"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan(kekuasaan Allah pada)burung-burung yang terbang di atas mereka,(siapakah yang menjaganya ketika)burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya?Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (67:19)
Thursday, November 27, 2008
::. Mereka Adalah Aset Islam .::
::. Mereka Adalah Aset Islam .::
Sungguh, dalam diri generasi ini masih terdapat kebaikan yang banyak.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Mereka adalah cadangan-cadangan iman dan 'kekayaan' yang melimpah. Namun, mereka memerlukan orang yang datang untuk menyeru dan meningatkannya, menyingkap tabir kegelapan darinya, dan menggosok karat yang melekat padanya. sehingga dia akan akan kembali bersih, suci dan kuat dengan izin Allah.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Suatu ketika, seorang teman bercerita kepada saya tentang percutian(liburan)musim panas. Dia pergi berekreasi bersama para pemuda. Dia duduk bersama mereka. Mereka terdiri dari beberapa kelompok. Yang tertua daripada mereka memegang stik. Mereka memiliki kebiasaan mendengarkan nyayian. Muzik pun menderu, tepuk tangan mulai membahana(berkumandang), dan diiringi dengan suara. Teman ini menghampiri mereka. Mereka agak cemas dengan kedatangannya, namun mereka tetap menghormati dan menyambutnya. Lelaki ini mulai menyalami dan mengucapkan salam kepada orang yang tertua di antara mereka. Orang yang tertua ini meletakkan tongkatnya ke tanah. Lalu orang yang kedua pun datang dan dia bertanya,"Dari manakah anda"? Datang lagi orang yang ketiga, lalu mereka pun terlibat dalam pembicaraan yang cukup serius. Dia mulai bertanya kepada mereka. Setelah itu, barulah dia memulai memberi nasihat. Mereka tidak bertanya berapa banyak amal ketaatan dan kebaikan yang dia sudah kerjakan. Kemudian lelaki yang baik ini pun menghadiahkan mereka kaset yang bersifat islam(islami)kepada mereka.
Sekelompok pemuda itu adalah "suku persediaan" dan tabungan Islam. Kita harus berkenalan dengan mereka. Kita harus menjelaskan jalan yang lurus kepada mereka. Kerana kelak mereka akan menjadi para mujahidin di jalan Allah, tatkala kaum durjana dan kaum zalim penindas mencuba mengucar-kacirkan umat Islam, atau menjajah negeri mereka. Di samping itu, mereka juga akan menjadi penolong dan penguat Islam. Mereka juga akan menjadi "suku persediaan" atau tersedia dalam pelbagai kajian dan ceramah keagamaan. Pelopor amar makruf nahi mungkar. Memegang misi dakwah keimanan dan ajaran Rasulullah Saw. Jadi, kalau sudah mengetahui cara yang teratur untuk membimbing mereka dan sudah masuk ke dalam hati mereka, kita akan mendapati kebaikan yang sangat banyak di dalamnya.
Kebanyakan para juru dakwah, baik yang terdahulu mahupun yang masa kini - semoga Allah memberi pahala-, telah memberikan cara yang terbaik ketika akan memasuki hati mereka. Di sini saya sebutkan juru dakwah masa kii, meskipun dia baru meninggal beberapa tahun yang lepas - semoga Allah merahmatinya dan menempatkannya di dalam keluasan syurgaNya - iaitu Syeikh Abdullah Al-Qar'awi. Beliau menjadi juru dakwah di daerah Jizan(sebuah kota di pantai barat daya Arab saudi berdekatan Yaman). Beliau telah memberi suri teladan yang sangat menarik dan menakjubkan dalam hal kesantunan, kesabaran, kedermawaan, keceriaan muka, dan cara mraih simpati manusia. salah seorang anak murid Syeikh bercerita tentang beliau. Suatau hari terjadi huru-hara di pasar. Pemimpin kabilah di pasar itu mnegamuk. Syeikh pun diminta untuk menghentikan pergaduhan tersebut. Dengan serta merta Syeikh bergegas untuk pergi ke lokasi kejadian tersebut. Seolah-olah beliau tidak tahu bahawa pemimpin kabilah ini adalah penybab utama terjanidya pergaduhan ini. Beliau mengambil selonggok pakaian dan sekantong wang, kemudian pergi menghampiri pemimpin kabilah itu.
Pemimpin kabilah itu berkata kepada Syeikh,"Rupanya kamuyang mnegumpulkan orang-orang di pasar lalu berbicara dengan mereka?" Dia meenyerangnya dengan pelbagai cacian dan makin yang agak pedas. Dengan tenang Syeikh Al-Qar'awi berkata kepadanya,"Sebentar Tuan, sebenarnya saya datang untuk mengunjungi Anda. Semoga kesejahteraan selalu bersama Anda. Tuan, saya membawakan hadiah untuk Anda. Saya berharap Tuan sudi menerimanya. Lalu operkenankanlah saya memberikan sedikit nasihat kepada Anda." Pemimpin kabilah itu pun mengambil hadiah dan harta yang beliau berikan. Kemudian dia berkata kepada Syeikh Al-Qar'awi, "Sampaikan nasihatmu itu." Syeikh berkata,"sesungguhnya saya hanya mengajak manusia kepada keimanandan kepada solat lima waktu. Saya mengajak untuk sentiasa mentaati Allah dan Rasul-Nya serta mentaati para pemimpin mereka, seperti Anda ini". Tiba-tibapemimpin kabilah itu berkata kepada pengawalnya,"Kumpulkan lahh seluruh penduduk di sini dan cari tahu siapa yang tidak hadir". Lalu pengawal itu pun mengumpulkan penduduk daerah itu.
Syeikh Al-Qar'awi kemudian memberikan ceramah kepada merekadengan nasihat yang sangat berkesan dan menwan hati, sehingga beliau berhasil mengembalikan mereka semua ke jalan Allah. Beginilah dakwah yang meresap ke dalam hati.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Di dalam barisan generasi muda itu, masih terdapat orang-orang yang konsisten terhadap solat lima waktu, meskipun mereka sering menundanya. INi adalah kesalahan yang besar. Kita menghargai mereka. kerana melaksanakan solat. Hal ini adalah sesuatu yang sangat baik dan boleh diterima. Segala puji dan syukur bagi Allah.
Terkadang generasi muda belummenapatkan pergaulan yang baik, entah di dalam rumah mereka. mahupun dalamlingkungan masyaratkat. Namun mereka tinggal di tempat yang jauh daripada pergaulan iman,sehingga tidak pernah mengahdiri majlis ilmudan ceramah agama. KIta dapati seolah-olah mereka hidup di alam yang lain. Namun tatkala mereka diberikan kesedaran dan pemahamn, mereka pun akan bergegas menyambut dan memenuhi seruan Allah dan beriman penuh ketundukan di hadapan-Nya,dengan izin Allah.InsyaAllah.
~Petikan daripada buku"Jadilah Pemuda Kahfi" yang ditulis oleh Dr. Al-Qarni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment