Gambar ini menyimpan seribu satu makna.Menjadi pengajaran kepada manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras. Sayangnya ramai manusia yang ketandusan akhlak dan berfikiran pendek kini. Lalu, sifat-sifat kemanusiaan hilang dan yang muncul hanyalah sifat-sifat 'kehaiwanan'(sedangkan haiwan juga punyai sifat kasih sayang). Moga kita dapat mengambil sedikit sebanyak ibrah daripada gambar-gambar di bawah ini.
1. Ibu monyet cuba menarik anaknya yang sedang dalam kesakitan setelah dilanggar oleh sebuah motosikal.
2. Tiba2 datang seekor anjing yang cuba hendak mengonggong anak moyet yang dalam separuh nyawa itu lalu dihalang oleh ibu monyet tersebut.
3. Sang ibu sedaya upaya menghalang anjing tersebut dari terus mendekati anaknya dengan mengigitnya sekuat hatinya di badan anjing itu.
4. Akhirnya anjing itu terpaksa mengalah dan terus lari meninggalkan monyet tersebut, namun sayangnya selepas itu anak monyet tersebut tidak dapat juga diselamatkan dan mati jua akhirnya di depan sang ibu yang berkorban nyawa untuk melindungi sang anak.
Islam mengajar kita erti berkasih sayang.
Berkasih sayanglah dengan sesiapa pun. Janganlah terlalu mengikut kata hati ini.
Moga kita sentiasa ceria dengan senyuman.
2 comments:
MasyaAllah.haiwan pun sygkn anaknya. Inikan pula manusia..yg seringkali kta temui bayi2 di tong sampah.di gigit anjing...
subhanallah. ya ya. betul tu. islam mngajar kita bksh syg.
Post a Comment