Para pelajar khusyuk membaca al-Quran.
Ramadhan adalah bulan yang boleh diterjemahkan sebagai universiti taqwa. Bulan ini merupakan anugerah dari Allah Swt untuk hamba-hambanya yang beriman. Universiti ini ditubuhkan kerana mahu mendidik pelajar-pelajarnya untuk lebih berdisiplin dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang berdisiplin di universiti ini pasti akan berjaya. Tetapi seharusnya para pelajar berhati-hati daripada terjebak dengan sifat-sifat yang kurang baik jika mahu mengapai kejayaan.
Mari pelajar-pelajar sekalian, kita fahami dahulu apa yang di maksudkan dengan taqwa.
Suatu hari Saidina Umar Radhiallahu’anhu pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab tentang taqwa, “Apakah yang dimaksudkan tentang taqwa ya Ubai. Kata Ubai, “Tidakkah engkau pernah melalui satu jalan yang banyak duri?”. Jawab Umar, “Ya, saya pernah”. Kata Ubai, “Apakah yang engkau buat?”. Kata Umar, “ Saya angkat kain dan saya berhati-hati melangkah”. Kata Ubai, “Itulah taqwa.”
Itulah taqwa atau sebuah kejayaan yang kita cita-citakan. Mencapai tahap taqwa. Jadi para pelajar sekalian, seharusnya kita berusaha seikhlas hati apabila kita menjejak kaki ke universiti ini. Ingatlah sabda Rasulullah Saw : "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."
Pelajar yang baik adalah pelajar yang mengharapkan keampunan dari-Nya. Mereka akan menjadikan universiti ini sebagai pusat didikan(tarbiyah). Bagi mereka tarbiyah itu penting untuk mencapai taqwa. Tiada yang lebih berharga melainkan taqwa. Mereka tidak akan menyia-nyiakan apabila mereka memasuki universiti ini. Mereka bersungguh-sungguh melaksanakan tugas mereka. Bagi mereka, kejayaan di universiti ini sangat penting untuk bekalan yang akan mereka bawa ke Eleventh Month University kelak. Mereka mencari kekuatan untuk mengharungi kehidupan di sana.
18 Ramadhan 1431 H.
Kota Tunjong.
12:12 pm
1 comment:
Lagu Raya Di Pasaraya
Berkumandang Sejak Satu Ramadhan Lagi
Puasa Untuk Raya ?
Post a Comment