Sunday, September 28, 2008

Tanda2 Lailatul Qadar.(repeat)

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Monday, September 22, 2008

Adakah Kita Sudah Melakukan Yang Terbaik?

Ramadhan kali ini semakin lama semakin mahu meninggalkan kita. Rasa sedih dalam hati tidak dapat ditepis lagi. Kita tidak tahu kita akan dapat berjumpa dengan Ramadhan pada edisi yang seterusnya. Kita tidak tahu kita mahu hidup sampai bila. Kita tidak tahu bila malaikat akan datang menyambut kita untuk bertemu yang Maha Esa. Bagaikan embun pagi,tanpa kita sedari sudah membasahi Bumi yang hijau ini. Begitulah Ramadhan,terasa baru 2 hari berpuasa.

Namun, Ramadhan merupakan bulan Hijrah yang amat istimewa untuk manusia yang beragama Islam tidak kira bangsa apa. Melayu,Cina,India,Kadazan atau Iban sekalipun. Kita semua mempunyai matlamat yang sama. Bulan ini mengajar kita erti kedewasaan diri. Mengajar erti kesusahan. Kesusahan mengajar kita erti kesabaran. Kesabaran dapat mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T.. Janganlah kita berasa letih dalam melakukan amal ibadah kerna keletihan yang kita rasai itu akan mendapat kesenagan di sanan nanti. Kini hanya tinggal 8 hari sahaja lagi untuk kita menyambuyt hari Raya Idul Fitri. Dalam 8 hari yang sayup-sayup pergi ini,adakah kita mampu istiqamah dan seterusnya meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita kepada Yang Maha Kuasa?

Bagi saya,keikhlasan dalam diri setiap insan yang berpegang pada satu akidah yang sama sangat penting dalam menjana kekhusyukkan. Saya sedar pada diri saya bahawa kadang-kadang saya tidak dapat mencapai keikhlasan yang sebenar-benarnya. Saya tahu bahawa ramai teman di luar sana juga seperti saya. Mungkin kita sekadar retorik. Hanya berkata-kata kosong. Tidak dapat melakukannya dengan terbaik ataupun tidak melakukannya langsung. Dalam manusia berlumba-lumba untuk mendapat kemewahan dunia , mereka lupa kan matlamat mereka yang sebenar. Kita boleh lihat dengan mata kaca kita sendiri,debu kejahilan yang ada pada manusia sering bertambah luka. Jika manusia yang satu akidah tidak sama-sama membantu dan menasihati satu sama lain ataupun tidak menjirus diri mereka dengan madu keimanan mereka akan terus lalai dalam dunia yang kecil ini.

Saturday, September 20, 2008

Sepuluh Wasiat Dari Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna



1) Apabila mendengar azan bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekali pun.

2) Bacalah al-Quran ,tatapilah buku-buku ilmu,pergilah ke majlis-majlis ilmu,dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah.

3) Berusahalah untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana Bahasa Arab yang betul itu satu-satunya syiar Islam.

4) Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6) Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkanbersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7) Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8) Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang,mengecam pertubuhan-pertubuhan,dan janganlah melainkan apa -apa yang memberikan kebajikan.

9) Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditwemui keraba asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kit,oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

BACALAH-RENUNGILAH-KEMUDIAN AMALKANLAH.

Thursday, September 18, 2008

18~ Ramadhan.

Hari ini hari yang ke 18 kita berpuasa. 16 September,dua hari yang lepas masih tidak apa-apa terjadi. Cuma ada sidang media. Kita sama-sama tunggu dan lihat . Ini semua untuk kepentingan dan kemaslahatan bersama. Kita harus bahu-membahu dalam aspek sebegini. Dalam bab ini kita akan bincang pada masa-masa yang lain. Sebenarnya,tanpa kita sedari sudah 18 hari kita berpuasa. Terasa masa berluncur laju,laju dan laju. Tapi apakah sebenarnya yang kita mahu dalam bulan yang mulia ini? Mestilah semua umat Islam di dunia ini mahukan keredhaan dari Allah S.W.T.(mardhotillah). Semua manusia inginkan yang terbaik termasuk diri kita sendiri. Namun adakah kita sudah membuat yang terbaik untuk kita mendapat yang terbaik? Kita sering melihat kesilapan orang lain.memang selalu jelas dan terlalu pantas untuk kita memperkatakan hal orang lain. Diri kita,kita tidak nampak. Umpama berada di sebalik bukit. Tidak nampak. Secara implisitnya,jika perkara ini atau tabiat sebegini terus berlaku dalam diri kita semua,maknanya kita harus melakuakn perubahan yang drastik. Kita tidak boleh hanya bercakap dan terus bercakap hingga menghasilkan air soya yang berbuih. Kita harus melakukannya. Kita harus take action.

