Thursday, May 31, 2012

Memancar.

"Hati yang bersih ibarat nur yang memancar, dimiliki insan yang benar-benar meletakkan Allah di hadapan, malaikat di kiri dan kanan serta matlamat Islam dikelilinginya. Hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut terhadap saudaranya, paling bersih dalam keyakinannya dan paling cekal dalam beragama."- Saidina Ali  Ra

Tuesday, May 29, 2012

Memberikan.



"Jadilah orang yang selalu memberikan kebahagian walaupun hanya dengan sapaan, salam dan sebuah senyuman. Jangan pernah mementingkan diri sendiri. Belajarlah daripada matahari yang mampu untuk bersinar lebih lama lagi, tetapi dia tetap memberi peluang untuk bulan menunjukkan diri." - HI - 5/05/2011

Monday, May 28, 2012

Peluang

"Hari baru adalah peluang bertaubat dan mohon ampun kepada Allah Swt. Taubat jalan permulaan pulang kepada Allah Swt. Dosa penghijab hubungan dengan Allah. Pelemah iradah, himmah dan perampas kasih dan cinta. Bersegeralah kepada taubat dan keampunan Allah." - ARCA - 30-09-2009

Monday, May 21, 2012

Untuk Apa.

Untuk apa kehidupan ini jika tidak ada kata ketaatan dan kepatuhan? Manusia memang mudah untuk membangkang dan melawan kerana itu memang sifat manusia. Tetapi fitrah juga bagi seorang insani untuk mencari kedamaian dalam kehidupan. Kedamaian sebagai seorang manusia. Katanya manusia itu punya akal untuk berfikir, tetapi ramai manusia yang menggunakannya hanya untuk kepentingan diri sendiri. Kemewahan, kekayaan dan kekuasaan itu menjadi keutamaan dalam menggunakan akal untuk berfikir. Setiap hari mereka itu menggunakan akal fikiran mereka untuk memeluk duniawi. Pola pemikiran manusia berbeza. Pandangn manusia berbeza. Pandangan manusia kebanyakan sekarang ini hanyalah bersifat sementara. Jika dapat pangkat dan pekerjaan yang hebat, disanjung walaupun orang-orang itu melakukan kejahatan. Kebaikan seseorang dipandang sepi. Apabila ada manusia melakukan kebaikan, membetulkan yang salah, maka orang tersebut mungkin dicaci dan dihina. Mungkin mereka takut kekayaan dan kekuasaan mereka hilang. Mengapa mereka masih tidak sedar bahawa tulang ini akan reput jua? Mata ini akan buta dan telinga ini akan pekak juga. Berapa ramai manusia yang masa hidupnya penuh dengan kekayaan dan kejahatan, akhirnya musnah dalam tanah. Pelupa memang sifat manusia. Lupa bahawa mereka itu adalah hamba. Datang dan akan kembali kepada-Nya.