Friday, January 1, 2010

Lambaian Dua Ribu Sembilan.

2009 - 2010. Pictures, Images and Photos



Dua Ribu Sembilan. Itu jika ditulis dengan perkataan. Ini nombornya 2009.

Pasti ada yang berasa puas meninggalkan tahun dua ribu sembilan. Ada juga yang masih muram durjana. Memikirkan diri yang masih dalam keadaan terumbang ambing. Dulu masih lagi kita ingati. Sambutan Tahun Baru Masehi 2009. Penuh dengan kerancakan untuk menyambutnya. Di seluruh dunia membuat persiapan yang rapi. Nampak seperti semua manusia di dunia ini terutamanya di Malaysia mahu hidup seribu tahun lama lagi. Berjaga dari malam sampai pagi. Apabila tiba sahaja pagi, semua orang tidur. Letih dek sambutan yang penuh ancaman. Sehari suntuk bergembira. Solat entah ke mana pergi.

Dulu-dulu, ibubapa mengajar kita bagaimana mahu solat. Solat di masjid tidak pernah 'miss'. Doa pasti dihafal dengan lancar. Patuh dan taat. Kini, apabila kita sudah meningkat besar, doa makan pun kadang-kadang kita lupa nak baca. Solat pun mungkin akhir-akhir waktu. Cuba kita renungkan kembali. Semalam dua ribu sembilan telah pergi meninggalkan kita. Lambaiannnya masih terasa. Segala yang kita lakukan dan kita lalui hanya tinggal kenangan. Kenangan yang dapat kita jadikan pengalaman. Mengajar kita erti kedewasaan.

Dua ribu sepuluh. Itu jika ditulis dengan perkataan. Ini nombornya 2010.

Pasti saja ada yang berazam untuk melakukan yang terbaik pada tahun ini. Perancangan telah disusun dengan rapi. Telah tiba untuk diri berubah mencari sinar yang sebenar. Boleh dikatakan, semua manusia berazam kearah sifat yang positif. Jika tahun lalu,kita tidak pernah langsung menjejak kaki ke masjid(kecuali solat Jumaat dan solat sunat Raya). Pasti tahun ini ita berazam untuk memperbanyakan solat berjemaah.
Jika tahun lalu, satu juzuk al-Quran pun kita tak sempat habiskan, pasti tahun ini kita cuba untuk menghabiskannya. Jika tahun lalu, kita masih tidak pernah menghayati bacaan dalam solat, pasti tahun ini kita mahu mempelajari dan menghayatinya.

Namun, adakah semua azam kita ini akan tercapai. Adakah perancangan yang telah tersusun rapi akan terlaksana. Tanpa tindakan pasti azam hanya tinggal azam. Sama-sama kita renung dan gerakan hati kita. Lakukan agar kita lebih terasa dekat dengan-Nya.

No comments: