Thursday, November 5, 2009

'Bernafas.'


Alhamdulillah. Syukur sepenuh hatinya kepada Allah Swt yang telah memberi

peluang lagi untuk bernafas dimuka bumi ini. 'Bernafas'. Nikmat yang

terbesar yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Sedutan oksigen memasuki

paru-paru dengan penuh lembut dan sayu membolehkan kita mengeluarkan

karbon dioksida dengan sempurna. Betapa Allah Swt mencipta tubuh badan

manusia dengan penuh kesempuraan. Bayangkanlah jika tubuh badan kita

tanpa paru-paru. Bayangkanlah jika kita tiada jantung yang mengepam darah

ke seluruh pelusok badan. Cukuplah membayangkan kita terpaksa bernafas

melalui mulut selama-lamanya dalam kehidupan kita. Hidung kita tiada.

Hanya mulut sahaja tempat pernafasan kita. Bagaimana rasanya sewaktu kita

mahu menjamah makanan? Bernafas makan bernafas makan. Penat-penat!

Itupun kita seharusnya bersyukur. Jangan pernah berhenti bersyukur.

Menurut Syaikh Said Hawwa dalam Jalan Ruhani, bersyukur

merupakan maqam tertinggi bagi seorang mukmin.

Jika kita terpaksa bernafas melalui mulut,jenguklah saudara-saudara kita

yang bergantung kepada tong oksigen. Manusia ini selalu menyesali apa yang

telah tiada. Apabila kita dapat bernafas dengan baik, manusia lupa akan-Nya.

Waktu bila kita automatik berasa bersyukur? Sewaktu kita menghadapi

kesukaran untuk bernafas. Tamsilnya,waktu kita selesema. Fuh! Pelancaran

oksigen untuk memasuki tubuh badan kita terganggu sama sekali. Pada

ruangan itulah kita akan terasa nikmat bernafas.


kakinote: S-e-l-e-s-e-m-a sebenarya. Gambar sekadar hiasan dan kiasan


~Taipan Kecepatan Kota Tunjong~

No comments: