Showing posts with label Belangsungkawa.. Show all posts
Showing posts with label Belangsungkawa.. Show all posts

Monday, March 10, 2014

Doa untuk MH370.

Sesungguhnya kita ini hamba yang kerdil dan Allah Maha Kaya lagi Maha Mengetahui. Kita kena selalu merujuk kembali dan meminta hanya kepada Allah.


Monday, November 18, 2013

Let's Follow Ammar..

Almarhum Ammar meninggal dunia setelah dilanggar oleh ambulans sewaktu melintas jalan. Berikut adalah kisah terakhir arwah sebelum kejadian: Hari jumaat itu Ammar petugas di dapur. Masak nasi dan panaskan lauk kacang kuda. Kemudian masak teh untuk sahabat-sahabatnya dan kemas dapur. 
Hari sabtu yang hari kemalangan itu bangun awal pagi, mandi dan duduk atas katil mengaji al-Quran. Sahabat yang petugas dapur hari itu sediakan sarapan untuk Ammar, kerana Ammar nak keluar awal sedikit. Kawan dia sediakan sarapan dan makan bersama sambil berbual.

Abangnya Tanya, Ammar, apa plan kamu? Apa yang kamu ingin buat? 
Abangku, saya ingin buat khidmat dakwah. Saya sudah habis baca semua koleksi Risalah An-Nur. Ingin baca sekali lagi dengan merenung. 

Selepas sarapan, Ammar keluar dan pergi satu rumah yang dulu tinggal sana dan membawa barang2nya ke rumah yang baru nak tinggal itu. Beliau susunkan semua barang2 itu dalam almari dan atas meja. Kemudian bersedia nak keluar ke rumah yang pelajar-pelajar Malaysia dan Patani yang baru tinggal situ. Kerana tahun ini Ammar akan bertanggungjawab daripada pelajar-pelajar Malaysia dan patani yang baru sampai sana. 
Beliau Kata kepada abang dia, abangku, tahun ini saya ingin bagi tazkirah dan kelas untuk pelajar2 ini, Tolong saya, kita keluarkan tajuk2 yang saya boleh membentang untuk mereka. Bersama abangnya mereka tulis tajuk2 itu. Kemudian ambil begnya dan keluar dari rumah untuk khidmat tersebut. 

Nota yang terakhir Ammar tulis dan letak dalam begnya adalah kaedah pertama dalam risalah ikhlas, iaitu begini

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling, maka itu tidak penting. Jika Dia menerima sedangkan seluruh masyarakat menolak maka tiada kesannya. Setelah Dia meredhai dan menerima, jika Dia kehendaki dan selari dengan hikmah-Nya, walaupun kalian dalam keadaan tidak meminta, Dia akan menjadikan masyarakat juga me-nerima dan meredhai. Kerana itu, keredhaan Allah sahaja yang perlu dijadikan sebagai tujuan utama da lam khidmat dakwah ini  - Seif Khales



Walaupun aku tidak mengenali kau. Tetapi dari kata-kata dan pandangan manusia lainnya menunjukkan kau orang yang baik dan soleh. Moga kau ditempatkan di Syurga Firdaus. Doa untuk Ammar.

Sunday, September 19, 2010

Perginya Seorang Pejuang.

Semalam bersamaan dengan 9 Syawal 1431 H iaitu 18 September 2010. Perginya seorang perjuang,pendakwah dan juga murabbi yang telah meletakkan segala-galanya untuk Islam dalam dirinya. Almarhum Ustaz Dahlan M.Zain telah pulang ke rahmatullah pada pukul 9.55 pagi di rumahnya di Mata Ayer,Perlis. Sesungguhnya pemergian almarhum ini merupakan sebuah kehilangan besar kepada sesiapa yang pernah mengenali almarhum khususnya. Perginya seorang Murabbi yang sejati. Moga permata-permata tarbiyyah yang telah almarhum curahkan dapat kita kukuhkan dalam diri kita. Agar kita menjadi sebahagian dari batu-bata pada dinding tarbiyyah. Mari kita berdoa agar Allah Swt menerima amal solehnya dan menempatkan almarhum dalam kalangan para Solihin. Amin.

Mari kita renungkan sejenak cebisan sajak As-Syahid Syed Qutb:



Saudara,
Andainya kematian engkau tangisi,
Pusara engkau siram dengan air matamu,
Maka di atas tulang belulang yang sudah luluh,
Nyalakanlah obor untuk ummat ini,
Dan...
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan.


Saudara,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan,
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu,
Taman-taman indah di syurga Allah,
Terhampar menanti,
Burung-burungnya berpesta menyambutku,
Dan berbahagilah hidupku di sana


Saudara,
Puaka kegelapan pasti akan lebur,
Fajar akan menyingsing,
Dan alam ini akan disinari cahaya lagi,
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya,
Jangan gentar berkelana ke alam abadi,
Di sana... cahaya fajar memancar..



10 Syawal 1431 H.
Kota Tunjong.
11:02 am



Tuesday, May 19, 2009

Sedih.




Aku sedih.

Tapi terima dengan redha.

Memang kena terima.

Petang Khamis aku mendapat panggilan daripada kawan aku memaklumkan bahawa Ummi telah pergi mengadap Ilahi.

Aku tersentak dan mulutku tetap menyebut Innalillahi wa innailai hirajiun.

Tika itu aku masih dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

Keseronokan aku bercanda dengan teman-temanku terhenti.

Urat sarafku tunduk lemah tidak bermaya.

Menerima takdir ini.

Teringat kembali nostalgia masa lampau bersama Ummi.

Mengajar tanpa jemu.

Cuma kadang-kadang aku saja yang jemu belajar.

Tidak mengetahui kepentigan ilmu secara perinci.

Tapi itu dulu.

Semoga ilmu yang telah engkau curahkan akan berpanjangan dan berterusan sampai tamatnya riwayat bumi ini.

Semoga engkau di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Bersama-sama kita doakan.

Saturday, September 6, 2008

Doa Buat Haji Husni(Pak Cik Husni)

Al-Fatihah kepada Allahyarham yang telah pergi meninggalkan kita semua dalam satu kemalangan di Jalan Ngulang semalam . Jenazah Allahyarham akan akan dikebumikan pada 11 30 pagi ini di Tanah Perkuburan Batu 2 1/2(dekat dengan futsal). Marilah kita semua sama-sama berdoa agar Allahyarham di tempatkan pada kalangan orang-orang yang dirahmati Allah.

-Alhamdulillah jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada pukul 11 30 pagi tadi. Semoga kiota sama-sama berdoa kepada Allahyarham. Marilah kita sama-sama mengikhlaskan hati dalam meningkatkan amal ibadah kita,InsyaAllah. Mungkin tiba masa kita pula untuk menyahut seruan Ilahi.