Thursday, April 19, 2012

Hujan.


Kelmarin dan hari ini hujan selalu turun membasahi kota bumi bergoyang ini. Memberi manfaat kepada makhluk ciptaan Allah ini untuk terus hidup. Semuanya nampak tenang dan angin dingin bertiup memberi keselesaan kepada manusia. Di bumi ini, hujan yang turun adalah air yang bermanfaat.

Lain pula di bumi nun jauh di sana, Palestina, Syria dan sebagainya, hujan mereka adalah peluru-peluru daripada penzalim yang durjana. Penuh dengan kengerian dan ketakutan. Anak-anak kecil berlarian tanpa pedoman. Ibu dan ayah menangis kehilangan anak yang tersayang. Huru-hara di sana sini. Manusia yang lain melihat keadaan mereka dengan penuh kesayuan dan keprihatinan . Seperti tiada manfaat lagi kehidupan di sana.

Tetapi manusia yang beriman kepada Allah Swt melihat bahawa kehidupan dengan hujanan peluru-peluru itulah yang menghasilkan manfaat yang besar. Manfaat yang tiada tandingannya yaitu mati dalam jalan juang mempertahankan Islam. Mati syahid.

Walaupun nampak kehidupan mereka seperti tiada arah, namun mereka sudah menetapkan satu arah yaitu arah menuju syurganya.

Marilah sama-sama kita hujani doa kepada mereka agar Allah memberi kemenangan kepada Islam. Berdoa kepadaNya agar menghancurkan musuh-musuhNya.

Friday, April 13, 2012

Gempa.

Ramai yang heboh mengenai gempa yang berlaku di Indonesia baru-baru ini. Banyak yang berlari mencari tempat yang selamat apabila amaran tsunami dikeluarkan. Semua ingat Allah masa itu. Kini, keadaan kembali normal dan suasana sudah kondusif. Yang berlarian kini sudah berjalan pulang ke rumah masing-masing. Mereka lupa lagi, bahawa tsunami itu hanya sebagian kecil peringatan dari-Nya. Ombak kian rendah, manusia mula berfoya-foya dengan dunia kembali. Gempa yang datang seperti sekadar sebuah kereta yang melintas pada jalan raya yang sunyi. sangat berhati-hati untuk melintas. Apabila sudah tiada 'berhati-hati' itu sudah lenyap dari jiwa.

"Hidup ini harus sering digempakan oleh keimanan agar semakin 'rancak' dalam menyelusuri perjuangan untuk memartabtkan Islam."

Thursday, April 12, 2012

Tsunami.

"Mungkin kita boleh lari daripada tsunami, tetapi tidak boleh lari daripada kematian."

Ayuh, tsunamikan keinsafan dalam jiwa!