Tuesday, July 24, 2012

Erti Puasa.


Kita yang hidup mewah dan dalam keadaan senang terlalu manja. Mahu puasa pun susah. Bangun sahur pun payah. Padahal semua kelengkapan ada pada kehidupan seharian kita. Apa sebenarnya erti puasa pada kita? Cuba kita pusing ke belakang, tengok saudara-saudara kita yang susah. Hidup dalam keadaan serba kekurangan tetapi mampu menahan lapar. Kita tidak sampai 14 jam berpuasa sudah merungut walhal pagi itu kita sudah bersahur. Bayangkan saudara kita yang susah, berpuasa kadang-kadang sampai dua hari. Menahan lapar. Pada bulan Ramadhan ada juga yang tidak ada bekalan untuk bersahur. Tetapi mereka kuatkan diri juga untuk berpuasa. Tidak merungut, tidak membantah. Mereka puasa semata-mata mencari keredhaan Allah. Hidup dalam keadaan yang penuh ujian dan cabaran. Jiwa mereka sudah tajam! Oleh itu, apa sebenarnya erti puasa bagi kita jika dibandingkan dengan mereka

No comments: