Saturday, July 31, 2010

Segunung Nikmat.


Bangun pagi dengan muka yang ceria.
Senyumannya menunjukkan suatu kepuasan dalam dirinya.
Suasana pada pagi itu agak dingin disertai angin yang begitu kencang.
Dia bersyukur dapat hidup di dunia ini lagi.
Masih dapat bernafas dan mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Suatu nikmat yang Allah anugerahkan.
Kesyukurannya bertambah apabila melihat keadaan tempatnya yang begitu harmoni dan damai. Mungkin dalam masa yang sama sekarang ini, tentera zionis laknatullah sedang menjalankan tugas haram mereka dengan membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa.
Kesucian mereka dinodai dengan kejahatan.
Sifat kemanusiaan telah hilang.
Cuma yang tinggal hanyalah unsur kehaiwanan.
Rumah, masjid dan sekolah hancur luluh bak kaca jatuh berderai.
Ibu bapa pergi selamanya meninggalkan anak mereka keseorangan.
Tiadanya bekalan elektrik dan api.
Putus dari dunia luar.
Kekadang mereka terpaksa berpuasa berhari-hari lamanya.
Tanaman di kebun dimusnahkan dengan nada yang bongkak dan sombong.
Selama 60 tahun lebih mereka terpaksa hidup dalam keadaan begini.
Keadaan dan suasana itu amat berbeza sekali.
Mereka seperti orang asing yang tinggal di negeri sendiri.

No comments: