"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan(kekuasaan Allah pada)burung-burung yang terbang di atas mereka,(siapakah yang menjaganya ketika)burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya?Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (67:19)
Sunday, January 3, 2010
Sunyi.
Kesunyian itu telah pergi. Kini datang kembali suara-suara riang.
Berdasarkan kalendar tahun 2010 Masehi,bermulanya sekolah untuk sesi kali ini pada 4 Januari 2010 bersamaan dengan hari Isnin. Setelah sekian lama bercuti, "mereka" kembali ke perkampungan. Ada yang berasa seronok. Ada yang berasa 'terpaksa' dan ada juga yang berasa seperti tidak mahu bersekolah lagi. Tetapi apa boleh dilakukan,rela mahupun paksa,kehidupan di perkampungan ini harus diteruskan. Bukan sekolah memerlukan kita tetapi kita memerlukan sekolah ini. Siapa rasa dirinya sudah serba lengkap sila angkat tangan dan boleh pulang ke rumah. Pelajar baru terasa teruja. Pelajar lama terasa terpenjara. Tidak percaya cuba tanya.
Keadaaan di perkampungan ini sudah tidak sunyi lagi. Apabila tiba sahaja musim persekolahan terasa bercahaya. Tapi apabila tiba sahaja musim "percutian" terasa malap.
Sunyi. Satu perkataan yang diteguhkan dengan binaan lima huruf s-u-n-y-i. Jika kita bertanya kepada makcik yang berada di rumah orang tua-tua:
"Adakah makcik berasa sunyi berada disini?"
Mungkin makcik itu boleh memberikan satu tamparan yang kuat kepada kita.
Pang!
Pasti pedih dan terasa kebodohan pada diri kita.
Jangan pernah kita cuba bertanya soal sunyi itu lagi. Walaupun pada zahirnya kita nampak rumah orang tua-tua itu penuh dengan orang tua-tua. Penuh dengan kawan-kawan yang sebaya yang boleh menceriakan makcik itu. Tetapi dalam hatinya penuh dengan kesunyian. Makanan yang disediakan kadang-kadang dibiarkan begitu.
Suatu masa dahulu diwaktu pagi...
"Bangun Mad solat Subuh. Lepas tu siap-siap ke sekolah. Dah lewat ni." panggil ibu.
Mad pun segera bangun tanpa mengeliat. Menuju ke bilik air yang telah di sediakan air panas. Tiap-tiap pagi sebelum ke sekolah, Mad pasti mandi dengan air panas.
Setelah selesai mandi dan solat Subuh, Mad masih berada di atas katil. Duduk bersandar. Matanya masih layu. Kepalanya terangguk-angguk. dia masih mengantuk!
"Mad,cepat sarapan! dah lewat sangat ni," teriak ibunya.
Mad tersentak. Dia bingkas bangun daripada katilnya. Melihat cermin dan memperkemaskan rambutnya dan terus menuju ke meja makan. Roti, telur dan susu telah tersedia di atas meja. Mad lantas membaca doa dan memakan roti berjemkan kaya dengan gelojohnya.
Sebelum bergerak pergi ke sekolah, dia pasti bersalam dengan ibunya. Lalu ibunya akan berkata,"Mad, belajar rajin-rajin,nanti dah besar boleh jadi doktor." Mad diam dan terus melangkah pergi ke sekolahnya.
Sudah 12 tahun Mad meninggalkan alam persekolahan. Impiannya kini sudah tercapai. Dia kini sudah bergelar seorang pakar. Dr. Mad,itulah gelaran yang dipanggil oleh sesiapa saja terutama pesakit-pesakitnya. Semakin hari dia semakin sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang doktor. Kadang-kadang dia tidak sempat menghubungi ibunya di rumah. Terlalu sibuk membantu orang yang memerlukan bantuan. Tetapi dia terlupa bahawa ibunya di rumah sanagt memerlukannya. Memerlukan kasih sayang seorang anak. Ibunya semakin hari semakin tua dan sakit. Mad tidak pernah menghubunginya lagi. Tidak pernah tahu akan makan minumnya. Sakit lelahnya. Mahu saja Mad menghantar ibunya itu ke rumah orang tua-tua. Tidak mampu di jaga dek kesibukan kerja.
Pada petang itu, Mad pulang ke kampung dengan keadaan yang terpaksa. Dia mahu menghantar ibunya ke rumah orang tua-tua.
"Mad pulang ni pun bukan apa ibu, Mad kesian tengok ibu keseorangan. Mad ingat nak hantar ibu ke rumah orang tua-tua. Banyak sikit kawan-kawan yang sebaya dengan ibu di sana nanti."
Perkataan yang tersembur daripada mulut Mad itu menyentap seluruh tubuh badan tua itu. Ibunya diam membisu tanpa berkata apa-apa. Dia "patuh" pada arahan anaknya yang dikasihi itu. Padahal, dalam sudut jiwanya itu,siapa yang tahu. Anak yang dijaganya itu dengan penuh kasih sayang memperlakukannya sebegini. Hatinya seperti tetusuk jarum-jarum panas.
Sunyi. Satu perkataan yang diteguhkan dengan binaan lima huruf s-u-n-y-i. Makcik itu masih sunyi di sini. Mengenang nasib diri. Menunggu kepulangan diri kepada Ilahi sambil berdoa semoga insan yang bernama anak itu cepat sedarkan diri. Itu maksud s-u-n-y-i dalam diri makcik itu. Bagi kita, apakah dimaksudkan dengan s-u-n-y-i?
Semoga Mad cepat sedarkan diri. Kembalilah kepangkuan Ilahi. Pohon ampunlah kepada ibumu. Pohon ampunlah kepada yang Maha Kuasa. Mad, masih lagi ada masa untukmu sedarkan diri. Jangan biarkannya berlalu pergi. Jangan biarkan ibumu terasa sunyi lagi. Ibumu tidak mahu kekayaanmu. Ibumu hanya mahu kasih sayang daripadamu Mad. . Jika dahulu ibumu menyediakan segala-galanya untukmu.Air panas,roti,telur dan susu dan yang paling utama kasih sayang. Kini masanya untukmu Mad menyediakan kembali untuknya. Jangan sampai masa ibumu sudah tiada baru engkau menangis berteriakan. Tiada guna lagi Mad.Jadilah anak yang soleh Mad. Aku tahu engkau boleh Mad. Pecahkan kesunyian itu segera!
kakinote: Koala itu walaupun dalam senyuman dia juga terasa sunyi.
p/s: Hanya rekaan semata-mata. Moga kita dapat manfaatnya.
~Taipan Kota Tunjong~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Kak Tirana suka bersunyi-sunyi...baru boleh concentrate nak membaca..hehehe
nice post. Sunyi. walaupun kadang2 kita nampak seseorang tu dikelilingi orang ramai, tp sebenaqnya dia sunyi.. eh yeke?
Kak tirana: sunyi untuk sbb tu dkecualikan kak. klu bising2 sy pun ssh nk mmbca.hehe..
liliana: kdang2 kita nmpk org rmai dsekeliling pdhal dia sepi. sepi dri segi jiwanya.mungkin!
yes, i like.
dikelilingi ramai org x semestinya kita happy.
everybody have their own definition on 's.u.n.y.i'
best!THUMB UP...
mule2 pasal kg tunjung sunyi pastu psl mak dr mad sunyi. huhu
penceritaan yg bagus~
faiz: betul faiz.nampak hepi.pdhal sunyi dlm jiwa.kosong.
purplezZlime: terima kasih. moga dirahmati Allah swt.
Syu'bah: huhu.saja begitu. kna ada anjakan pradigma jga pd pnulisan. jzk.
Alhamdulillah satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai seorang anak..Mudah2an kita dapat muhasabah diri kita sendiri..
insyaAllah hanip.
sama-sama kita.
Post a Comment