Showing posts with label Motivasi.. Show all posts
Showing posts with label Motivasi.. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Maahad Tahfiz Si Buta al-Quran.


Assalamualaikum wrm wbt...

Rupa-rupanya aku bertemu dengan manusia yang hebat ini 2 minggu yang lalu. Aku teringat dahulu, kalau tidak salah, mak aku pernah menceritakan kisah beliau pada aku. Aku dengar dan lupa begitu sahaja tanpa mengambil sedikit pun ibrah daripada kisahnya. Masuk telinga kanan terus keluar telinga kiri tanpa singgah ke otak. Pada tahun 2013 ini, mungkin Allah memberikan peluang kepada aku untuk betul-betul menghayati kisah dan mengambil ibrah dari beliau. Moga dijadikan pencetus kepada seluruh umat Islam terutama aku untuk berusaha mendalami al-Quran kerana tidak pernah ada kata terlambat untuk memulai lembaran baru. Oh, hampir terlupa, beliau juga baru mengeluarkan buku terbaru terbitan Galeri Ilmu yang bertajuk : You Are The Best, Kuntum Khairan Ummah, Kamu Umat Terbaik. Siapakah beliau? Jom baca sisipan kisah mengenai beliau dari Jurnal Kosmo.


Maahad Tahfiz Si Buta Al-Quran.

SEINGAT dirinya, tak pernah sekali pun dia menyentuh kitab al-Quran semasa usia remajanya. Beliau mengaku tidak suka membaca al-Quran dan sering mengelak daripada mendekatinya. Baginya, tidak ada kepentingan untuk membaca al-Quran.
“Saya tidak nampak kepentingan al-Quran. Dalam kamus hidup saya, definisi kejayaan ialah berkelulusan, berjawatan tinggi dan banyak duit.
“Pada masa itu saya menganggap al-Quran tidak lebih hanya sebagai kitab orang Islam,” kata Dr. Mohd. Shafie Md. Amin, 47, kepada Jurnal.
Beliau yang berkelulusan bidang perakaunan dari sebuah universiti di England merupakan seorang penghafaz 30 juzuk al-Quran ketika berusia 30 tahun.
Kesemua 13 anaknya dilatih menjadi hafiz al-Quran dengan tujuh daripadanya telah menghafal keseluruhan al-Quran.
Tiga anak perempuannya bahkan bergelar johan hafazan al-Quran peringkat kebangsaan termasuk Siti Nadhira, 17, yang menjadi johan dan peserta wanita terbaik Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada April lalu.
Hidayah
Sungguh mengagumkan apabila Shafie yang pada asalnya boleh disifatkan sebagai buta al-Quran menjadi seorang guru tahfiz dan pengasas kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqaan di Ampang, Selangor.
Mengakui dirinya pada asalnya seorang yang tidak begitu mendalami agama, Shafie berkata, sembahyang pun dilakukan hanya sekadar ikut-ikut orang.
“Bukan tak tahu langsung agama. Tapi tak pernah serius. Masa kecil ada belajar mengaji al-Quran, tapi tak pernah bersungguh-sungguh.
“Ustaz mengajar, saya pilih tempat di belakangnya agar dia tak nampak saya main. Lepas tak berjaya dengan ustaz, ibu saya sendiri mengajar. Bila ibu baru mengajar, bila salah, ibu marah, saya menangis.
“Sudahnya, berhenti mengaji dan tak pandai-pandai,” ujarnya.
Kemudian, Shafie membesar dan jiwanya hanya bergelora untuk berjaya bagi mengecap material duniawi. Jika al-Quran disuakan kepadanya untuk dibaca, kalimah ‘kacaulah’ pernah tergetus dalam benaknya.
Siapa sangka, di kota Londonlah, hidayah turun buatnya. Semasa berusia 18 tahun, Shafie melanjutkan pelajaran di kota itu. Kebetulan, dia tinggal bersama rakan serumah yang agak baik.
“Apabila tinggal serumah, kami melakukan banyak aktiviti bersama-sama termasuk mengaji al-Quran. Mereka ajak saya mengaji. Saya berasa tidak selesa.
“Saya tidak mahu mereka tahu saya tidak tahu mengaji al-Quran. Tapi akhirnya saya kena mengaji juga. Saya malu, kawan-kawan lain baca dengan baik, sedangkan saya merangkak-rangkak. Mereka ajar saya sikit demi sikit, lama-kelamaan saya boleh mengaji dengan lancar.

Usia lanjut
“Saya sangat tertarik dengan bacaan seorang kawan yang sangat sedap suaranya. Saya rasa menyesal kerana tak pandai mengaji al-Quran sebelum ini. Saya berusaha memperbaiki bacaan antaranya dengan bantuan kaset bacaan al-Quran.
“Saya cuba hafal sedikit ayat-ayat al-Quran yang mudah, lama-lama saya boleh hafal,” ujarnya yang turut berjaya menyelesaikan pengajiannya dalam bidang perakaunan di London.
Bermula daripada usia yang agak lanjut untuk mempelajari al-Quran iaitu pada usia 18 tahun, akhirnya pada umur 30 tahun, kandungan 30 juzuk al-Quran sudah memenuhi kantung memorinya.
Ketika usia itu juga, beliau bersama beberapa kawan bertindak menubuhkan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqaan untuk mendidik kanak-kanak termasuk anak-anak mereka menjadi al-hafiz.
Ia bermula dengan 12 murid. Maahad tahfiz itu turut mengajar bidang akademik seperti di sekolah biasa.
“Ramai orang yang mentertawakan saya. Mereka kata, boleh percayakah seorang lulusan perakaunan mengajar al-Quran?


Penampilan
“Ramai juga yang tidak percaya saya sudah menghafal al-Quran 30 juzuk. Ya, saya telah bertalaqqi (membaca hafazan berhadapan) dengan ustaz-ustaz dari Indonesia dan Mali, tetapi bagaimana masyarakat boleh mempercayai saya?
“Saya akhirnya menyertai pertandingan hafazan peringkat negeri Selangor. Tujuan utama saya adalah untuk menguji sejauh mana kemampuan saya.
“Tahun pertama saya sertai, saya tidak meraih apa-apa tempat, saya berusaha memperbaiki bacaan lagi. Dua tahun kemudian, saya sertainya sekali lagi dan bergelar naib johan negeri Selangor sebelum menjadi johan pada tahun berikutnya,” ujarnya.
Dia kemudian turut ditawarkan untuk menjadi guru tahfiz di Masjid Negara. Shafie satu-satunya guru tahfiz di situ yang mempunyai kelulusan dari England berbanding guru-guru tahfiz yang lain dari Mesir.
Ketika ditemui, penampilannya juga berbeza daripada kebanyakan ustaz dan guru tahfiz apabila beliau selesa memakai kemeja, tidak memakai kopiah atau songkok.
Katanya, itu dirinya dan dia mahu memberi mesej kepada masyarakat bahawa agama bukan hanya milik ustaz-ustaz.
Masyarakat semakin mempercayai kebolehannya mengajar al-Quran apabila berita salah seorang anaknya, Rabiah, mencipta rekod sebagai johan hafazan peringkat kebangsaan termuda tersiar di dada akhbar pada tahun 1999. Rabiah ketika itu baru berusia 12 tahun.
Shafie meyakini sistem pengajarannya sehinggakan kesemua anaknya disekolahkan di maahad tahfiznya.
Murid-murid di situ tidak ketinggalan pembelajaran akademik dan turut mengikuti peperiksaan seperti Siji Pelajaran Malaysia. Mereka juga berjaya ke menara gading seperti Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Madinah.
“Macam mana orang nak percaya kepada pengajaran kita kalau anak-anak kita sendiri tidak bersekolah dengan kita?” soalnya menunjukkan keyakinannya kepada sistem pengajarannya.
Kini, Shafie yang juga merupakan Pengerusi Maahad Tahfiz al-Itqaan memberitahu, maahad itu kini bertaraf kolej kerana menawarkan pengajian diploma dan bercita-cita untuk menjadi universiti al-Quran.
Ditanya reaksinya mengenai Paderi Terry Jones dari Dove Outreach Center di Gainesville, Florida, Amerika Syarikat yang mencetuskan berang antarabangsa kerana berhasrat membakar al-Quran baru-baru ini, jawapannya cukup bernas dan bukan terbit daripada api kemarahan semata-mata seperti kebanyakan kita.
“Kalau dulu, sewaktu saya jahil, saya akan marah kerana ia merupakan kitab saya, orang Islam. Tapi marah yang kosong kerana saya sendiri tidak tahu mengapa saya perlu marah sangat.
“Kini, saya juga marah. Tetapi, sebagai umat Islam, kita juga perlu melihat apa yang berlaku dari sisi positif. Kenapa ia berlaku?
“Mungkinkah peristiwa itu Allah jadikan kerana mahu menyedarkan kita bahawa kita sudah terlalu jauh daripada al-Quran?
“Kita lemah kerana kita tinggalkan al-Quran dan orang kafir sudah berani melakukan penghinaan kepada al-Quran kerana mereka lihat kita sendiri tidak mengambil manfaat daripadanya,” ujarnya.

Saturday, April 24, 2010

Serangan Pemikiran.

Sama-sama kita menonton dengan penuh teliti paparan video ini.

Monday, April 5, 2010

Sayang.

Gambar ini menyimpan seribu satu makna.Menjadi pengajaran kepada manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras. Sayangnya ramai manusia yang ketandusan akhlak dan berfikiran pendek kini. Lalu, sifat-sifat kemanusiaan hilang dan yang muncul hanyalah sifat-sifat 'kehaiwanan'(sedangkan haiwan juga punyai sifat kasih sayang). Moga kita dapat mengambil sedikit sebanyak ibrah daripada gambar-gambar di bawah ini.




1. Ibu monyet cuba menarik anaknya yang sedang dalam kesakitan setelah dilanggar oleh sebuah motosikal.




2. Tiba2 datang seekor anjing yang cuba hendak mengonggong anak moyet yang dalam separuh nyawa itu lalu dihalang oleh ibu monyet tersebut.




3. Sang ibu sedaya upaya menghalang anjing tersebut dari terus mendekati anaknya dengan mengigitnya sekuat hatinya di badan anjing itu.





4. Akhirnya anjing itu terpaksa mengalah dan terus lari meninggalkan monyet tersebut, namun sayangnya selepas itu anak monyet tersebut tidak dapat juga diselamatkan dan mati jua akhirnya di depan sang ibu yang berkorban nyawa untuk melindungi sang anak.


Islam mengajar kita erti berkasih sayang.
Berkasih sayanglah dengan sesiapa pun. Janganlah terlalu mengikut kata hati ini.
Moga kita sentiasa ceria dengan senyuman.

Sunday, October 11, 2009

Sebentar

"Mari kita merenung sebentar."

Friday, September 25, 2009

Jatuh Bangun Semula.

"All we need to do after falling down is to stand up again."

Sunday, June 28, 2009

"Adakah"?

Suasana hari itu terasa suram dan muram sahaja.

Angin yang sepoi-sepoi bahasa itu tidak lagi menyepoi.

Aku merenung jauh melihat sawah padi dicelah-celah tingkap kaca itu.

Mengelamun dan berfikir.

Bermonolog.

"Adakah dunia ini milik manusia sahaja"?

Lamunan ku tersentak.

Seorang temanku bertanya akan hal kuncinya yang entah di mana dia letakkan.

Lupakan saja hal kunci itu.

Aku teruskan perjalanan lamunan ku.

Terbit dalam minda ku.

"Adakah pokok padi yang hijau itu akan terus berwarna hijau"?

"Adakah manusia yang hidup akan hidup selama-lamanya"?

~taipan kecepatan di tanjung putus~

Saturday, June 20, 2009

Life Concept.






Hidup
bukan
untuk
menerima
sebanyak-banyaknya
tetapi
untuk
memberi
sebanyak-banyaknya.

Thursday, April 9, 2009

Pesanan makcik BirumudaMerah.


Salam Perjuangan.

Hanya untuk imbasan.

Kata-kata daripada mak cik BirumudaMerah yang tidaklah begitu muda.

"Bagus orang muda.Teruskan perjuangan jika kami sudah tiada kerna kamu semua msih muda.Belajar rajin-rajin.Jangan sesekali ditipu.Kita mahukan keadilan bukan kerosakan".

Thursday, March 26, 2009

Bukan Kekalahan Yang Memusnahkan Kita,Tetapi Sikap Mental Kita Sendiri.


BIsmillahirrahmanirrahim..

Terdapat banyak perkara dalam hidup ini yang tidak dapat kita kawal, tetapi kita sentiasa dapat mengawal sikap kita terhadap perkara-perkara tersebut. Kekalahan tidak pernah bersifat kekal kecuali kita membenarkannya menjadi sedemikian. Apabila kita mempunyai sikap mental yang positif. Apabila kita mempunyai sikap mental positif, kita akan mengenal pasti kegagalan dan menganggapnya suatu pengalaman yang memberikan pengajaran. Suatu pengajaran yang tidak ternilai yang akn membantu anda mencapai kejayaan di masa hadapan.

Tanya diri kita - Apa yang boleh aku lakukan terhadap sesuatu dengan cara yang berbeza, yang akan mengubah hasil atau kesannya? Apa yang boleh aku lakukan pada masa hadapan untuk mengurangkan masalah dan kesilapan? Apa yang telah aku pelajari daripada pengalaman ini yang boleh aku manfaatkan pada masa hadapan? Jika kita menghadapi masalah dengan sikap yang positif, kita akan terkejut mendapati betapa pantasnya kita mengubah kekalahan menjadi kejayaan.

Friday, August 29, 2008

Monyet Pun Reti Kutip Sampah...

The monkeys in action during the coconut picking competition.
The monkeys in action during the coconut picking competition.

BACHOK: "Hitam", a two-year-old short-tailed macaque picks things up easily, literally.


Hitam is good at picking up litter.
Hitam is good at picking up litter.
Besides being trained to pluck coconuts, the cute little monkey owned by a Bachok District Council (MDB) employee has been taught to pick up litter and put them in a waste basket.

Its owner, Zulkifl Mamati, 42, said: "Hitam is a clever monkey and I taught it to pick up litter just to make it different from other monkeys."

Zulkifl bought Hitam in Pahang for RM230 about 18 months ago.

He said Hitam would be useful during health campaigns.
"Maybe, Hitam can perform at events especially during health campaigns to teach the public the importance of keeping their towns clean."

Hitam won the hearts of the crowd when it performed for the first time in public at the Pantai Irama Festival here, recently.

It was adept at picking up bottles, slippers and a coconut and then putting the items into a basket.

The monkey had actually been entered for the "clever monkey" category in a competition but it was cancelled as Hitam was the only entry.

Zulkilfi said it took him almost a year to teach Hitam the tricks. He, however, declined to reveal how he trained the monkey.

The competition's coconut plucking event saw a monkey owned by Sidek Deraman winning the top prize. Sidek's monkey plucked nine coconuts.

Second and third place went to owners Nordin Yaacob and Zaid Dollah, respectively.

MDB secretary Shahrin Abdullah said this was the first time that the local government organised such an event.

"We organised this event for the monkeys as it is quite unique to the district. Bachok has more than 200 trained macaques which are kept by villagers, possibly one of the biggest collection of trained macaques in the country," he said.

Asked about complaints by animal rights groups on such competitions, Shahrin said: "The competition is good as it helps the animals to sharpen their skills," he said.

Villagers use the monkeys specifically for the job of picking coconuts.

-http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/National/2335526/Article/index_html

Tuesday, June 24, 2008

Ingatlah!!! Kegagalan seseorang itu bukanlah kerana ketidakmampuannya untuk berjaya, tetapi ia gagal memahami keupayaannya untuk berjaya.

Sehari demi sehari kita berusaha untuk memperolah kejayaan. Namun kadang-kadang kita tidak langsung mencapai kejayaan yang kita nanti-nantikan itu. Apakah sebabnya?? Adakah kita yang berusaha pagi petang siang dan malam hanya bagi mendapat kejayaan duniawi sahaja?? Setiap pekerjaan yang dilakukan tanpa niat umpama manusia tanpa pakaian. Begitulah juga dalam kita mengejar kehidupan di dunia ini. Kita sebenarnya hidup untuk menjadi hamba kepada Rabb yang satu. Tidak punya sebab yang lain. Untuk kita beriman,bertakwa dan tunduk patuh kepadaNya. Itulah sebabnya kita harus membimbing hati dan jiwa kita agar tidak tesangkut dengan dunia yang tidak seberapa ini kerna kejayaan yang kita capai nanti ~InsyaAllah~akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T.. Pepatah Arab ada mengatakan ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Ini membuktikan betapa pentingnya beramal dalam menuntut ilmu duniawi mahupun ukhrawi. Sebenarnya kita berupaya dalam mencapai kejayaan,namun begitu,kita sendiri yang tidak memahami dan selalu membiarkan keupayaan kita ini menjadi kering kontang dan kosong! Nah hasilnya kita menangis dan menyesal. Intihanya,marilah kita semua sama-sama berubah menjadi manusia yang bertamadun dan berakhlak dalam membentuk kejayaan.