Tuesday, September 9, 2008

10 Hari Sudah Berlalu.

Semakin hari semakin cepat masa berlari. Ramadhan yang baru saja disambut kini 10 hari sudah. Dalam menyambut suasana ini,setiap manusia mesti telah menempuh banyak cabaran,dugaan mahupun ujian dalam masa yang singkat ini. Kita sebagai manusia yang mempunyai pegangan hidup seharusnya meneruskan perjuangan yang tidak kekal ini bagi menghadapi kehidupan yang kekal abadi nun di sana. Kita juga sebenarnya adalah hamba yang sangat kerdil disisi Allah S.WT.. Namun begitu,kita sering alpa dan lupa serta lalai dalam menjalankan tugas kita yang sebenarnya. Oleh itu sama-samalah kita bermuhasabah dalam menjadi seorang yang soleh dan seterusnya musleh.

Saturday, September 6, 2008

Doa Buat Haji Husni(Pak Cik Husni)

Al-Fatihah kepada Allahyarham yang telah pergi meninggalkan kita semua dalam satu kemalangan di Jalan Ngulang semalam . Jenazah Allahyarham akan akan dikebumikan pada 11 30 pagi ini di Tanah Perkuburan Batu 2 1/2(dekat dengan futsal). Marilah kita semua sama-sama berdoa agar Allahyarham di tempatkan pada kalangan orang-orang yang dirahmati Allah.

-Alhamdulillah jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada pukul 11 30 pagi tadi. Semoga kiota sama-sama berdoa kepada Allahyarham. Marilah kita sama-sama mengikhlaskan hati dalam meningkatkan amal ibadah kita,InsyaAllah. Mungkin tiba masa kita pula untuk menyahut seruan Ilahi.

Monday, September 1, 2008

Marhaban Ramadhan/Ramadhan Karim

Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinantikan oleh setiap muslim bagai pengantin menantikan pasangannya untuk dijabkabulkan. Bulan pesta ibadah untuk muslim mukmin mengaut sebanyak banyaknya pahala. Bulan istimewa untuk mengukuh, memantap dan menguatkan jiwa,akal dan jasmani guna berhadapan cabaran hidup pada baki sebelas bulan yang lain sebelum bertemu semula Ramadhan sekali lagi. Bulan 'special offer' dari Allah S.W.T. untuk memperbaiki diri ,memperoleh rahmat ,memohon ampunan dosa dan bulan untuk meraih anugerah Allah S.W.T. yang tak terhingga. Tiada bandingan 'offer' Allah dapat disamakan dengan gandingan 'offer' dari seluruh manusia.

Ramadhan merupakan medan latihan praktikal pembangunan insan. Terbangunnya keinsanan seseorang boleh digilap dan diasah melalui latihan Ramadhan. Akal boleh disirami melalui membaca dan mentadabbur(memahami dan meneliti isi) Al-Quran. Jiwa terbangun dan menjadi bersih dan jernih daripada kotoran kerana berjaya melawan hawa nafsu. Memperbanyakkan ibadah (solat waktu berjamaah,tarawih,iktikaf,bertahajud) sepanjang Ramadhan secara berterusan dengan rasa iman dan keinsafan. Diperkayakan dengan rasa bertambah cinta dan kasih kepada Allah S.W.T. sebagai Pencipta dan yang memberi petunjuk serta hidayah kepadanya ,beristiqomah berada dipangkuan Islam ,mentaati titah perintah-Nya dan menjadi umat yang menuruti sunnah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dalam seluruh kehidupannya.

Muslim mukmin yang sedar dan insaf bahawa kewajipan puasa ini adalah daripada arahan Allah S.W.T. akn tampil menghayati Ramadhan dengan kesungguhan mujahadah menahan diri ,tidak menurut nafsu tetapi bersabar daripada terjerebak dan tererumus melakukan perbuatan keji,sia-sia dan maksiat. Hati,lidah,mata,telinga,kaki,tangan dan fikirannya terpimpin ,tahan ujian dan sentiasa berada di landasan akhlak dan keperibadian Islam. Dia gemar dan seronok berada dalam lingkungan amal kebaikan dan suasana yang soleh dan musleh sebaliknya rasa sempit dada jika berada dalam suasana lagha dan tidak berfaedah. Dia begitu ghairah menambah amal soleh supaya peroleh m,anfaat kesenangan dan keberuntungan kehidupan selepas mati. Dia sedar bahawa jika dia berpuasa tetapi masih bersarang dihati kejahatan zahir dan batin,nescaya tidak berfaedahlah puasanya. Apa yang diperolehnya cuma lapar dan dahaga. Rugilah kerana tidak mendapat keuntungan yang Allah ingin berikan. Sayang sejuta kali sayang.


"Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak medapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga."
-Riwayat An Nasa'i