Thursday, November 26, 2009

Korban-Amalan Mulia.


Saidina Abu Bakar RA mengorbankan semua hartanya untuk Islam dan umatnya sehingga Rasulullah Saw bertanya kepadanya:"Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluargamu?" Jawab Abu Bakar:"Aku tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya."

Kata-kata hikmat sahabat yang dijanjikan syurga itu cukup ringkas tetapi penuh pengertian. Itulah pengorbanan yang cukup sukar untuk dilakukan umat Islam hari ini kerana yang dipandang adalah harta dan bukannya berada di sisi Allah Swt.

Islam mengajar kta supaya menjadikan pengorbanan sesuatu yang berharga sebagai penyaksian dan pembuktian kepada akidah kita emi untuk kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat.

Firman Allah Swt dalam surah az-Zumar ayat 65:" Dan sesungguhnya diwahyukan kepadamu(wahai Muhammad) dan kepada nabi-nabi terdahulu,daripadamu,demi sesungguhnya engkau(dan pengikut-pengikutmu)mempersekutukan(sesuatu yang lain dari Allah) nescaya akan tetap gugur amalanmu, dan engkau akan menjadi dari orang-orang yang rugi."

Jumaat ini bersamaan 27 November 2009,kita,bersama saudara kita yang menunaikan ibadat haji menyambut Ailadha dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir,bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan juga ketakwaan kepada Allah Swt.

Aidiladha lebih besar erti dan nilai tingginya berbandibg dengan Aidilfitri. Sejajar dengan kedudukan itu,masa bertakbir dipanjangkan bermula daripada malam hari raya hinggalah hari keempat raya,iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari Tasyrik. Di samping bertakbir, umat Islam melakukan ibadat korban pada hari-hari berkenaan.

Demikian pula bagi umat Islam yang berada di anah suci menunaikan ibadat haji pada tiga hari Tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jamrah d Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah:


"Wahai Tuhan kami,kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintah-MU,wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu,kami sahut seruan-Mu,sesungguhnya sgala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagi-Mu,wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu."

Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim AS untuk menyembelih putera baginda dan kepatuhan Nabi Ismail As terhadap perintah Allah Swt memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi kerana ia adalah pengorbanan yang cukup besar semata-mata kerana-Nya.

Sejarah pengorbanan agung itu tidak tertinggal dalam lipaan sejarah malah ia dihayati sepanjang zaman demi menegakkan agama Ilahi ini. Pengorbanan Nabi Muhammad Saw, sahabat serta ramai lagi dari segi nyawa serta harta benda dalam menegakkan dan mempertahankan Islam adalah pengorbanan yang sangat agung.

Cuba kita merenung sejenak,memikirkan apa yang telah kita korbankan demi Islam. Apakah pengorbanan kita demi agama yang tercinta ini? Fikir dan renungkanlah agar kita sentiasa menjurus ke arah kebaikan dan mengajak manusia melakukakn kebaikan.InsyaAllah.


~Taipan Kecepatan Kota Tunjong~

3 comments:

-mfr5071- said...

weh matri korban unta tahun ni..?
ari tu hg kata klau matri korban unta bru hg nk blk...haha
klau da unta aku turun gak..hoho

[[ afdholul rahman ]] said...

moga erti pengorbanan menjadi penghayatan dalam kehidupan...

atifgazali@gmail.com said...

tak jadi faiz..
unta takut nak naik flight.
terpaksa la korbankan lembu juga.
hehe..
biar kambing ka lembu ka unta ka..
asalkan kita menghayati apa yang kita lakukan.Sprti yg afdholul katakan.
jika haiwan2 itu boleh berkorban,maka apakah kita ini tidak mampu berkorban?