"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan(kekuasaan Allah pada)burung-burung yang terbang di atas mereka,(siapakah yang menjaganya ketika)burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya?Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (67:19)
Monday, May 21, 2012
Untuk Apa.
Untuk apa kehidupan ini jika tidak ada kata ketaatan dan kepatuhan? Manusia memang mudah untuk membangkang dan melawan kerana itu memang sifat manusia. Tetapi fitrah juga bagi seorang insani untuk mencari kedamaian dalam kehidupan. Kedamaian sebagai seorang manusia. Katanya manusia itu punya akal untuk berfikir, tetapi ramai manusia yang menggunakannya hanya untuk kepentingan diri sendiri. Kemewahan, kekayaan dan kekuasaan itu menjadi keutamaan dalam menggunakan akal untuk berfikir. Setiap hari mereka itu menggunakan akal fikiran mereka untuk memeluk duniawi. Pola pemikiran manusia berbeza. Pandangn manusia berbeza. Pandangan manusia kebanyakan sekarang ini hanyalah bersifat sementara. Jika dapat pangkat dan pekerjaan yang hebat, disanjung walaupun orang-orang itu melakukan kejahatan. Kebaikan seseorang dipandang sepi. Apabila ada manusia melakukan kebaikan, membetulkan yang salah, maka orang tersebut mungkin dicaci dan dihina. Mungkin mereka takut kekayaan dan kekuasaan mereka hilang. Mengapa mereka masih tidak sedar bahawa tulang ini akan reput jua? Mata ini akan buta dan telinga ini akan pekak juga. Berapa ramai manusia yang masa hidupnya penuh dengan kekayaan dan kejahatan, akhirnya musnah dalam tanah. Pelupa memang sifat manusia. Lupa bahawa mereka itu adalah hamba. Datang dan akan kembali kepada-Nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment