Wednesday, January 28, 2009

~Hanya untuk Palestin~


Palestin,
Engkau umpama kucing yang kelaparan,
Memanggil umat Islam untuk bangkit berjihad,
Tetapi seruanmu itu umpama darahmu yang mengalir dialiran badanmu,
Hanya sedikit sahaja yang mendengar rintihanmu itu,
Mereka bangun dengan hanya satu tujuan yang nyata.

Al-Aqsa,
Dinihari engkau menangis,
Kesucian engkau dihina dan dinjak-injak begitu sahaja,
Tanpa ada rasa sifat peri kebendaan dan kemanusiaan,
Engkau dibakar,
Engkau diroboh sedikit demi sedikit,
Tetapi umat dunia ini tidak menyedari,
Terus lalai dalam kemewahan dan kesenangan hidup ini.

Rakyat Palestin,
Janganlah engkau risau dengan jihadmu itu,
Kerna Allah sentiasa ada disisimu,
Yahudi Laknatullah ini akan menerima azab-Nya yang tidak pernah berhenti.
Janganlah engkau gelisah,
Allah akan sentiasa menjaga kota yang letaknya masjid suci yang ketiga ini.

Malaikat akan sentiasa bersamamu wahai rakyat Palestin yang beriman,
bagi menegakkan kebenaran dan syiar agama yang teragung ini.
Tiada agama lain yang diterima-Nya selain Islam.
Ooowhh Muslim, bangunlah daripada lenamu yang sudah panjang lamanya.
Bukakanlah seluas-luas matamu.
Bukakanlah.

Rakyat Palestin tidak mahu sumbangan harta,
Tidak mahu wang berjuta-juta,
Mereka mahu umat Islam bersatu,
Bersatu berjihad untuk Islam.
Syahid menunggumu oh Mujahidin sekalian.
Berdirilah,
Rapatkan tapak kakimu ke tanah,
Teguhkanlah kekuatanmu untuk Islam.

Allahuakbar!!!



~Atifgazali,Baling.
Januari '09~

Friday, January 23, 2009

Perangai Buruk?? Usah ikut..

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata:"Saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat, elakkan kejahatan mereka'.(Riwayat at-Tirmidzi)


Mengambil intipati daripada hadis tersebut, ia jelas menggambarkan betapa manusia memerlukan pedoman yang betul supaya kehidupan tidak tenggelam timbul dengan kejahatan dan keburukan tanpa mempunyai pegangan agama, kesearan dan tanggungjawab. Orang yang mudah terikut-ikut dengan tabiat buruk orang lain lama-kelamaan akan menempah banyak kesusahan bahkan diri tidak akan tertanggung dengan kejahatan walaupun ia sendiri tidak pernah melakukannya.

Ini disebabkan tabiat masyarakat itu mudah menghukum sesuatu berdasarkan apa yang mereka lihat dengan mengambil kira dengan siapakah seseorang itu bergaul atau bersahabat. Sebagai seorang Islam, hendaklah kita berwaspada dengan golongan yang buruk akhlaknya. Tonjolkan akhlak yang baik terhadap mereka agar sesuatu kektika nanti kebaikan tersebut akan menyerap ke dalam jiwa mereka kerana sifat manusia itu mudah dipengaruhi dan terpengaruh.

Orang yang lemah pendiriannya akan mudah terpengaruh dan begitulah sebaliknya. Hakikatnya memang mudah untuk seseorang itu cenderung melakukan kejahatan atau khianat terhadap orang lain. Ingatlah, manusia tidak akan sedar bahawa dirinya menanggung dosa, kecuali orang soleh yang sentiasa mengingati mati sedangkan mati itu tidak mengenal ketika dan usia seseorang.

Justeru, kita dituntut supaya sentiasa beristighfar dan berisfat dengan sifat mahmudah serta malu untuk melakukan perbuatan yang dilarang sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, agma, bangsa dan negara.

Thursday, January 8, 2009

Boikot Barangan AS-Israel Adalah Wajib!

Ya!! Wajib bagi kita seluruh umat Islam memboikot barangan-barangan AS-Israel. Hal ini yang demikian, setiap ringgit yang kita belanjakan akan bertukar menjadi peluru yang akan menembusi badan dan jantung saudara-saudara kita di Palestin. Sanggupkah kita membiarkan saudara-saudara kita di Palestin di bunuh secara beramai-ramai? sanggupkah?
Apabila kita memboikot, sekurang-kurangnya kita mampu melemahkan Yahudi Laknatullah dari segi ekonomi yang mampu bertukar menjadi bom.


Petikan kata-kata daripada Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai boikot.

"Arab dan dunia Islam lain mesti memboikot semua syarikat-syarikat yang cenderung kepada Zionis dan menyokong Israel, tidak kira apa jua negara asal syarikat tersebut (contohnya Marks & Spencer,) dan mana-mana dari mereka yang menyokong Zionis membantu negara “Israel.” Boikot adalah merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan di masa lalu dan kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah menentang Rasulullah saw. dan para sahabat. Ianya telah memudaratkan mereka; hinggakan mereka terpaksa memakan daun. Ia juga telah digunakan oleh para sahabat untuk melawan jahiliah di Madinah. Kebelakangan ini, kita dapat lihat negara-negara menggunakan boikot dalam perjuangan mereka memerdekakan diri dari penjajahan. Contoh yang terkenal adalah Gandhi yang telah mengarahkan masyarakat India memboikot barangan Inggeris, dan merupakan usaha yang berkesan. Boikot berada di tangan bangsa dan masyarakatnya. Kerajaan tidak dapat memaksa rakyat membeli barangan dari negara tertentu. Marilah kita menggunakan senjata ini untuk menentang musuh bangsa dan agama kita, supaya mereka sedar bahawa kita masih hidup, dan umat ini tidak akan lupus, InsyaALlah. Boikot akan membawa berbagai kesan; ianya mengajar semula umat Islam bagaimana untuk membebaskan diri mereka daripada perhambaan. Mereka menggalakkan kita untuk terikat kepada apa yang tidak berfaedah, malahan merosakkan kita. Boikot merupakan satu demonstrasi persaudaraan Islam and kesatuan Ummah. Adalah kewajipan kita untuk tidak mengkhianati saudara kita, yang berkorban setiap hari. Kita tidak akan memberi keuntungan kepada musuh kita. Boikot ini adalah merupakan tentangan kecil, yang akan membantu tentangan lebih besar yang dilakukan oleh saudara-saudara kita di bumi Anbiya’, dan menjadi kubu di perbatasan Jihad. Sekiranya setiap Yahudi di dunia ini menganggap dirinya sebagai seorang askar, mendokong Israel sedaya upaya, maka sudah tentu setiap orang Islam yang menggunakan jiwa dan hartanya adalah merupakan seorang askar yang memerdekakan Al-Aqsa. Usaha paling kecil seorang Muslim boleh lakukan adalah dengan memboikot barangan musuh. Allah berfirman: “Wahai orang yang beriman, kamu adalah pelindung antara kamu.” Sekiranya kita tidak melakukan ini, akan berlaku perpecahan dan kerosakan yang besar.

Ibu-ibu dan anak-anak perempuan kita, yang mengurus rumahtangga, mempunyai peranan yang mungkin lebih besar daripada peranan orang lelaki, kerana wanita mengawasi keperluan rumah, dan membeli apa yang diperlukan. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak. Dia menanam semangat Jihad dalam diri anak-anak, dan mendidik mereka apa yang perlu dilakukan demi Ummah, dan apa yang mereka perlu lakukan terhadap musuh Islam, terutama sekali berkenaan boikot. Apabila anak-anak faham perkara ini, mereka akan menjalankan boikot dengan penuh semangat, dan akhirnya akan mengepalai ibubapa mereka.

Sekiranya seorang pengguna membeli barangan Yahudi atau Amerika dikira melakukan satu dosa yang berat, sudah tentu pedagang yang membeli barangan tersebut dan menjadi ejen mereka dikira melakukan dosa yang lebih berat. Malahan sekiranya syarikat tersebut beroperasi dengan menggunakan nama yang berlainan, mereka sedar bahawa mereka hanya memperdayakan orang. Umat Islam seluruh dunia kini perlu membuktikan kewujudan mereka, dan harus menunjukkan keinginan untuk mempertahankan kesucian. Umat Islam harus tahu siapa sahabat mereka, dan siapa musuh mereka. Umat Islam dilarang memberi ruang kepada kelemahan, dan kesedihan, dan menerima perdamaian yang zalim yang ingin dikenakan oleh Zionis.

Allah berfirman: “Maka janganlah kamu lemah dan mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan ALlah bersama kamu.” [Qur'an, 47:35].

Saya menyeru semua yang beriman kepada ALlah, Kristian dan lainnya, dan semua manusia yang bebas dan mulia di dunia ini untuk bersama kami, dan menyokong kebenaran berbanding kebathilan, dan keadilan berbanding penindasan. Bantulah untuk memenangkan mereka yang lemah, yang setiap hari dibunuh di jalan ALlah, mempertahankan tempat yang suci.

Saya juga memohon pekerja-pekerja Arab dan negara-negara Islam dari seluruh dunia supaya menyokong rakyat Palestin, dan menunjukkan kemaharan mereka dengan melawan penzalim yang sangat gagah ini, dengan mengganggu perniagaan mereka sebanyak yang mungkin. Akhirnya, saya meminta mereka yang bijak, bertimbang rasa dan berpengalaman di setiap negara supaya bersatu membina boikot, mewujudkan pilihan alternatif dan mengelak daripada apa-apa yang tidak baik, dan teruskan mendidik masyarakat, sehinggalah kebenaran menang dan kepalsuan terhapus. Yakinlah, ianya akan musnah.

“Katakan ‘bekerjalah,’ sesungguhnya Allah akan melihat usaha kamu dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, kamu akan dikembalikan ke dunia yang tidak pernah kamu lihat dan kamu akan tahu apa yang kamu telah kerjakan.”

“Pandangan ini adalah berdasarkan kepada hujah-hujah daripada al-Quran dan Sunnah dan Ijma’ umat Islam.” WaLlahu ‘alam.

Wednesday, January 7, 2009

Serangan Semakin Menjadi Parah.

Boleh dikatakan sudah lebih daripada 700 saudara kita terbunuh sejak pelancaran serangan oleh Yahudi Laknatullah. Dan ramai juga saudara kita yang tercedera parah. Kebanyakan saudara-saudara kita di Palestin terutamnya di Gaza tidak ada tempat yang selmat untuk bersembunyi. Jumlah penduduk di Gaza terlalu padat. Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada mereka. Semoga Allah memberi hidayah kepada PM Mesir untuk membuka sempadan PAlestin-Mesir agar sumbangan dapat di berikan. Allahuakbar!! PUtuskan hubungan dengan Israel!!!

Saturday, January 3, 2009

Palestin!! Masalah Umat Islam Bersama.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!
Allahuakbar!!!

Masalah Al-Quds bukan masalah Palestin dan bangsa arab sahaja. Tetapi permasalahan bersama umat Islam di mana pun mereka berada. Di belahan bumi Utara, Timur, Selatan dan juga Barat. Al-Quds adalah kiblat pertama umat Islam. Tempat dilahirnya nabi-nabi pilihan. Kota ketiga yang diberkati Allah S.W.T.. Kini Al-Quds telah diserang dan dijajah oleh Zionis Laknatullah. Telah diyahudikan secara terang-terangan. Dibantai, diusir, diseksa bahkan Masjid Suci Al-Aqsa akan mereka robohkan.

Wahai umat Islam!!!
Bangkitlah dan bangunlah kalian semua. Penghujungnya sudah tiba sahaja untuk berjihad. Gendang perang telah berbunyi untuk bejuang dijalan Allah.

''And today...and today the Daughter of Islam are Captives. and the gloom of honour has vanished. My sister sleeps say and awakes after the strangers steels her chastity, she hides her faces and what can this sad face say. The childs died in the arm of his Mother. As she rocks him after her milk has dried. O Muslim!!! when will the Jews continue breaking their promises and destroying the land. Sixty years, O Muslim!! we see the orphans and witness the widows and their sufferings. And despite that we ignore them and remain unaffected. O Aqsa....O Aqsa... Where is Umar Al-Farouq? He did not leave Madinah except for the Blessed Aqsa. Pardon us O brothers in Palestine. Pardon us O orphans. Pardon us o witness the widows. Pardon us oh Muslim sister. Pardon us for watching your chastity being violated. Now, all of Muslim, wake up and open all of your eyes to help the Palestine.''


Hayati maksud Surah Al-Baqarah ayat 217.

Firman Alllah S.W.T.

Maksudnya:

Mereka bertanya kepadamu(Muhammad) tentang berperang pada bulan haram. Katakanlah,"Berperang dalam bulan itu adalah (dosa) besar. Tetapi menghalangi(orang) dari jalan Allah, ingkar kepada-Nya, (menghalangi orang masuk) Masjidilharam, dan mengusir penduduk dari sekitarnya, lebih besar(dosanya) dalam pandangan Allah. Sedangkan 'fitnah' lebih kejam daripada pembunuhan. Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu sampai kamu murtad(keluar) dari agamamu, jika mereka sanggup. Barang siapa murtad diantara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itu sia-sia amalnya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."

Fitnah di sini ertinya panganiayaan dan segala perbuatan yang dimaksudkan untuk menindas Islam dan kaum Muslimin.
Bangunlah dan bangkitlah daripada mimpi yang sudah berdekad lamanya. Wahai Muslimin!! Bersatulah kita untuk mempertahankan Al-Aqsa daripada diroboh oleh Yahudi Laknatullah. al-Aqsa lebih mahal daripada roh kita. Bangunlah untuk berjihad fi sabilillah!!!