"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan(kekuasaan Allah pada)burung-burung yang terbang di atas mereka,(siapakah yang menjaganya ketika)burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya?Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (67:19)
Friday, November 28, 2008
Terima Kasih Guru!!
Baru ku fahami erti pengorbanan seorang guru. Ketika aku menjejak kaki di tadika dahulu. Aku tidak mengerti apa yang mulianya menjadi guru, kerana waktu itu masa untuk aku bermain. Tika aku mula-mula melihat sekolah rendah dengan kaca mataku. Aku tidak mampu menyelami maksud guru yang mengajar. Kerana aku masih dalam darjah 1. Apa yang kutahu hnya bermain. Sehinggalah aku meniti masuk ke alam remaja ini. Pabila ku meningkat naik ke sekolah menengah. Baru kutahu guru merupakan seorang yang sangat berjasa. Mereka sanggup mengorbankan apa sahaja. Demi agama bangsa dan negara. Tidak dapat ku berikan hadiah sebesar gunung. Kerana pengorbanan dan perjuangan yang diberikan kepada ku tidak terkata . Mereka umpama mutiara yang menyinar di dalam dasar lautan. Terima kasih guru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment