Sunday, August 31, 2008

Kemerdekaan!!!

Hari ini 31 Ogos 2008. Kemerdekaan yang ke-51 negara Malaysia. Sudah lama kita telah ditinggalkan penjajah Barat. Pembangunan semakin lama semakin meningkat. Ekonomi semakin mapan. Politik? Tak tau nak kata apa. Kawasan luar bandar sudah mempunyai kemudahan yang begitu canggih. Keamanan di capai dengan amannya. Perpaduan sudah jelas berpadu. Namun begitu, adakah kita sudah bebas daripada penjajahan pemikiran Barat yang telah meresap masuk sedikit demi sedikit?
Dalam pemikiran yang rasional,kita boleh melihat ramai remaja yang kini sudah lupa akan tanggungjawab mereka. Mereka hanya melihat pada satu sudut buat masa sekarang. Mereka tidak melihat kesannya pada masa hadapan. Remaja merupakan anak-anak muda dalam lingkungan umur 15-19 tahun. Dalam menjalani keremajaan,mereka sering lalai dan suka berfoya-foya kerana mereka hidup dalam keadaan terlalu mewah.

No comments: