Wednesday, November 26, 2008

Jadilah Pemuda Kahfi.







"Kemarilah,kemarilah! Kita akan mengukir 'cinta',sebuah janji setia dengan derasnya air mata yang akan membersihkan segala penyakit dan dosa. Kemarilah! Kita perbaharui janji setia itu di dalam hati kita. Kami mendatangimu dengan penuh sukarela dan kami akan membalasimu dengan cinta".



::. Mengetuk Pintu Fitrah .::



Kebanyakan manusia mengira mereka sama sekali tidak memiliki fitrah. Dianggap sama sekali tidak beragama. Namun cubalah kita pergi menjenguk mereka. Cubalah kita gerakkan fitrah mereka itu. Cubalah kita hidupkan fitrah itu di dalam hati mereka. Mari kita siram fitrah mereka dengan air hidayah. Sehingga pada suatu saat mereka akan mendatangi kita. Kita akan menemukan mereka di samping kita,di majlis ilmu, di dalam solat,dan di dalam ceramah kita. Dalam hal ini kita juga bersalah. Mengapa kita tidak pergi menemui mereka? Mengapa kita tidak memberikan cinta kita kepada mereka dan enggan bersamanya?
Demikian juga mereka memiliki kesalahan, kerana mereka tidak mencari cahaya petunjuk. Mereka tidak mencari hidayah dan mereka tidak pernah sekalipun menempatkan diri mereka dalam ceramah agama dan majlis-majlis ilmu. Mereka sudah terlalu sering menghabiskan waktunya di kafe,warung kopi,kelab dan jalan-jalan. Sangat disayangkan, mereka tidak pernah sekali pun mencuba rasa hidayah dan kilauan cahaya. Sesungguhnya petunjuk dan rambu-rambu Rasulullah berada di masjid. Cahaya-cahayanya juga berada di masjid. Undang-undangnya ada di masjid. Begitu juga dengan sirah(sejarah hidupnya) yang kekal dan penuh berkat,serta ajarannya yang lurus. Semua itu berada di masjid. Olek kerananya, kita harus mengajak mereka supaya datang ke masjid. Kerana Rasulullah Saw bersabda,

" Demi Allah, Allah memberikan petunjuk kepada seorang lelaki melalui kamu,itu lebih baik bagimu daripada unta merah".

Unta merah di sini adalah harata yang dianggap paling mahal pada zaman Rasulullah. Saya juga berbicara dengan kecemburuan dan ghirah(perasaan cemburu dan terusik dalam sensitivti keagamaan) yang tertanam dalam diri mereka. Apabila harga diri salah seorang diantara mereka terinjak-injak dan terhina, dia akan berubah menjadi singa yang meraung ganas. Sudah selayaknya rasa cemburu ini hidup dan terpatri dalam hatinya, sehingga menjadi seperti cemburunya Sa'ad bin Ubadah ra, pemimpin kabilah Al-Khazraj. Tatkala Sa'ad bertanya kepada Rasulullah," Wahai Rasulullah, kalau salah seorang di antara kami mendapati isterinya bersama dengan lelaki lain, apa yang dia lakukan"? Rasulullah Saw menjawab, "Hendaklah dia pergi, lalu mengajukan empat orang saksi". Sa'ad berkata." Wahai Rasulullah, saya membiarkan lelaki itu bersama isteriku,lalu saya mengumpulkan empat orang saksi? Demi Allah wahai Rasulullah, saya akan memukul isteriku dan lelaki itu dengan pedang yang terhunus". Maka Rasulullah Saw bersabda,"Tidakkah kamu berasa kagum dengan kecemburuan Sa'ad ini? Sesungguhnya aku sendiri lebih cemburu daripada dia,dan Allah lebih cemburu lagi daripada aku".

Saya berpesan kepada kalian, bahawa prinsip dan ajaran Nabi Muhammad memerlukan kecemburuan, pembelaan dan semangat. Siapa yang akan menolong ajaran dan syariat Nabi Muhammad Saw selain kita? Kitalah bala tenteranya, kitalah batalon militernya. Maka kemarilah, supaya kita berkenalan dan mengkaji lebih dalam dengan sirah-nya. Demi Allah, saya mengetahui bahawanya kita boleh lebih bersemangat daripada pemerintahan sekuler. Tetapi kita telah terlena dengan filem-filem dan majalah-majalah tidak senonoh yang tidak bermoral. Kita terlena dengan kemaksiatan dan kesia-siaan. Sesungguhnya di dalam jiwa generasi muda masih terdapat rasa cinta kepada Allah dan Rasul-Nya Saw. Cinta mereka akan tampak ketika terjadi pelbagai perlanggaran.

Kita mungkin pernah melihat seorang pemuda yang memegang rokok di tangan kanannya da memegang majalah porno atau lucah di tangan kirinya. Kita mendapatinya sering bermain dan lalai. Kita mendapatinya menyandang dan memainkan tongkat, senar gitar dan alat muzik tiup(flute). Namun jangan cuba-cuba menghina dan mengejek Nabi Muhammad di hadapannya, kerana dia akan mempertaruhkan kepalanya dengan harga yang sangat murah, untuk menyembelih dan membunuh penghina itu! Sebahagian generasi ini ada yang tidak melaksanakan solat - padahal orang yang meninggalkan solat adalah kafir. Namun manakal dia dipanggil dengan "Wahai orang kafir" maka dia akan murka dan berkelahi, bahkan akan mempertaruhkan nyawanya. Kerana baginya, kekafiran adalah dosa dan aib yang paling besar. Seseorang daripda mereka tidak akan rela apabila kita memangggilnya dengan: "Wahai orang fasik","Wahai orang kafir". Dia juga tidak akan rela kalau kita merobek-robek Al-Qur'an. Sebenarnya generasi seperti ini masih jauh lebih baik dan lebih utama daripada generasi kesesatan-semoga Allah membinasakan mereka-yaitu mereka yang mengambil Al-Qur'an, lalu merobaek-robeknya di jalan-jalan raya dan memijak-mijaknya dengan sepatu-patu berlaras.

2 comments:

Unknown said...

Fuh,hebat betul tulisan ni...
terima kasih atas perkongsian..
http://motionlegacy.blogspot.com/

FaizRodzi said...

btol gak kan...
kita marah bila org maki islam..
tp kita sndri x amalkan islam..
sma gak rr cam kita maki yahudi..
tp kita still amalkan cara hidup yahudi..