Friday, April 13, 2012

Gempa.

Ramai yang heboh mengenai gempa yang berlaku di Indonesia baru-baru ini. Banyak yang berlari mencari tempat yang selamat apabila amaran tsunami dikeluarkan. Semua ingat Allah masa itu. Kini, keadaan kembali normal dan suasana sudah kondusif. Yang berlarian kini sudah berjalan pulang ke rumah masing-masing. Mereka lupa lagi, bahawa tsunami itu hanya sebagian kecil peringatan dari-Nya. Ombak kian rendah, manusia mula berfoya-foya dengan dunia kembali. Gempa yang datang seperti sekadar sebuah kereta yang melintas pada jalan raya yang sunyi. sangat berhati-hati untuk melintas. Apabila sudah tiada 'berhati-hati' itu sudah lenyap dari jiwa.

"Hidup ini harus sering digempakan oleh keimanan agar semakin 'rancak' dalam menyelusuri perjuangan untuk memartabtkan Islam."

1 comment:

muaz said...

hidup di dunia memerlukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya untuk mendapat redha Ilahi