Sunday, March 29, 2009

Keputusan Perlawanan.(MHL)




Akan diberitahu dari minggu ke minggu, semasa ke semasa.


MATRI vs MSSP.Pinang 0-0

MATRI vs TBSS(Tampin) 1-2

MATRI vs SMKS Temerloh 3-4

MATRI vs SMKPP(K.Selangor) 3-1

MATRI vs SMKD.TAHA 3-1

MATRI vs Nur-Insafi 1-5

MATRI vs MSS Selangor 4-0

MATRI vs MSAB(Johor) 2-1

MATRI vs MSS Perlis 2-4


sudah tamat sudah.

Thursday, March 26, 2009

Bukan Kekalahan Yang Memusnahkan Kita,Tetapi Sikap Mental Kita Sendiri.


BIsmillahirrahmanirrahim..

Terdapat banyak perkara dalam hidup ini yang tidak dapat kita kawal, tetapi kita sentiasa dapat mengawal sikap kita terhadap perkara-perkara tersebut. Kekalahan tidak pernah bersifat kekal kecuali kita membenarkannya menjadi sedemikian. Apabila kita mempunyai sikap mental yang positif. Apabila kita mempunyai sikap mental positif, kita akan mengenal pasti kegagalan dan menganggapnya suatu pengalaman yang memberikan pengajaran. Suatu pengajaran yang tidak ternilai yang akn membantu anda mencapai kejayaan di masa hadapan.

Tanya diri kita - Apa yang boleh aku lakukan terhadap sesuatu dengan cara yang berbeza, yang akan mengubah hasil atau kesannya? Apa yang boleh aku lakukan pada masa hadapan untuk mengurangkan masalah dan kesilapan? Apa yang telah aku pelajari daripada pengalaman ini yang boleh aku manfaatkan pada masa hadapan? Jika kita menghadapi masalah dengan sikap yang positif, kita akan terkejut mendapati betapa pantasnya kita mengubah kekalahan menjadi kejayaan.

Monday, March 23, 2009

Palestin.

Sudah lupakah kita mengenai Palestin?
Apakah yang berlaku di Palestin?
Adakah isu Palestin ini hanyalah bermusim?
Apabila terjadinya keganasan yang tidak berperikemanusiaan ke atas saudara-daudara kita di Palestin oleh tentera Yahudi Laknatullah seperti berlakunya pada Awal Muharram yang lalu.Baru mahu kita membuka mata?Baru mahu kita bangun daripada lena?
Sama-samalah kita berusaha untuk saling peringat-memperingati. Kadang-kadang kelalaian dan kealpaan tumbuh dalam sanubari ini. Penyakit 'wahan' sudah lama melanda masyarakat Islam. Penyakit yang merupakan 2 dalam 1. Dunia sudah tersemat di dalam hati masin-masing. Akhirat hanya sekadar angan-angan. Berusaha untuk kehidupan di dunia sahaja. Janganlah kita termasuk dalam golongan sebegini.

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Adakah orang Islam di Palestin mencintai dunia? Tidak sama sekali. Bagi mereka, menang atau kalah mereka tetap menang. Mereka berusaha habis-habisan dan bermati-matian. Jika mereka kalah,mereka mati dalam keadaan syahid. Itulah cita-cita yang paling tertinggi yang seharusnya ada dalam jiwa kita ini.Namun,seharusnya kita perlu berubah dan merubah suasana kehidupan kita. Perlunya bermula daripada pembinaan diri. 'Tarbiyaah Tdzatiyah'.

Monday, March 9, 2009

Maulidur Rasul-Muhammad S.A.W.

Khutbah terakhir yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.A.W.


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."


Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.. Semoga kita terus dalam landasan yang benar dan terus menurus berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.. InsyaAllah.

Saturday, March 7, 2009

My Mom Is Amazing.

This song make me sad.


By:Naadira Alli, Zain Bhikha & Linda Gcwensa







She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don’t you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel.

Then she makes something warm for me to drink
Cos it’s cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing.

BRIDGE/CHORUS
She makes me feel
Like I can do anything
and when she’s with me
there’s no where else, I’d rather be…

After School, she’s waiting by the gate
I’m so happy that I just can’t wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes.

Then I wind her up cos I don’t wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing.

In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away
Who one day became a princess.

I‘m so happy, I don’t want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I
To have a Mom that’s so amazing.

Then I wake up in the morning, she’s not there
And I realize she never was
And I’m still here in this lonely orphanage
With so many just like me.

And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there’s a pain in my heart that’s a craving
How I wish I had a Mom that’s amazing
Would be amazing.