Showing posts with label Monolog.. Show all posts
Showing posts with label Monolog.. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Untuk Apa.

Untuk apa kehidupan ini jika tidak ada kata ketaatan dan kepatuhan? Manusia memang mudah untuk membangkang dan melawan kerana itu memang sifat manusia. Tetapi fitrah juga bagi seorang insani untuk mencari kedamaian dalam kehidupan. Kedamaian sebagai seorang manusia. Katanya manusia itu punya akal untuk berfikir, tetapi ramai manusia yang menggunakannya hanya untuk kepentingan diri sendiri. Kemewahan, kekayaan dan kekuasaan itu menjadi keutamaan dalam menggunakan akal untuk berfikir. Setiap hari mereka itu menggunakan akal fikiran mereka untuk memeluk duniawi. Pola pemikiran manusia berbeza. Pandangn manusia berbeza. Pandangan manusia kebanyakan sekarang ini hanyalah bersifat sementara. Jika dapat pangkat dan pekerjaan yang hebat, disanjung walaupun orang-orang itu melakukan kejahatan. Kebaikan seseorang dipandang sepi. Apabila ada manusia melakukan kebaikan, membetulkan yang salah, maka orang tersebut mungkin dicaci dan dihina. Mungkin mereka takut kekayaan dan kekuasaan mereka hilang. Mengapa mereka masih tidak sedar bahawa tulang ini akan reput jua? Mata ini akan buta dan telinga ini akan pekak juga. Berapa ramai manusia yang masa hidupnya penuh dengan kekayaan dan kejahatan, akhirnya musnah dalam tanah. Pelupa memang sifat manusia. Lupa bahawa mereka itu adalah hamba. Datang dan akan kembali kepada-Nya.

Thursday, April 12, 2012

Tsunami.

"Mungkin kita boleh lari daripada tsunami, tetapi tidak boleh lari daripada kematian."

Ayuh, tsunamikan keinsafan dalam jiwa!

Wednesday, March 28, 2012

Jatuh.

Sejuta kali engkau jatuh dalam kelumpuran kejahatan, jangan pernah rasa berputus asa. Bangunlah kembali, lihatlah ke langit yang terbentang luas. Mohonlah keampunan kepada Allah Swt. Mujahadah itu amat perit tetapi insyaAllah menghasilkan kemanisan selepasnya.

Saturday, February 18, 2012

Kadang.

Kadang-kadang.

Pernahkah aku merasa susah

Melihat penderitaan kawan-kawan ku yang lain

Makan makanan yang hanyalah sisa

Mencari jalan penat untuk anak keluarga

Aku sini mudah

Kadang-kadang.

Terasa penderitaan ini lebih

Padahal

Derita yang lain lagi sakit

Aduh

Apa beratnya diri menderita

Berat lagi rakyat di sana merintih

Friday, February 17, 2012

Proses.

"Hidup adalah sebuah proses.
Kita yang menentukan proses itu.
Sama ada kita mahu proses yang baik ataupun sebaliknya.
Asupan yang baik mengeluarkan natijah yang baik.
Asupan yang tidak baik, natijahnya pun begitulah."


Tuesday, February 7, 2012

Renung.


Merenung jauh.
Memikirkan hal-hal kehidupan.
Apa sebabnya aku hidup di dunia ini?
Bertanya dan terus bertanya pada diri.
Kadang-kadang diri mudah terjatuh ke lumpur jahiliyyah.
Walaupun tahu bahawa sesuatu itu memang ada kesan buruknya.
Kerana keseronokan yang bakal membawa padah.
Aku kotor dan busuk.
Adakah aku hanya berdiam diri membiarkan ianya?
Atau aku berlari ke arah manusia yang inginkan aku kembali mendapat wangi-wangian.
Dan hijrah itu memang payah.
Seribu pengorbanan malahan sejuta yang harus dikorbankan.
Demi mencapai cita-cita yang sejati.


Kota Padang
02:10 am
19/10//2011

Tuesday, October 25, 2011

Bangun Sebelum Bangun.

Kala matahari terbit. Aku masih dalam keadaan mimpi. Tidur tanpa rasa malu. Azan yang dilaungkan tiada lagi kedengaran. Semuanya dek letih berjaga malam. Biar seribu orang mengejutkan aku,aku tetap atas pendirianku. Tidak cukup tidur! Dan aku harus sambung tidur ini sehingga aku rasa puas. Matahari kian meninggi. Semua makhluk keluar mencari rezeki. Berusaha untuk hidup. Bunyi si kucing bergaduh sesama mereka mengejutkan aku dari tidur. Jam menunjukan 10 30 pagi. Tersentak. Terasa diri ini orang yang paling rugi di dunia ini. Bangun di kala makhluk yang lain sedang mencari rezeki.

Semua orang di seantero dunia hangat membincangkan soal Mesir. Malaysia juga tidak terkecuali. Ada ibrah pada kita semua rakyat Malaysia. Rakyat Mesir bangun kerana sudah lama tidur dalam keadaan tertekan. Sudah lama hidup dalam cengkaman pemimpin yang 'sangat bijak'. Mereka semua bangun sebelum bangun. Aku di sini masih lagi tidur. Bermimpi entah sampai bila. Aku masih lagi tidak sedarkan diri.

Dan buat semua umat Islam. Tolong kejutkan aku. Agar aku bangun sebelum bangun. Kerana andai aku tidak bangun di sini, aku payah merasai nikmatnya bangun di sana.




Friday, October 7, 2011

Kebiasaan.

Kebiasaan membuatkan jiwa menjadi buta.
Buta kerana kebiasaan itu sudah sebati dalam sanubari.
Kebiasaan ini bukan kebiasaan biasa.
Kebiasaan yang membuatkan hati menjadi parah.
Kedukaan yang hanya boleh disembuh dengan menggunakan keimanan.
Tidak boleh dengan menggunakan ubat-ubatan.
Parah pada fizikal- senang diubati.
Duka pada jiwa- susah diubati.



Kota Padang
16:27
07/10/2011

Sunday, September 25, 2011

Luntur.

Semakin hari semakin luntur.
Mungkin luaran nampak kemas.
Dalaman ini siapa saja yang tahu.
Ya. Sang Pencipta sahaja yang Maha Mengetahui.
Sejauh manapun cantik luarannya itu,
Kita masih tidak dapat mengetahui dalamannya.
Adakah cantik seperti luaran ataupun disebaliknya.
Moga aku, engkau dan juga mereka lebih cantik dalamannya daripada luaran.
Lunturkan kejahatan, maksimakan kebaikan!



K.Pdg
22:30
25/09/2011

Wednesday, May 4, 2011

Malu Diri.

Wahai bumi,

Aku malu hidup di atasmu

Penuh dengan kenistaan

Kemungkaran yang aku lakukan

Berjalan sombong dan angkuh

Seperti aku akan hidup selamanya



Duhai langit,

Malu aku meminum air hujan darimu

Aku bersihkan badan dari air

Dari awan yang ada padamu.

Lalu aku lakukan kejahatan dan kemaksiatan.



Ya Tuhanku,

Ampunilah dosaku ini,

Tatkala aku berjanji dengan-Mu

Selalu aku mungkiri.

Wednesday, April 27, 2011

Manusia Kecil.



Wahai saudaraku,
Cuba engkau perhatikan dunia,

Perhatikan isi-isinya,
Manusia yang durjana,
Membuang manusia kecil di lubuk sengsara,
Mana hilang makna pelukan?
Mana hilang sifat belaian?

Oh!
Sang kucing mengerti itu anaknya,
Oh!
Sang monyet mengerti itu anak-anaknya,
Argh!
Sang manusia masih buta.
Si kecil dianggap seperti sampah,
Di buang merata-rata,
Mana perginya nilai-nilai kesopanan
yang diajar daripada tadika!


-UngkapKembali-
2:10 petang
8 Mei 2010
Sabtu

Saturday, February 5, 2011

Pencipta.


Siang pergi meninggalkan kita. Munculnya malam menjemput kita.
Perjalanan siang dan malam tidak pernah berhenti.
Mengikut saja aturan yang telah ditetapkan. Patuh dan taat. Pernahkah kita merasai siang selama 24 jam? Atau malam selama 24 jam panjangnya? Tidak pernah bukan. Itulah nikmat yang Allah berikan kepada kita. Nikmat siang dan malam. Maha Suci Allah. Bayangkanlah jika kita hidup setiap tahun yang bilangan harinya sebanyak 365 hari dalam waktu siang sahaja. Bagaimana ya? Hendak tidur pun mungkin tidak selesa. Dengan cuacanya yang agak panas. Anginnya yang tidak begitu dingin. Pasti kita tidak akan pernah merasai nikmat berbuka puasa kerana malam tidak muncul-muncul. Sudah menjadi lumrah setiap sesuatu itu pasti ada pasangannya. Begitu indah penciptaan ini. Cuba kita renungkan, betapa canggihnya teknologi yang diciptakan oleh manusia. Setiap hari pasti ada sahaja penciptaan baru. Kita kagum dengan manusia yang menciptakannya. Tetapi pernahkah kita kagum terhadap Pencipta yang menciptakan manusia? Lalu manusia pun menciptakan sesuatu benda yang begitu canggih. Pastinya Pencipta manusia itu lebih hebat dan berkuasa. Jika kita lihat realiti pada hari ini, manusia itu tetap lagi dalam keadaan berpura-puraan. Mereka percaya bahawa wujudnya Sang Pencipta yang Maha Kuasa. Pencipta yang mengatur segala-galanya. Tetapi mereka butakan mata dan pekakan telinga mereka sendiri. Mereka tidak mahu keasyikan dan kenikmatan dunia ini diganggui dengan mengingati Allah Swt. Mereka tidak mahu kehebatan dan keseronokan dunia ini dinodai dengan sentiasa memikirkan hal ukhrawi.

Kota Tunjong
2 Rabiulawal 1432 H.
05/02/2011.
11:31 am

Tuesday, January 18, 2011

Saat Ini.

Saat keterbalikan fitrah berlaku pada diri.

Saat keburukan nampak baik pada mata ini.

Saat tiada lagi perasaan terhadap kebaikan.

Saat hati penuh dengan titik hitam.

Saat ini aku ingin sekali kembali kepada-Nya.

Saturday, October 30, 2010

Sekedip kedipan.

Aku merintis dalam setiap bicara.

Bicara yang sunyi dalam sanubari.

Mimpi-mimpi indah sudah terbang ke angkasa.

Kerana diri sudah lama bertapa.

Aku melihat ke arah kanak-kanak kecil itu.

Setiap langkahnya membuatkan aku tersenyum.

Aku melihat ke arah orang tua itu.

Setiap langkah kudratnya membuatkan aku terpesona.

Ingin sekali lagi aku bicara sama hati.

Dua tiga kali engkau kedipkan mata.

Engkau sudah berusia remaja.

Lima enam kedipan mata.

Engkau sudah berusia dewasa.

Tatkala mata ini sudah kurang kedipannya.

Engkau sudah berusia tua.

Lama yang engkau rasai itu hanyalah sekedip mata.

Maka,tatkala mata tiada lagi berkedip,itu tandanya engkau sudah 'berusia' selama-lamanya.


Kota Tunjong
4 Syawal 1431 H.
13/09/2010.
12:35 am.

Saturday, July 31, 2010

Segunung Nikmat.


Bangun pagi dengan muka yang ceria.
Senyumannya menunjukkan suatu kepuasan dalam dirinya.
Suasana pada pagi itu agak dingin disertai angin yang begitu kencang.
Dia bersyukur dapat hidup di dunia ini lagi.
Masih dapat bernafas dan mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam. Suatu nikmat yang Allah anugerahkan.
Kesyukurannya bertambah apabila melihat keadaan tempatnya yang begitu harmoni dan damai. Mungkin dalam masa yang sama sekarang ini, tentera zionis laknatullah sedang menjalankan tugas haram mereka dengan membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa.
Kesucian mereka dinodai dengan kejahatan.
Sifat kemanusiaan telah hilang.
Cuma yang tinggal hanyalah unsur kehaiwanan.
Rumah, masjid dan sekolah hancur luluh bak kaca jatuh berderai.
Ibu bapa pergi selamanya meninggalkan anak mereka keseorangan.
Tiadanya bekalan elektrik dan api.
Putus dari dunia luar.
Kekadang mereka terpaksa berpuasa berhari-hari lamanya.
Tanaman di kebun dimusnahkan dengan nada yang bongkak dan sombong.
Selama 60 tahun lebih mereka terpaksa hidup dalam keadaan begini.
Keadaan dan suasana itu amat berbeza sekali.
Mereka seperti orang asing yang tinggal di negeri sendiri.

Saturday, May 8, 2010

Lupa!


Petang senja itu suasana menjadi sunyi.
Langit menghitam lantaran dipenuhi air.
Lalu titisan air pertama jatuh mencecah bumi.
Makhluk yang leka bermain itu bingkas bangun mencari tempat teduhan.
Burung-burung hilang di telan awan hitam.
Seruan azan memanggil kedengaran dengan sayup-sayup.
Mengajak makhluk yang bernama manusia menunaikan tanggungjawab yang lebih utama.
Ada yang mengerti ada yang lupa.
Sedangkan Allah Yang Maha Esa tidak pernah lupa untuk menurunkan hujan walaupun setitis untuk hamba-hambaNya meneruskan kehidupan.


~Taipan Kecepatan Kota Tunjong~

Monday, March 29, 2010

Keamanan ≠ Kesengsaraan.



Bangun pagi dengan muka yang ceria.Senyumannya menunjukkan suatu kepuasan dalam dirinya.Suasana pada pagi itu agak dingin disertai dengan angin yang begitu kencang. Dia bersyukur dapat hidup di dunia ini lagi. Menghirup oksigen. Masih dapat bernafas dengan sempurna. Sebuah nikmat yang Allah anugerahkan kepada semua manusia. Kesyukurannya bertambah apabila melihat keadaan tempatnya yang begitu harmoni dan damai. Mungkin dalam masa yang sama sekarang ini, tentera zionis laknatullah sedang menjalankan tugas haram mereka dengan membunuh jiwa-jiwa tidak berdosa. Kesucian mereka dinodai dengan kejahatan iblis bermukakan manusia. Sifat kemanusiaan telah hilang. Cuma yang tinggal hanyalah unsur kehaiwanan. Rumah,masjid,sekolah hancur luluh bak kaca jatuh berderai. Ibu bapa pergi selamanya meninggalkan anak mereka keseorangan. Tiadanya bekalan elektrik dan api. Putus dari dunia luar. Kekadang mereka terpaksa berpuasa berhari-hari lamanya. Tanaman di kebun dimusnahkan dengan nada yang bongkak dan sombong. Selama 60 tahun lebih mereka terpaksa hidup dalam keadaan begini. Keadaan dan suasana itu amat berbeza sekali. Mereka seperti orang asing yang tinggal di negeri sendiri!



~Taipan Kecepatan Kota Tunjong~

Keindahan - Kebatasan.



Berjalan-jalan melihat alam ini yang penuh dengan keindahan yang tidak berkekalan. Awan yang putih menjadi hitam lalu terus menitiskan cecair. Benih yang kecil menjadi besar bertukar menjadi kayu dan daun. Pelik dan hairan. Bagaimana semua perkara ini boleh terjadi? Manusia yang katanya mempunyai akal pun tidak mampu mencipta perkara sebegitu. Hanya bisa menokok-tambah.Mengurang-tolak. Ciptaan yang elok menjadi cacat. Manusia terbatas dengan akal. Tetapi manusia tidak habis dengan kesombongan dan keegoan yang berpanjangan. Manusia yang berakal-punya kegeniusan juga yang merosakan dunia ini. Bumi menjadi haru-biru,gundah-gulana ekoran perangai dan fa'il manusia. Menggubal hukum sendiri. Senang sama sekali. Manusia lagi! Lagi-lagi manusia! Aku ini siapa?