"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan(kekuasaan Allah pada)burung-burung yang terbang di atas mereka,(siapakah yang menjaganya ketika)burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya?Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (67:19)
Tuesday, May 26, 2009
Coretan-Kota Tunjong ~ Jerman.
Dulu-dulu gua pernah pergi ke Jerman.
Tapi gua hanya pergi selama dua minggu sahaja.
Banyak juga yang dapat gua lihat di negara 'Hitler' ini walaupun hanya seumur jagung berada di sana.
Tidak sempat angin dingin melayani kedatangan gua dengan penuh kenikmatan.
Gua pulang.
Kebersihan begitu ketara berbanding negara yang kita cintai ini.
Negara yang berpegang kepada demokrasi.
Sangat-sangat berbeza.
Dah bersih,segar dan nyaman pula.
Itu satu bonus.
Keindahan alam ciptaan Allah A.W. yang tidak berkekalan ini.
Jika di Malaysia, gua boleh nampak sampah bertaburan(bukan sekeras batu bertaburan) di merata tempat tidak kira sama ada bandaraya,bandar,kota,pekan mahupun di kampung.
Dilarang bagaikan disuruh. Disuruh bagaikan dilarang.
Gua tak pernah marah kepada negara gua ini,tapi gua sangat marah pada marhaen yang punyai akal fikiran yang cerdas yang boleh berfikir.
Berdiri dan duduk di negara ini.
Mentaliti seorang manusia di Malaysia tidak menjurus ke arah positif.
Selalu ke arah negatif(gua pun begitu tapi gua cuba tukar).
Bukan susah untuk tidak membuang sampah di merata-rata tempat.
Tong sampah kan ada.
Kesian juga tong sampah tu kalau kita sebagai manusia-berakal-tidak menggunakannya.
Hidup tidak meriah tanpa ada sampah.
Tapi hidup lebih gumbira(baca:tenang)jika kita pandai mengurus pembuangan sampah.
Nampak selesa dengan keadaan yang bersih.
Mahu buat apa pun kondusif.
Gua tahu,lu pun fikir macam tu.
Ingat,kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
bro..lu pnya bahasa bagus rr..
cair bila gua bca..
truskan menulis..
Sepatutnya negara yang penghuninya ramai yang beragama islam lagi bersih sebab islam menitikberatkan soal kebersihan tapi sebaliknya terjadi. Di mana silapnya tu?
Budaya yg negative dari barat cepat sangat kita cedok tapi budaya yang positive, tak nak pulak kita ikut. Apa nak jadi dengan kita rakyat malaysia ni ye...
negara eropah mmg bersih dibandingkan dengan malaysia. Malunya malaysia negara Islam tapi kotor.
ur bhs mmg tinggi laa atif. truskan usaha.
Post a Comment