Wednesday, November 7, 2012

Istiqomah


Assalamualaikum wbt...
Sudah lama blog ini tidak bernafas. Sunyi tanpa ada yang berbicara. Kadang-kadang semangat untuk menulis itu naik dan turun. Tambahan dengan hati yang kian sakit. Membuatkan kesungguhan menjadi pucat lesu. Mengapa 'Istiqomah' dijadikan sebagai judul untuk posting kali ini? Mari kita semak...


Istiqomah ataupun sering dikenali sebagai konsisten dalam makna yang sama membuat sesuatu pekerjaan itu dengan berterusan. Bukan menunggu semangat yang naik baru mula untuk melakukannya dan apabila semangat menjadi luntur, pekerjaan tersebut ditinggalkan. Mungkin semua orang sudah merasai kondisi sebegini termasuklah diri penulis. Penulis begitu menghormati orang yang mampu beristiqomah dalam melakukan sesuatu terutama dalam amal Islami. Dalam hadis ada menyebut bahawa amal yang baik adalah berterusan walaupun sedikit. 


Kalau kita tengok keadaan pada hari ini, nilai istiqomah ini semakin merudum dalam masyarakat. Mungkin kita boleh konsisten untuk melakukan pekerjaan duniawi. Pergi sekolah, pergi kuliah dan pergi kerja tepat waktu. Setiap hari kita lakukan. Mengapa kita mampu untuk melakukannya? Semuanya adalah kerana ganjaran yang akan kita dapat. Jika kita tidak bekerja, daripada mana kita akan memperoleh wang dan bagaimana kita boleh meneruskan hidup? Tetapi sayang seribu malah sejuta kali sayang, dalam pekerjaan akhirat also known as ukhrawi kita kalah. Ya! Kita kalah lebih awal dan tersungkur. Lihat saja keadaan shalat kita, sedekah kita dan amal Islami yang lain. Ibadah kita hancur. Ibadah kita bermusim. Andai  tiba hari-hari yang tertentu baru kita mula untuk bersungguh-sungguh. Nilai istiqomah sudah hilang !


" Perubahan mungkin mampu kita lakukan tetapi untuk konsisten dan kekal dalam perubahan itu yang sukar."


Moga istiqomah dapat diterapkan dalam jiwa kita terutama yang menulis ini.


Kota Padang
Sumbar
7 November 2012