"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan(kekuasaan Allah pada)burung-burung yang terbang di atas mereka,(siapakah yang menjaganya ketika)burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya?Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (67:19)
Kenangan terindah! Dulu apabila diberitahu bahawa Matri akan masuk MJHL semua rasa terkejut dan teruja. Benarkah ini? Dan semua itu menadi kenyataan. Kini dah tahun yang ke-tujuh Matri menyertai MJHL. Moga sentiasa kuat menebarkan kasih sayang di atas padang sintetik. Sering kita diingatkan di mana sahaja kita berada jada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dapat lagi kita menghirup udara dan menggunakan nikmat yang tidak putus-putus diberikan kepada kita semua.Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Tidak lupa juga kepada keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang sangat dikasihi dan dirahmati Allah SWT.Pertama dan utamanya marilah kita mengungkap kembali tujuan kita diciptakan di dunia yang fana ini.
'Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu'.
Jika semua umat Islam di Malaysia mahupun di serata dunia mengetahui tujuan ini dan melakukan dengan seikhlasnya,tidak akan terjadi kehuru-haraan dan juga perpecahan dalam ummah ini.InsyaAllah.Sifat satu hati itu perlu ada dalam setiap umat manusia.Perpecahan tidak dapat membawa apa-apa manfaat.
Perlunya kita melakukan muhasabah setiap hari mahupun setiap saat. Di mana sahaja kita berada. Melihat sendiri diri kita ini,suasana hidup kita terlalu senang dan mewah.Tidak pernah terungkai persoalan dalam sukma ini,'Adakah kesenangan dan kemewahan hidup ini mampu mendekatkan diri kita kepada Allah SWT'?
Suasana dunia sekarang ini benar-benar membawa kita semua ke lembah kepedihan yang sangat dasyat. Justeru,kita semua harus melakukan reformasi dan lonjakan saujana.Perubahan perlu dilakukan bermula dengan diri sendiri,keluarga,sahabat,masyarakat serta negara. InsyaAllah,semuanya akan menjadi lengkap dengan mengambil Islam secara lengkap tanpa ragu-ragu dan musykil.
Sebenarnya, dalam cebisan tulisan ini mahu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman seperjuangan. Tidak lupa juga kepada Ustaz Syaari,Pak Cik Kadir,Pak Man,Bang Man dan juga Bang Abu yang banyak 'menghabiskan masa' dan wang dalam perjuangan ini. Semoga mereka dirahmati Allah.
Tetamu senja yang sudah pulang untuk meneruskan perjuangan.
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hari Jumaat. 20 Februari 2009 Masihi. Malaysia Hockey League akan bermula. MATRI telah mencapai kata sepakat untuk menyertai kejohanan ini lagi. Masuk kali ini sudah 4 musim MATRI bermain dalam kejohanan ini. Liga ini. Petang ini,jam 5 petang bermulalah gendang perang. Halangan pertama. MATRI vs MSS P.Pinang. Semoga semua yang menyedari akan perlawanan ini berdoa ke hadrat ilahi dengan harapan pasukan hoki MATRI akan membuat yang terbaik dan menjadikan perlawanan yang pertama ini sebagai pembukaan yang baik. 'Doa adalah senjata orang mukmin'. Ingat!