Tuesday, May 19, 2009

Sedih.




Aku sedih.

Tapi terima dengan redha.

Memang kena terima.

Petang Khamis aku mendapat panggilan daripada kawan aku memaklumkan bahawa Ummi telah pergi mengadap Ilahi.

Aku tersentak dan mulutku tetap menyebut Innalillahi wa innailai hirajiun.

Tika itu aku masih dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

Keseronokan aku bercanda dengan teman-temanku terhenti.

Urat sarafku tunduk lemah tidak bermaya.

Menerima takdir ini.

Teringat kembali nostalgia masa lampau bersama Ummi.

Mengajar tanpa jemu.

Cuma kadang-kadang aku saja yang jemu belajar.

Tidak mengetahui kepentigan ilmu secara perinci.

Tapi itu dulu.

Semoga ilmu yang telah engkau curahkan akan berpanjangan dan berterusan sampai tamatnya riwayat bumi ini.

Semoga engkau di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Bersama-sama kita doakan.

1 comment:

Humayra' said...

moga pengorbanan yg ummi lakukan dpt kita semua contohi..
dan teruskan langkah perjuangan, kerana kita masih di sini, perlu teruskan langkah mengejar redha Ilahi...