Saturday, September 19, 2009

Ramadhan - 'Ayd al-Fitr.






Ramadhan 1430H semakin menghampiri detik pengakhirannya. Ramadhan bulan yang mulia dan bulan yang penuh dengan keberkatan. Di dalamnya ada tiga fasa.Rahmat,maghfirah dan jauh dari neraka. KItab Allah, Al-Quran diturunkan pada bulan ini.



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣) تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤) سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ (٥)



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5) [Al-Qadr]


Bulan ini menjanjikan seribu satu kebaikan kepada hambanya yang ikhlas melakukan amal ibadat hanyasanya kerana Allah SWT. Pahalanya berlipat ganda. Jika kita menunaikan solat sunat seumpama kita menunaikan solat fardhu. Puasa amat sinonim dengan bulan ini. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (١٨٣)

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183)


Allah SWT rabbulalamin menyuruh hamba-hambanya supaya berpuasa dibulan ini agar bertakwa kepada-Nya. Tetapi adakah kita ini sebenar-benarnya berpuasa? Atau adakah kita hanya menahan lapar dan dahaga? Semoga puasa kita diterima Allah SWT.InsyaAllah.
Melabuhnya tirai Ramadhan membuatkan jiwa ini berasa sedih. Bulan yang penuh dengan kebaikan ini akan meninggalkan kita. Adakah kita mampu untuk melawan nafsu kita dan menjaga iman kita pada 11 bulan yang seterusnya? Semoga kita dapat istiqomah dalam beramal soleh kepada-Nya agar kita mendapat keredhaan.InsyaAllah.

'Ayd al-Fitr

No comments: