Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata:"Saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat, elakkan kejahatan mereka'.(Riwayat at-Tirmidzi)
Mengambil intipati daripada hadis tersebut, ia jelas menggambarkan betapa manusia memerlukan pedoman yang betul supaya kehidupan tidak tenggelam timbul dengan kejahatan dan keburukan tanpa mempunyai pegangan agama, kesearan dan tanggungjawab. Orang yang mudah terikut-ikut dengan tabiat buruk orang lain lama-kelamaan akan menempah banyak kesusahan bahkan diri tidak akan tertanggung dengan kejahatan walaupun ia sendiri tidak pernah melakukannya.
Ini disebabkan tabiat masyarakat itu mudah menghukum sesuatu berdasarkan apa yang mereka lihat dengan mengambil kira dengan siapakah seseorang itu bergaul atau bersahabat. Sebagai seorang Islam, hendaklah kita berwaspada dengan golongan yang buruk akhlaknya. Tonjolkan akhlak yang baik terhadap mereka agar sesuatu kektika nanti kebaikan tersebut akan menyerap ke dalam jiwa mereka kerana sifat manusia itu mudah dipengaruhi dan terpengaruh.
Orang yang lemah pendiriannya akan mudah terpengaruh dan begitulah sebaliknya. Hakikatnya memang mudah untuk seseorang itu cenderung melakukan kejahatan atau khianat terhadap orang lain. Ingatlah, manusia tidak akan sedar bahawa dirinya menanggung dosa, kecuali orang soleh yang sentiasa mengingati mati sedangkan mati itu tidak mengenal ketika dan usia seseorang.
Justeru, kita dituntut supaya sentiasa beristighfar dan berisfat dengan sifat mahmudah serta malu untuk melakukan perbuatan yang dilarang sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, agma, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment