Thursday, April 16, 2009

Tamat Sudah Liga Hoki Malaysia.(Junior)






Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dapat lagi kita menghirup udara dan menggunakan nikmat yang tidak putus-putus diberikan kepada kita semua.Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Tidak lupa juga kepada keluarga dan sahabat-sahabat Baginda yang sangat dikasihi dan dirahmati Allah SWT.Pertama dan utamanya marilah kita mengungkap kembali tujuan kita diciptakan di dunia yang fana ini.

Firman Allah SWT dalam ayat 56 Surah Az-Dzariyat:


وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦)


'Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu'.

Jika semua umat Islam di Malaysia mahupun di serata dunia mengetahui tujuan ini dan melakukan dengan seikhlasnya,tidak akan terjadi kehuru-haraan dan juga perpecahan dalam ummah ini.InsyaAllah.Sifat satu hati itu perlu ada dalam setiap umat manusia.Perpecahan tidak dapat membawa apa-apa manfaat.








Perlunya kita melakukan muhasabah setiap hari mahupun setiap saat. Di mana sahaja kita berada. Melihat sendiri diri kita ini,suasana hidup kita terlalu senang dan mewah.Tidak pernah terungkai persoalan dalam sukma ini,'Adakah kesenangan dan kemewahan hidup ini mampu mendekatkan diri kita kepada Allah SWT'?

Suasana dunia sekarang ini benar-benar membawa kita semua ke lembah kepedihan yang sangat dasyat. Justeru,kita semua harus melakukan reformasi dan lonjakan saujana.Perubahan perlu dilakukan bermula dengan diri sendiri,keluarga,sahabat,masyarakat serta negara. InsyaAllah,semuanya akan menjadi lengkap dengan mengambil Islam secara lengkap tanpa ragu-ragu dan musykil.

Sebenarnya, dalam cebisan tulisan ini mahu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada teman-teman seperjuangan. Tidak lupa juga kepada Ustaz Syaari,Pak Cik Kadir,Pak Man,Bang Man dan juga Bang Abu yang banyak 'menghabiskan masa' dan wang dalam perjuangan ini. Semoga mereka dirahmati Allah.


Tetamu senja yang sudah pulang untuk meneruskan perjuangan.

~Qayyim Kadir
~Fathi Azmi
~Mahyuddeen Azaman
~Hanif Lamin
~Wan Shafuan
~Faiz Rodhi(SMSMJ)
~Izzat Sofi
~Lokman(uitm)
~Awang(uitm)

Pelajar-pelajar MATRI.

~Naqiuddin Adam
~Izzat Adam
~Amer
~Wan
~Tengku Syakir
~Alim
~Rabbani
~Solah
~Izzat Ibrahim
~Huzaini
~Basyar

Thanks for all for giving all your dedication and comitment to this team.
Ukhwahfillah.

Semoga kita semua dapat meneruskan usaha kita dalam meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah Azzawajalla.InsyaAllah.

"Ukhawah doesn't always need togetherness,
doesn't need everyday conversation,
as long as the relation live in the du'a,
it remains abadan abada".

No comments: