah kita sama-sama menginsafi diri. Muslimin yang bijak adalah sentiasa bermuhasabah diri. Orang yang paling bijaksana adalah orang yang bermuhasabah dan menyediakan bekalan.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal soleh sebelum menghadapi kematian. Manakala orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah taala( mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha).” (Hadis Riwayat At-Termizi Dan Ibnu Majah.)

Janganlah cahaya pagi satu Syawal nanti menjadikan surau-surau kosong kembali, al-Quran tidak lagi di baca dan tahmid dan takbir tidak lagi kedengaran. Kita tidak mahu menjadi seorang muslim di bulan Ramadhan sahaja.

Oleh itu, marilah sama-sama kita bermuhasabah dan meningkatkan keimanan kita di akhir-akhir Ramadahan ini agar kita dapat istiqomah dalam kehidupan sehingga kita kembali bertemu dengan-Nya.

30 Ramadhan 1431 H.
Kota Tunjong.
9:22 am

Saturday, August 28, 2010

Mencari Kekuatan .

Para pelajar khusyuk membaca al-Quran.

Ramadhan adalah bulan yang boleh diterjemahkan sebagai universiti taqwa. Bulan ini merupakan anugerah dari Allah Swt untuk hamba-hambanya yang beriman. Universiti ini ditubuhkan kerana mahu mendidik pelajar-pelajarnya untuk lebih berdisiplin dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang berdisiplin di universiti ini pasti akan berjaya. Tetapi seharusnya para pelajar berhati-hati daripada terjebak dengan sifat-sifat yang kurang baik jika mahu mengapai kejayaan.

Mari pelajar-pelajar sekalian, kita fahami dahulu apa yang di maksudkan dengan taqwa.

Suatu hari Saidina Umar Radhiallahu’anhu pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab tentang taqwa, “Apakah yang dimaksudkan tentang taqwa ya Ubai. Kata Ubai, “Tidakkah engkau pernah melalui satu jalan yang banyak duri?”. Jawab Umar, “Ya, saya pernah”. Kata Ubai, “Apakah yang engkau buat?”. Kata Umar, “ Saya angkat kain dan saya berhati-hati melangkah”. Kata Ubai, “Itulah taqwa.”

Itulah taqwa atau sebuah kejayaan yang kita cita-citakan. Mencapai tahap taqwa. Jadi para pelajar sekalian, seharusnya kita berusaha seikhlas hati apabila kita menjejak kaki ke universiti ini. Ingatlah sabda Rasulullah Saw :
"Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

Pelajar yang baik adalah pelajar yang mengharapkan keampunan dari-Nya. Mereka akan menjadikan universiti ini sebagai pusat didikan(tarbiyah). Bagi mereka tarbiyah itu penting untuk mencapai taqwa. Tiada yang lebih berharga melainkan taqwa. Mereka tidak akan menyia-nyiakan apabila mereka memasuki universiti ini. Mereka bersungguh-sungguh melaksanakan tugas mereka. Bagi mereka, kejayaan di universiti ini sangat penting untuk bekalan yang akan mereka bawa ke Eleventh Month University kelak. Mereka mencari kekuatan untuk mengharungi kehidupan di sana.

18 Ramadhan 1431 H.
Kota Tunjong.
12:12 pm

Friday, August 27, 2010

Indahnya Ramadhan.






Bismillahirrahmanirrahim...


Aku memuji dan mensyukuri Allah yang mendekatkan kepada kita pintu-pintu kebaikan, yang telah membuka pintu-pintu taubat untuk hamba-hambaNYa. Aku mengucapkan tahniah kepada kalian dengan kedatangan bulan yang diberkati, bulan penerimaan taubat, keampunan dan perlepasan dari neraka. Bulan kebaikan dan keberkatan. Bulan kemurahan dan ihsan.

Wahai Pemberi kebaikan-kebaikan berilah kepadaku hidayah.
Maka tidaklah bagi mereka yang tiada hidayah sebarang kebaikan.
Hapuskan salahku dengan kemaafan, kemesraan dan kasih-sayang.
Maka tiadalah keindahan bagi bersalaman dengan selainMU .

Sekiranya tidak diampunkan bagimu, dan tidak bergenang matamu, tidak luluh hatimu di hadapan Tuhanmu pada bulan ini… maka bilakah ia mungkin berlaku?


Pernahkah matamu basah kerana takutkan Tuhanmu walau sekali? Tidakkah kamu merasai Tuhanmu dekat di hatimu pada bulan ini? Tidakkah kamu yakin di sana ada peluang bagimu untuk bertambah dekat dan khusyu’, dan bertaubat dengan tunduk serta menjadi permulaan yang benar dalam kepulangan kepada Allah dengan pertambahan keakraban dengan Allah.
“Dan orang-orang yang meminta diberi petunjuk akan ditambah padanya hidayah dan diberikan kepada mereka taqwa mereka.”

Wahai Insan!

Ingatlah Allah menegur kita dalam firmanNya:
“Wahai manusia apakah yang telah memperdayakanmu dari Tuhanmu yang Maha Pemurah?”

Ya, wahai insan apakah yang telah memperdayakanmu dari Tuhanmu sehingga kamu terjerumus dalam maksiat kepadanya dan melampaui batas-batasNya? Adakah ikamu mengabaikan nikmat-nikmatNya? Ataupun lupa kepada pengawasanNya dan keagunganNya? Jangan dilihat pada kecilnya dosa… tetapi lihatlah keagungan siapa yang telah kau derhaka…. Janganlah menjadikan Allah remeh bagimu.

Untukmu Khabar Gembira

Di sini aku bentangkan bagi kalian berita gembira dari Tuhan Kalian Yang Maha Tinggi dan RasulNya sallahu alaihi wa sallam. Allah berfirman:

“Katakanlah: wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan dosa), janganlah kamu berputus harap dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

FirmanNya lagi:
“Dan orang-orang yang tidak menyeru bersama Allah tuhan lain dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali kerana kebenaran dan tidak berzina barangsiapa yang melakukannya maka mereka telah berdosa. Digandakan baginya seksa itu pada Hari Kiamat dan kekal dalam seksaan itu serta terhina. Kecuali mereka yang bertaubat dan beriman serta melakukan amal soleh, maka Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Sungguhlah beruntung mereka dan sangat besar kurnia bagi mereka, Allah menukarkan kebejatan mereka sebagai kebajikan... Allah Maha Besar! Tidaklah akan berlengah-lengah dalam tawaran ini melainkan mereka yang bodoh dan tidak mahukan kemuliaan.

Jika kamu mahukan kelebihan ini bertaubatlah!



Sabda Rasul:
“Allah berfirman: Wahai Anak Adam sesungguhnya jika kalian berdoa kepadaKu dan berharap dariKu Aku telah ampukan bagimu apa yang kamu lakukan(dari dosa) tidaklah aku peduli. Wahai Anak Adam, jika dosamu mencecah langit kemudian kamu memohon ampun dariKu nescaya Aku ampunkan bagiMu dan Aku tidak kisah.”

Sabda Rasul:
“Allah berfirman: Wahai hamba-hambaKU, sesungguhnya Kamu melakukan kesalahan pada waktu malam dan siang dan Aku mengampunkan semua dosa maka pohonlah keampunan dariKu nescaya Aku ampunkan bagimu.”

Sabda Rasul:
“sesungguhnya Allah membentangkan tangaNya pada waktu malam untuk mengampunkan taubat hamba yang berdosa pada waktu siang, dan membentangkan tangaNya pada waktu siang untuk mengampunkan taubat hamba yang berdosa pada waktu malam sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat.”

Ketika Rasul melihat seorang ibu mencari anak kecilnya dan ketika dia menjumpai anaknya lalu dipeluknya anak itu ke dadanya. Maka Baginda bertanya: Apakah ibu ini mendapati anakNya dalam api? Sahabat-sahabat menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Allah lebih menyayangi hamba-hambaNya daripada wanita ini menyayangi anaknya.”

Allah Maha Besar… Apakah kemuliaan ini begitu jauh sehingga kita acuh tidak acuh dalam taubat? Apakah kemuliaan ini begitu jauh sehingga kita berlengah dalam taubat? Ya Tuhan kami Maha Suci Engkau yang Maha Mengasihi, Ya Tuhan kami Maha Suci Engkau yang Maha Pengampun, Ya Tuhan kami Maha Suci Engkau yang Maha Pemurah.
Terus Terang Pada Dirimu


Apakah yang menghalangmu dari taubat dan melalui jalan kebaikan? Seolah aku mendengar kau berkata: Keluarga, masyarakat dan kawan kawan! Aku takut aku bertaubat kemudian aku akan kembali lagi melakukan maksiat! Dosaku banyak maka bagaimana akan diampunkan bagiku! Aku gusar akan harta dan keluargaku! Maka aku menjawab: Apakah kalian merasakan itu jawapan kalian di hadapan Allah ketika hari Pertemuan denganNya? Demi Allah tidak... bahkan itulah halangan dan kegusaran yang takkan dimusnahkan melainkan oleh sesiapa yang takut pada Tuhannya.

Maka berbanggalah dengan agamamu dan berazamlah dengan tulus kepada kebaikan dan berterusan di atasnya. Berserahlah diri kepada Allah, kemudian ingatlah rahmat Allah dan keluasan pengampunannya.

Jika dia mendatangimu... pada saat ini... Malaikat Maut apakah kamu redha menjumpai Tuhan kamu dalam keadaan kamu ini?
Maaflah... janganlah kalian lari dari diri kalian dan muhasabahlah ia. Jika kalian tidak bermuhasabah sekarang esok di dalam kubur kalian akan menyesal. Masa itu menyesal sudah tiada guna.


Kelahiran Baru


Ketahuilah sesungguhnya taubat bukanlah hanya dalam Ramadhan. Bahkan dalam Ramadhan dan semua bulan. Tetapi alangkah baiknya kalian dilahirkan semula dalam bulan berkat dan penuh kebaikan, Manusia boleh dilahirkan dua kali; hari dikeluarkan dari kegelapan rahim ibunya kepada dunia yang terang, dan hari yang dikeluarkan dari kegelapan maksiat kepada cahaya ketaatan. Maka jadikanlah itu dirimu.

Aku berpesan kepadamu... berdampinglah dengan orang orang yang baik yang memberi manfaat kepadamu sehingga selepas kamu mati... dengan izin Allah... dengan doa-doa mereka untukmu... berdampinglah dengan mereka pada pemergian mereka dan kepulangan mereka. Bersabarlah bersama mereka sehingga kamu dipanggil Allah maka ketika itu akan dikatakan kepadamu dan mereka:

“Sejahtera ke atas kalian dengan apa yang kalian sabarkan maka alangkah nikmatnya Negeri Akhir itu.” Ar Ra’d :24

Sebelum Pintu Tertutup

Sekarang dan jangan berlengah.Jalan yang kamu sedang lalui di atasnya menjadi laluan bagimu di dunia dan akhirat. Alangkah bahagianya dan alangkah gembiranya, sedang bergembira hati itu dengannya dan berbahagia ketika kembali kepada Tuhannya dalam keadaan yang bertaubat dan menyertai perahu orang-orang soleh... demi Allah kebahagiaan ini takkan dirasai melainkan oleh mereka yang telah melaluinya.


Andai kalian sudah berazam ingin bertaubat dan berubah... dan kembali kepada Allah serta tunduk... maka ketahuilah bagi taubat ini sayarat-syarat yang mesti dipenuhi:

1. Menyesal apa yang telah berlalu.
2. Menanggalkan segala dosa.
3. Berazam tidak kembali mengulanginya, sekiranya kalian kembali maka ulangilah. Taubat kepada Allah... tetapi keazaman ini mestilah tulus.
4. Sebelum nyawa sampai ke kerongkong dan sebelum matahari terbit dari barat.

-------------------------------

Tulisan Muhammad Abduh, diterjemah oleh Aiman Osman.

-Haluan

Saturday, July 31, 2010

Ramadhan Kareem.

Segunung Nikmat.


Bangun pagi dengan muka yang ceria.
Senyumannya menunjukkan suatu kepuasan dalam dirinya.
Suasana pada pagi itu agak dingin disertai angin yang begitu kencang.
Dia bersyukur dapat hidup di dunia ini lagi.
Masih dapat bernafas dan mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Suatu nikmat yang Allah anugerahkan.
Kesyukurannya bertambah apabila melihat keadaan tempatnya yang begitu harmoni dan damai. Mungkin dalam masa yang sama sekarang ini, tentera zionis laknatullah sedang menjalankan tugas haram mereka dengan membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa.
Kesucian mereka dinodai dengan kejahatan.
Sifat kemanusiaan telah hilang.
Cuma yang tinggal hanyalah unsur kehaiwanan.
Rumah, masjid dan sekolah hancur luluh bak kaca jatuh berderai.
Ibu bapa pergi selamanya meninggalkan anak mereka keseorangan.
Tiadanya bekalan elektrik dan api.
Putus dari dunia luar.
Kekadang mereka terpaksa berpuasa berhari-hari lamanya.
Tanaman di kebun dimusnahkan dengan nada yang bongkak dan sombong.
Selama 60 tahun lebih mereka terpaksa hidup dalam keadaan begini.
Keadaan dan suasana itu amat berbeza sekali.
Mereka seperti orang asing yang tinggal di negeri sendiri.

Saturday, July 24, 2010

Surat Cinta Buat Hati Yang Lesu.


Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta saudara-saudaraku yang Insya Allah tetap mencintai Allah swt dan Rasul-Nya di atas segala-galanya. Kerana hanya cinta itulah yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandang yang berbeza, lebih bermakna dan indah.


Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa saudara-saudaraku yang mulai lelah menapaki jalan-Nya, ketika seringkali mengeluh, merasa terbebani bahkan terpaksa untuk menjalankan amanah dakwah yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan, serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya dan memberinya ganjaran dengan sebaik-baik ganjaran.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati saudara-saudaraku yang kerap kali terisi oleh cinta selain-Nya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya. Lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang lain, entah dimana keikhlasan. Maka saat ini kurasakan kekecewaan dan kelelahan kerana kulakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia hanya akan melihat kesungguhan dalam berproses dan dalam berusaha.


Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh saudara-saudaraku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang membiarkannya untuk dinikmati. Lalu dimanakah kejujuran diletakkan ? , dan kini terabaikan sudah secara nurani yang bersih, saat ibadah hanya rutin semata, saat fizikal dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang tepu. Cubalah sejenak luangkan waktu untuk melihat hatimu menangis, tertawa, atau merana.

Surat ini kutujukan untuk diriku dan saudara-saudaraku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri, sungguh tiada satupun yang membuat kita lelah di hadapan-Nya, selain ketaqwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati namun kita masih leka dengan kefanaan.Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati saudara-saudaraku yang mulai mati, saat tiada getar penyesalan ketika kebaikan terlewat begitu saja, saat tiada rasa berdosa ketika menzalimi diri dan saudaranya.


Akhirnya, surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, cubalah kau jaga agar cahaya itu tidak padam.
Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekelilingnya, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya. Hanya dengan kekuatan dari-Nya. Ya Allah saksikanlah, sesungguhnya aku telah menyampaikan. Wallahu ’alam bish-shawab.Semoga tetap istiqamah di jalan-Nya. Sungguh, syurga takkan pernah pantas ditukar dengan lalai dan kemalasan.



Dari Saudaramu yang mencintaimu kerana Allah ...

Saturday, May 8, 2010

Lupa!


Petang senja itu suasana menjadi sunyi.
Langit menghitam lantaran dipenuhi air.
Lalu titisan air pertama jatuh mencecah bumi.
Makhluk yang leka bermain itu bingkas bangun mencari tempat teduhan.
Burung-burung hilang di telan awan hitam.
Seruan azan memanggil kedengaran dengan sayup-sayup.
Mengajak makhluk yang bernama manusia menunaikan tanggungjawab yang lebih utama.
Ada yang mengerti ada yang lupa.
Sedangkan Allah Yang Maha Esa tidak pernah lupa untuk menurunkan hujan walaupun setitis untuk hamba-hambaNya meneruskan kehidupan.


~Taipan Kecepatan Kota Tunjong~

Wednesday, April 28, 2010

Kehidupan Kita Sebagai Manusia.


Adapun manusia hidup di dunia ini adalah ibarat orang belayar di lautan luas. Mereka menumpang sebuah kapal menuju daratan yang jauh di sana. Setelah berhari-hari di lautan, sedangkan daratan yang dituju itu belum juga kelihatan. Maka pada suatu hari, kapal itu singgah pada sebuah pulau. Adapun orang yang turun ke pulau ini terbahagi kepada tiga golongan.

Golongan pertama: Mereka tahu dan ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Setelah berehat-rehat sebentar, lantas mereka kembali ke kapal. Mereka ingat bahawa bukan pulau ini yang menjadi tujuan mereka.

Golongan kedua:
Mereka terpengaruh dengan kehidupan pulau. Pohon kelapa di pulau itu melambai-lambai ditiup angin, airnya jernih, ikannya jinak. Mereka terpengun dan terlena. Tetapi kemudian mereka ingat bahwa mereka dalam perjalanan. Maka mereka kembali ke kapal. Tetapi kerana terlambat tempat duduk sudah habis diduduki orang.

Golongan ketiga: Setelah disembunyikan semboyan kapal yang pertama tidak mereka pedulikan, dibunyikan sekali lagi, juga tidak dihiraukan dan berbunyi kali ketiga, kapal itu pun berangkat. Setelah kapal itu jauh, dipanggil tidak kembali lagi. Mereka inilah golongan yang amat malang.


Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)." (23:114)
- Surah Al-Mukminun


Moga kita sama-sama berusaha dengan penuh kekuatan dan keikhlasan dalam menuju 'dunia yang kekal abadi.'


~Taipan Kecepatan Kota Tunjong~

Tuesday, April 27, 2010

Manusia.


"Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai."
Surah Al-Hajj (22:5)

Saturday, April 24, 2010

Serangan Pemikiran.

Sama-sama kita menonton dengan penuh teliti paparan video ini.

Wednesday, April 21, 2010

The Miracles. Open Our Eyes.

Subhanallah.










Believe it or not



MUSHROOM "EAR

Slice a mushroom in half and it resembles the shape of the human ear.
And guess what? Adding it to your cooking could actually improve your hearing.
Thats because mushrooms are one of the few foods in our diet that contain vitamin D.
This particular vitamin is important for healthy bones, even the tiny ones in the ear that transmit sound to the brain.


BANANA (SMILE) “ DEPRESSION

Cheer yourself up and put a smile on your face by eating a banana.

The popular fruit contains a protein called tryptophan.

Once it has been digested, tryptophan then gets converted in a chemical neurotransmitter called serotonin.

This is one of the most important mood-regulating chemicals in the brain and most anti-depressant drugs work by adjusting levels of serotonin production.

BROCCOLI “ CANCER

Close-up, the tiny green tips on a broccoli head look like hundreds of cancer cells. Now scientists know this disease-busting veg can play a crucial role in preventing the disease. Last year, a team of researchers at the US National Cancer Institute found just a weekly serving of broccoli was enough to reduce the risk of prostate cancer by 45 per cent. In Britain , prostate cancer kills one man every hour.

GINGER “ STOMACH

Root ginger, commonly sold in supermarkets, often looks just like the stomach. So its interesting that one of its biggest benefits is aiding digestion. The Chinese have been using it for over 2,000 years to calm the stomach and cure nausea, while it is also a popular remedy for motion sickness. But the benefits could go much further. Tests on mice at the University of Minnesota found injecting the chemical that gives ginger its flavor slowed down the growth rate of bowel tumors.

CHEESE “ BONES

A nice holey cheese, like Emmenthal, is not just good for your bones, it even resembles their internal structure. And like most cheeses, it is a rich source of calcium, a vital ingredient for strong bones and reducing the risk of osteoporosis later in life. Together with another mineral called phosphate, it provides the main strength in bones but also helps to power muscles. Getting enough calcium in the diet during childhood is crucial for strong bones. A study at Columbia University in New York showed teens who increased calcium intake from 800mg a day to 1200mg “ equal to an extra two slices of cheddar - boosted their bone density by six per cent.

GRAPES “ LUNGS

OUR lungs are made up of branches of ever-smaller airways that finish up with tiny bunches of tissue called alveoli. These structures, which resemble bunches of grapes, allow oxygen to pass from the lungs to the blood stream. One reason that very premature babies struggle to survive is that these alveoli do not begin to form until week 23 or 24 of pregnancy. A diet high in fresh fruit, such as grapes, has been shown to reduce the risk of lung cancer and emphysema. Grape seeds also contain a chemical called proanthocyanidin, which appears to reduce the severity of asthma triggered by allergy.

TOMATO “ HEART

A TOMATO is red and usually has four chambers, just like our heart. Tomatoes are also a great source of lycopene, a plant chemical that reduces the risk of heart disease and several cancers. The Women's Health Study” an American research program which tracks the health of 40,000 women found women with the highest blood levels of lycopene had 30 per cent less heart disease than women who had very little lycopene. Lab experiments have also shown that lycopene helps counter the effect of unhealthy LDL cholesterol. One Canadian study, published in the journal Experimental Biology and Medicine, said there was convincing evidence that lycopene prevented coronary heart disease.

WALNUT “ BRAIN

THE gnarled folds of a walnut mimic the appearance of a human brain - and provide a clue to the benefits. Walnuts are the only nuts which contain significant amounts of omega-3 fatty acids. They may also help head off dementia. An American study found that walnut extract broke down the protein-based plaques associated with Alzheimer's disease. Researchers at Tufts University in Boston found walnuts reversed some signs of brain ageing in rats.

Eat Well and Have a Good Day. Subhanallah.

Source- Cina Islam

Tuesday, April 20, 2010

Dunia Ini Untuk Tiga Golongan Manusia.

Telah berkata Ibnu 'Abbas Ra: "Sesungguhnya Allah Swt telah menjadikan dunia ini untuk tiga golongan manusia:

1. Orang mu'min.

2.Orang munafik.

3.Orang kafir.


Bagi orang mu'min dunia ini digunakan untuk bekalan di akhirat. Bagi orang munafik digunakan untuk perhiasan. Bagi orang kafir pula digunakan untuk kepuasan seleranya.(Ibnu 'Abbas)

Thursday, April 15, 2010

Akan Terjadi Atas Umat Muhammad.


Telah bersabda Nabi Muhammad Saw: Akan terjadi atas umatku, mereka menyukai lima perkara lalai lima perkara,yaitu:



1. Mereka menyukai dunia tetapi lalai kepada akhirat.

2. Mereka menyukai hidup tetapi lalai kepada mati.

3. Mereka menyukai rumah-rumah gedung tetapi lalai kepada rumah-rumah kubur.

4. Mereka menyukai harta tetapi lalai kepada hisab.

5. Mereka menyukai makhluk tetapi lalai kepada Khaliq(Allah Swt).



Wallahualam.

Tuesday, April 13, 2010

Matri home pitch declared unsafe by the MHF


Tuesday April 13, 2010



KUALA LUMPUR: The Malaysian Hockey Federation (MHF) have declared the pitch in Kangar unsafe and no MHF-Milo-NSC Junior League matches will be played there.

It is the designated home venue for Division Two side Matri and they will now have to play in either Alor Setar or Sungei Petani.

A team of MHF officials inspected the pitch last Saturday and found that it was not suitable to stage any more matches there.

“There are just too many areas on the pitch that pose a safety issue to players,” said MHF secretary Hashim Mohamed Yusof.

“We allowed the match (between Matri and Ipoh CC-MSN) on Sunday to proceed as some parts of the pitch were stitched back. But we felt that it was only a temporary measure. No further matches will be allowed to be played there.”

He added that the Kedah HA had agreed to provide technical assistance for Matri to play their next two home matches against SMK Datuk Taha (April 23) and MSN Sabah (April 25) in either Alor Setar or Sungei Petani.

source-The Star / NewStraitTimes

Kehidupan.


Hai anak kesayanganku! Sesungguhnya dunia ini seperti lautan yang sangat dalam, sesungguhnya banyak manusia tenggelam ke dalamnya, maka buatlah engkau kapal, yaitu taqwa kepada Allah dan berilah muatannya yaitu iman kepada Allah dan pasanglah layarnya yaitu tawakal kepada Allah . Mudah-mudahan engkau selamat(dalam pelayaranmu).

-Lukman Al-Hakim

Friday, April 9, 2010

Pedagang.




Laisal gharibu huwalladzi faraqad diyara wadda’al aan
Walakinnal ghariba huwalladzi yajiddu wan naasu min haulihi yal’abun
Wa yash-hu wan naasu min haulihi yanaamun
Wa yasluku darbal khairi wan naasu fii dhalalihim yatakhaththathun
Wa shadaqasy syaa’iru idz yaquul:
Qaala lii shahiibun araaka ghariiba
Baina haadzal anaami duuna khaliili
Qultu, kalla! Balil anaamu ghariibun, ana fii ‘aalami wa haadzihi sabiilii
Haadza huwal ghariib: Ghariibun ‘indal ‘aabitsiina minal basyar
Walakinnahu ‘inda rabbih, fii maqaamin kariim


Bukanlah orang asing itu mereka yang berpisah dari negeri
mereka dan mengucapkan selamat tinggal sekarang
Tapi orang asing itu ialah mereka yang tetap serius dikala manusia di sekelilingnya asyik bermain-main
Dan tetap terbangun ketika manusia disekelilingnya asyik tidur dengan lenanya
Dan tetap mengikuti jalan lurus dikala manusia dalam kesesatannya tenggelam
tanpa arah

Dan betapa benarnya sebuah syair ketika dia berkata
Berkata kepadaku para sahabat, ‘aku melihatmu sebagai orang
asing’
Di antara orang banyak ini engkau tanpa teman dekat
Maka aku berkata, sekali-kali tidak! Bahkan orang banyak
itulah yang asing, sedang aku berada di kehidupan dan inilah jalanku
Inilah orang asing itu
Asing di sisi mereka yang hidup sia-sia di antara manusia
Tetapi disisi Rabb-nya, mereka berada di tempat yang mulia


Ghurabaa`, ghurabaa`,
ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`,
ghurabaaa` ghurabaa`

Ghurabaa` wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa` war tadhainaa haa syi’aaran lil hayaah
Ghurabaa` wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa` war tadhainaa haa syi’aaran lil hayaah


Ghurabaa`, dan kepada selain Allah mereka takkan menunduk
Ghurabaa`, dan mereka telah rela Ghurabaa` sebagai syi’ar dalam kehidupan
Ghurabaa`, dan kepada selain Allah mereka takkan menunduk
Ghurabaa`, dan mereka telah rela Ghurabaa` sebagai syi’ar dalam kehidupan


In tasal ‘anna fa inna laa nubaali bith-thughaat
Nahnu jundullaahi dauman darbunaa darbul-ubaa
In tasal ‘anna fa inna laa nubaali bith-thughaat
Nahnu jundullaahi dauman darbunaa darbul-ubaa


Jika engkau bertanya tentang kami, maka kami tak peduli terhadap para taghut
Kami adalah tentara Allah selamanya, jalan kami adalah jalan yang sudah tersedia
Jika engkau bertanya tentang kami, maka kami tak peduli terhadap para taghut
Kami adalah tentara Allah selamanya, jalan kami adalah jalan yang sudah tersedia


Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khuluud
Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khuluud
Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadiid
Ghurabaa` hakadzal ahraaru fii dunyal ‘abiid
Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadiid
Ghurabaa` hakadzal ahraaru fii dunya-al ‘abiid

Kami tak peduli terhadap rantai para taghut, sebaliknya kami akan terus berjuang
Kami tak peduli terhadap rantai para taghut, sebaliknya kami akan terus berjuang
Maka marilah kita berjihad, dan berperang, dan berjuang dari sekarang
Ghurabaa`, dengan itulah mereka merdeka dari dunia yang hina
Maka marilah kita berjihad, dan berperang, dan berjuang dari sekarang
Ghurabaa`, dengan itulah mereka merdeka dari dunia yang hina


Kam tadzaakarnaa zamaanan yauma kunna su’adaa`
Bi kitaabillaahi natluu-hu shabaahan wa masaa`
Kam tadzaakarnaa zamaanan yauma kunna su’adaa`
Bi kitaabillaahi natluu-hu shabaahan wa masaa`


Betapa sering saat kita mengenang hari-hari bahagia kita
Dengan Kitabullah kita membaca, di pagi hari dan di sore hari
Betapa sering saat kita mengenang hari-hari bahagia kita
Dengan Kitabullah kita membaca, di pagi hari dan di sore hari


Qaala Rasulullahi Shallallaahu ‘alaihi was Sallam
Bada-al Islamu ghariiban wa saya’uudu ghariiban kamaa bada-a
Fathuuba lil ghurabaa`


Bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi was Sallam
Islam itu bermula dari asing, dan akan kembali asing seperti mulanya
Maka beruntunglah orang-orang yang asing.

Wednesday, April 7, 2010

Menyelamatkan Bahasa.


Abul Aswad Ad-Dualy adalah seorang sahabat RAsulullah Saw dan sangat dekat dengan Saidina Ali Ra. Tampaknya ia sengaja belajar, menimba ilmu daripada Saidina Ali Ra.

Suatu malam,dalam perjalanannya,Saidina Ali Ra dan Abul Aswad Ad-Dualy melihat seorang kanak-kanak sednag bermain di depan rumahnya. Tiba-tiba sambil memandang langit, anak itu berteriak: "Ma akhsanus-samaa'u yaa abiy.*"

"Nujuu-muhaa*," jawab sang ayah dari dalam. Tetapi, meskipun sudah dijawab, sang anak kembali mengulangi pertanyaannya.

"Ma akhsanus-samaa'u yaa abiy?"


Lagi-lagi ayahnya menjawab: "Nujuu-muhaa..".Tetapi si anak kembali bertanya dan si ayah kembali mengulangi jawapan yang sama.

Melihat peristiwa itu, Saidina Ali Ra berkata kepada sahabatnya:"Sungguh, bahasa akan rosak kalau begini halnya..." Kemudian beliau menghampiri anak itu seraya berkata: "Apa sebenarnya yang ingin engkau katakan, hai anakku?"

"Aku ingin mengatakan kepada ayahku betapa indahnya langit ini.."

"Engkau ingin menyatakan kekagumanmu?"

"Benar."

"Kalau engkau mengkagumi sesuatu,katakanlah dengan membuka mulutmu, agar orang tidak salh menjawab."

"Apa yang mesti aku katakan?"

"Ma Akhsanus samaa'a yaa abiy.."*

Sang ayah pun kemudian muncul dan mengerti permasalahannya.

Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali Ra berkata kepada Abul Aswad: "Tata bahasa Arab mesti disusun!"

Dan benarlah, Saidina Ali Ra kemudian menyusun, dibantu oleh Abul Aswad 'Ad-Dualy. Sahabat ini pun kemudian dikenal sebagai orang yang sangat memahami selok-belok tata bahasa Arab.




*
"Ma akhsanus-samaa'u yaa abiy." - Apa yang indah di langit ini,wahai ayah?

"Nujuu-muhaa.." - Bintang-bintangnya.

"Ma Akhsanus samaa'a yaa abiy.." - Betapa,indahnya langit ini,wahai ayah. (Dengan mengubah samaa'u menjadi samaa'a).




~Taipan Kecepatan Kota Tunjong~

Monday, April 5, 2010

Sayang.

Gambar ini menyimpan seribu satu makna.Menjadi pengajaran kepada manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras. Sayangnya ramai manusia yang ketandusan akhlak dan berfikiran pendek kini. Lalu, sifat-sifat kemanusiaan hilang dan yang muncul hanyalah sifat-sifat 'kehaiwanan'(sedangkan haiwan juga punyai sifat kasih sayang). Moga kita dapat mengambil sedikit sebanyak ibrah daripada gambar-gambar di bawah ini.




1. Ibu monyet cuba menarik anaknya yang sedang dalam kesakitan setelah dilanggar oleh sebuah motosikal.




2. Tiba2 datang seekor anjing yang cuba hendak mengonggong anak moyet yang dalam separuh nyawa itu lalu dihalang oleh ibu monyet tersebut.




3. Sang ibu sedaya upaya menghalang anjing tersebut dari terus mendekati anaknya dengan mengigitnya sekuat hatinya di badan anjing itu.





4. Akhirnya anjing itu terpaksa mengalah dan terus lari meninggalkan monyet tersebut, namun sayangnya selepas itu anak monyet tersebut tidak dapat juga diselamatkan dan mati jua akhirnya di depan sang ibu yang berkorban nyawa untuk melindungi sang anak.


Islam mengajar kita erti berkasih sayang.
Berkasih sayanglah dengan sesiapa pun. Janganlah terlalu mengikut kata hati ini.
Moga kita sentiasa ceria dengan senyuman.

Monday, March 29, 2010

Keamanan ≠ Kesengsaraan.



Bangun pagi dengan muka yang ceria.Senyumannya menunjukkan suatu kepuasan dalam dirinya.Suasana pada pagi itu agak dingin disertai dengan angin yang begitu kencang. Dia bersyukur dapat hidup di dunia ini lagi. Menghirup oksigen. Masih dapat bernafas dengan sempurna. Sebuah nikmat yang Allah anugerahkan kepada semua manusia. Kesyukurannya bertambah apabila melihat keadaan tempatnya yang begitu harmoni dan damai. Mungkin dalam masa yang sama sekarang ini, tentera zionis laknatullah sedang menjalankan tugas haram mereka dengan membunuh jiwa-jiwa tidak berdosa. Kesucian mereka dinodai dengan kejahatan iblis bermukakan manusia. Sifat kemanusiaan telah hilang. Cuma yang tinggal hanyalah unsur kehaiwanan. Rumah,masjid,sekolah hancur luluh bak kaca jatuh berderai. Ibu bapa pergi selamanya meninggalkan anak mereka keseorangan. Tiadanya bekalan elektrik dan api. Putus dari dunia luar. Kekadang mereka terpaksa berpuasa berhari-hari lamanya. Tanaman di kebun dimusnahkan dengan nada yang bongkak dan sombong. Selama 60 tahun lebih mereka terpaksa hidup dalam keadaan begini. Keadaan dan suasana itu amat berbeza sekali. Mereka seperti orang asing yang tinggal di negeri sendiri!



~Taipan Kecepatan Kota Tunjong~

Keindahan - Kebatasan.



Berjalan-jalan melihat alam ini yang penuh dengan keindahan yang tidak berkekalan. Awan yang putih menjadi hitam lalu terus menitiskan cecair. Benih yang kecil menjadi besar bertukar menjadi kayu dan daun. Pelik dan hairan. Bagaimana semua perkara ini boleh terjadi? Manusia yang katanya mempunyai akal pun tidak mampu mencipta perkara sebegitu. Hanya bisa menokok-tambah.Mengurang-tolak. Ciptaan yang elok menjadi cacat. Manusia terbatas dengan akal. Tetapi manusia tidak habis dengan kesombongan dan keegoan yang berpanjangan. Manusia yang berakal-punya kegeniusan juga yang merosakan dunia ini. Bumi menjadi haru-biru,gundah-gulana ekoran perangai dan fa'il manusia. Menggubal hukum sendiri. Senang sama sekali. Manusia lagi! Lagi-lagi manusia! Aku ini siapa?

Saturday, March 27, 2010

Kenyataan Hidup diSebalik Permainan Ini.

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun,mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid- muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh- musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gayahidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid,begitulah ummat Islam dan musuh - musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang- terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan- hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan- lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...

Email : mohd naim mohd zain
-Cina Islam.