"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan(kekuasaan Allah pada)burung-burung yang terbang di atas mereka,(siapakah yang menjaganya ketika)burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya?Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (67:19)
Tuesday, May 26, 2009
Coretan-Kota Tunjong ~ Jerman.
Dulu-dulu gua pernah pergi ke Jerman.
Tapi gua hanya pergi selama dua minggu sahaja.
Banyak juga yang dapat gua lihat di negara 'Hitler' ini walaupun hanya seumur jagung berada di sana.
Tidak sempat angin dingin melayani kedatangan gua dengan penuh kenikmatan.
Gua pulang.
Kebersihan begitu ketara berbanding negara yang kita cintai ini.
Negara yang berpegang kepada demokrasi.
Sangat-sangat berbeza.
Dah bersih,segar dan nyaman pula.
Itu satu bonus.
Keindahan alam ciptaan Allah A.W. yang tidak berkekalan ini.
Jika di Malaysia, gua boleh nampak sampah bertaburan(bukan sekeras batu bertaburan) di merata tempat tidak kira sama ada bandaraya,bandar,kota,pekan mahupun di kampung.
Dilarang bagaikan disuruh. Disuruh bagaikan dilarang.
Gua tak pernah marah kepada negara gua ini,tapi gua sangat marah pada marhaen yang punyai akal fikiran yang cerdas yang boleh berfikir.
Berdiri dan duduk di negara ini.
Mentaliti seorang manusia di Malaysia tidak menjurus ke arah positif.
Selalu ke arah negatif(gua pun begitu tapi gua cuba tukar).
Bukan susah untuk tidak membuang sampah di merata-rata tempat.
Tong sampah kan ada.
Kesian juga tong sampah tu kalau kita sebagai manusia-berakal-tidak menggunakannya.
Hidup tidak meriah tanpa ada sampah.
Tapi hidup lebih gumbira(baca:tenang)jika kita pandai mengurus pembuangan sampah.
Nampak selesa dengan keadaan yang bersih.
Mahu buat apa pun kondusif.
Gua tahu,lu pun fikir macam tu.
Ingat,kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Saturday, May 23, 2009
Keluar Masuk.
Biru masuk hijau keluar.
Hijau masuk biru keluar.
Biru hijau keluar masuk.
Hijau yang keluar.
Biru yang masuk.
Nah!
Hijau masuk biru keluar.
Biru hijau keluar masuk.
Hijau yang keluar.
Biru yang masuk.
Nah!
Thursday, May 21, 2009
Itu Engkau,Ini Aku.
Si dia itu termenung.
Barangkali menggali minda yang kelam.
Awan itu sudah lama mendung dijiwanya.
Tersangat-sangat mendung.
Bermonolog sendirian.
"Itu engkau,ini aku".
Siapa kisah?
Biarkan saja engkau kelamkan lagi kekelaman itu.
Aku dengan diriku.
Mahu saja mencari penawar.
Bagi mencerahkan awan yang sudah lama mendung itu.
Barangkali menggali minda yang kelam.
Awan itu sudah lama mendung dijiwanya.
Tersangat-sangat mendung.
Bermonolog sendirian.
"Itu engkau,ini aku".
Siapa kisah?
Biarkan saja engkau kelamkan lagi kekelaman itu.
Aku dengan diriku.
Mahu saja mencari penawar.
Bagi mencerahkan awan yang sudah lama mendung itu.
Wednesday, May 20, 2009
Tic-Tac-Toe.Best juga.
Aku dah cuba.Payah betul nak menang. Siapa menang minta hadiah daripada aku.
Macam mana?
Ada yang menang?
Macam mana?
Ada yang menang?
Tuesday, May 19, 2009
Sedih.
Aku sedih.
Tapi terima dengan redha.
Memang kena terima.
Petang Khamis aku mendapat panggilan daripada kawan aku memaklumkan bahawa Ummi telah pergi mengadap Ilahi.
Aku tersentak dan mulutku tetap menyebut Innalillahi wa innailai hirajiun.
Tika itu aku masih dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.
Keseronokan aku bercanda dengan teman-temanku terhenti.
Urat sarafku tunduk lemah tidak bermaya.
Menerima takdir ini.
Teringat kembali nostalgia masa lampau bersama Ummi.
Mengajar tanpa jemu.
Cuma kadang-kadang aku saja yang jemu belajar.
Tidak mengetahui kepentigan ilmu secara perinci.
Tapi itu dulu.
Semoga ilmu yang telah engkau curahkan akan berpanjangan dan berterusan sampai tamatnya riwayat bumi ini.
Semoga engkau di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.
Bersama-sama kita doakan.
Wednesday, May 13, 2009
Peristiwa Hitam 13 Mei.
Peristiwa pada 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam bagi rakyat Malaysia.
Perpaduan terjejas.
Peristiwa ini berkait rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969.
Budi bicara tidak lagi digunakan untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.
Malahan,kata-kata kesat dan caci-maki digunakan untuk kepuasan diri dan parti.
Menambahkan lagi serangan mental dalam masyarakat yang berlainan bangsa.
Terasa dianak tirikan.
Nah,akhirnya terjadinya pembunuhan dan kucar-kacir walaupun setelah negara ini mencapai kemerdekaan atau makna sebenarnya bebas daripada penjajah.
Rusuhan kaum yang berlaku ini merupakan puncak masalah perpaduan. Jangan lah kita terlalu lama memandang ke belakang.
Jadikan lah peristiwa ini sebagai pengajaran yang sangat berguna untuk kita rakyat Malaysia sentiasa berganding bahu tidak kira agama,bangsa,keturunan mahupun latar belakang.
Peristiwa 13 Mei ini sudah lama pergi meninggalkan tapak sejarahnya selama 40 tahun yang lalu.
Kini,rakyat Malaysia sudah saling memahami walaupun ada segelintir kelompok yang masih dalam keadaan yang lama.
Lupakan yang lalu, mulakan hidup baru.
InsyaAllah.
Allah A.W. akan membantu dan menolong menjaga perpaduan ini jika kita beriman dan bertakwa dengan sebenar-benarnya.
Tuesday, May 12, 2009
Selamat Hari Ibu/Umi/Emak/Mama/Mother.
Mungkin tidak lewat bagiku untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada semua wanita yang sudah bergelar ibu terutamanya kepada emak saya. Di sini ku letakkan lagu untuk ibu-ibu.
dan juga bagi anak-anak. Jasa yang memang tidak dapat di balas kesemuanya. Menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Berdoalah agar kita menjadi insan dan seorang anak yang soleh dan selalu berdoa kepada ibu kita.
Saturday, May 9, 2009
Fluorida!!!
AWAS !!!
Tanpa disedari kita & anak-anak terdedah kepada bahaya fluorida setiap hari.
Apa itu fluorida? Layari www.muslimconsumer.org.my/fluorida
Fluorida merupakan silent killer yang terdapat pada lebih 80% ubat gigi dipasaran, fluorida boleh mengancam organ & menyebabkan pelbagai penyakit. Elakkan penggunaan produk berfluorida terutamanya dikalangan kanak-kanak.
Fluorida boleh menyebabkan perkara-perkara berikut:
- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit
AWAS !!!
BAHAYA FLUORIDA
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.
Pernahkah anda melihat amaran ini pada belakang kotak ubat gigi anda?
“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”
Perlukah amaran seperti diatas sekiranya produk tersebut benar-benar selamat? Mungkin jika digunakan sekali atau dua kali tidak mendatangkan apa–apa kesan, tetapi jika digunakan setiap hari dan sehingga 3 kali sehari ia mampu memberi pelbagai kesan buruk antaranya: KANSER & DENTAL FLUOROSIS!
Tuesday, May 5, 2009
Terluntur Dek Zaman.
Dunia kini sudah ketandusan budi pekerti. Terhakis dek zaman modenisasi yang dipelopori Barat.
Ilmu yang ada tidak digunakan sebaiknya.
Walaupun punya ijazah tetapi solat mungkin hanya sebulan sekali.Itu pun belum tentu lagi.
Walaupun telah diiktiraf seorang professor,sampah dibuang di merata tempat.
Manusia-mempelajari ilmu hanya untuk mencari kerja.
Kerja-untuk mencari duit dan harta serta terus mahu hidup di dunia ini selama-lamanya.(Waima,mereka tahu akan kembali juga jasad mereka menjadi debu)
Nampak di situ,tiada bahagikan ilmu untuk kecemerlangan ukhrawi.
Tiada keseimbangan.
Nah,dunia menjadi tempat melepas segala-galanya. Mahu bebas kononnya.
Fikir.
Mahu susah di sini ataupun susah di sana?
Mahu senang di sini ataupun senang di sana?
Manusia itu selalu lupa(kadang-kadang hanya pura-pura lupa) walaupun mereka tahu ada batas dan had dalam kehidupan ini.
Islam telah meletakkan segala-galanya.
Teori sudah banyak dipelajari.
Cuma menunggu untuk mempraktikkan sahaja.
Jika tidak di sini, di mana lagi?
Friday, May 1, 2009
Hari Pekerja alias Hari Buruh.
Selamat bercuti kepada pekerja-pekerja mahupun buruh-buruh yang sedang bercuti. Kepada yang tidak, itu satu bonus untuk anda semua meningkatkan sifat ikhlas dalam bekerja.
Hidup memang begini. Bekerja untuk mendapat ganjaran. Ganjaran itu adalah wang. Wang yang dapat di gunakan untuk mencari makan. Sebab apa dikatakan mencari makan kerana daripada bangun pagi sahaja kita akan mencari makanan untuk makan. Makanan di beli dengan menggunakan wang yang kita peroleh. Apa yang paling penting sekali bekerja lah kerana Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)