Tuesday, November 10, 2009

Barangsiapa.

Barangsiapa mengasihani nescaya dia dikasihani.
Barangsiapa diam nescaya selamat.
Barangsiapa membodohkan diri nescaya dikalahkan.
Barangsiapa terburu-buru nescaya salah.
Barangsiapa loba kepada kejahatan nescaya tidak selamat.
Barangsiapa tidak meninggalkan riya' nescaya dimaki orang.
Barangsiapa tidak benci kepada kejahatan nescaya berdosa.
Barangsiapa yang benci kepada kejahatan nescaya terpelihara.
Barangsiapa mengikuti nasihat Allah SWT nescaya terjaga.
Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya aman.
Barangsiapa berpaling dari Allah SWT nescaya tidak diberikan.
Barangsiapa tidak meminta kepada Allah nescaya miskin.
Barangsiapa merasa aman daripada cubaan Allah SWT nescaya akan hina.
Barangsiapa meminta tolong pada Allah SWT nescaya akan mendapat.


-Hikmah daripada Wahab bin Munabbih.(Salafusoleh)

~Taipan Kecepatan Kota Tunjong~

2 comments:

Tirana said...

Barangsiapa membaca tulisan ini..insyaAllah akan insaf..terimakasih kerana berkongsi

atifgazali@gmail.com said...

InsyaAllah..sama2 kita cuba melakukannya.