Friday, November 6, 2009

Baru Cetek Ilmu Dah Panggung.

Sebuah kisah dari Timur Tengah..



Seorang murid Al-Junaid menyangka dirinya telah mencapai darjat kesempurnaan."Oleh kerana itu lebih baik aku menyendiri."Katanya.

Maka dia pun mengasingkan dirinya di suatu tempat dan menetap di situ beberapa lama. Pada setiap malam, beberapa orang lelaki datang membawa seekor unta kepadanya lalu berkata:"Kami akan menghantarmu ke syurga." Maka dia terus naik ke atas belakang unta itu dan mereka pun berangkat menuju ke suatu tempat yang indah dan nyaman, penuh dengan manusia-manusia yang gagah dan tampan. Di mana terdapat banyak makanan-makanan yang lazat dan anak-anak sungai jernih airnya. Dia tinggal di tempat itu sehingga fajar, kemudian dia akna tertidur dan ketika terjaga ternyata dia berada di biliknya semula. Kerana dari pengalaman itu, dia semakin bertambah menjadi bangga dan angkuh.

"Setiap malam,aku dihantarkan ke syurga,"katanya dengan bangga. Kata-katanya itu didengari oleh Al-Junaid. Al-Junaid bertanya, apakah yang telah dialaminya dan murid itu menceritakan seluruh pengalaman di malam hari kepada Al-Junaid.

"Bila tiba waktu malam nanti iaitu apabila engkau akan dihantarkan ke sana, ucapkanlah: Tiada kekuasaan dan kekuatan kecuali pada Allah yang Maha Mulia dan Maha Besar,"kata Al-Junaid kepada muridnya itu. Bila tiba waktu malam, seperti biasa murid itu dihantar ke tempat tersebut. Di dalam perjalanan, dia masih ragu terhadap perkataan Al-Junaid. Ketika sampai di tempat iu, sebagai percubaan dia cuba mengucapkannya:"Tiada kekuasaan dan kekuatan.....(sehingga habisnya)."

Pada saat itu juga orang-orang yang berada di tempat itu meraung-raung dan bertempiaran melarikan diri. Kemudian terlihatlah oleh anak murid Al-Junaid itu bahawa tempat itu hanyalah tempat pembuangan sampah sedang di hadapannya berselerakan tulang-tulang binatang. Setelah menyedari kekeliruannya itu, segera anak murik Al-Junaid bertaubat dan kembali bergabung semula dengan urid-murid Al-Junaid yang lain. Kini barulah dia tahu bahawa menyendiri bagi seorang murid adalah bagaikan meneguk racun yang bakal membunuhnya.

~Taipan Kecepatan Kota Tunjong~

4 comments:

FaizRodzi said...

xtau apa nk komen sebenarnya.
kadang2 diri ini rasa "lost" dek tackle kasar sbjek2 yg berat. dh tu ada pula external factor yg dok 'shielding' iman...then langkah dakwah pula kna hati2 kt cni takut2 'wrongside'...set piece yg d plan mnjelang final ni pon xtau la brhasil ke x...~exam mode

Nazz@Purple said...

Menarik cite..dlm menuntut ilmu,tak leh kedekut..tak leh sombong..tak leh riak..lbh2 lagi rase kite lg bagus dr guru..

Tirana said...

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan dicuba..Kalau ilmu masih dangkal, janganlah sombong dan meninggi diri..

atifgazali@gmail.com said...

to faiz:
Semoga sentiasa mujahadah.
Tactical dah lakukan. Buat
mati-matian.


to Nazz@Purple:
Yup,dalam mnntut ilmu kita kena mrndah diri. Itu adab mntut ilmu. Banyak lagi sbnrnya adab2 mnut ilmu yg kdg2 kita tidak ambil brat.

to kak Tirana:
betul kak.mnrik pntnnya.