Tuesday, September 29, 2009

Gendang Takbir Raya Semakin Suram.




Takbir raya semakin hari sudah semakin suram. Kenikmatan meraikan bersama-sama keluarga dan sahabat handai juga begitu. Pantas sungguh masa berlalu. Sehari terasa bagai sejam. Sejam terasa bagaikan seminit. Kesibukan manusia membuatkan masa mencemburui kita. Dalam memikirkan begitu pantas masa berlalu, lamunan terhenti seketika. Disapa sahabat yang begitu prihatin.


"Eh,dah puasa enam ka?",tegur sahabatku itu.

"Belum lagi," balasku.

"Ingat ka dah mula berpuasa,rupa-rupanya sama saja dengan aku," selorohnya.

"Mana boleh tahan, makanan waktu raya ni macam-macam, ada rumah terbuka la, nikmat

raya tu masih panas. Tengok kuih-kuih raya tu sudah la," aku berbicara sambil

menunjuk kuih-kuih raya di atas meja yang telah lama tersedia.

"Betul tu,aku pun macam tu juga. Jom makan dulu kuih-kuih ni,nanti kalau dah habis

tak sempat nak rasa pula,"balasnya .


Perbualan kami terhenti di situ.Terhenti kerana kuih-kuih raya itu. Tanganku membuka balang kuih Almond London sambil berfikir bilakah aku mahu mula berpuasa enam? Tiap-tiap hari pasti ada saja hidangan yang membuatkan air liur aku meleleh keluar. Huh! Jika aku mula berpuasa mulai sekarang pasti puasa terbatal jua. Manusia selalu mengikut hawa nafsunya. Tanpa iman dan akidah yang bersih, makhluk yang bernama manusia akan jauh terpesong. Aku teringat akan hadis Rasulullah SAW.

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim)



'Seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun'. Subhanallah. Betapa kasihnya Allah SWT terhadap hamba-hambanya. Hanya setelah berpuasa selama hampir sebulan pada bulan Ramadhan dan berpuasa selama enam hari pada bulan Syawal dengan persamaan setahun. Adakah kita mampu untuk untuk berpuasa sepanjang tahun? Pasti jawapannya tidak sama sekali. Sedangkan puasa enam pada bulan Syawal ini pun agak susah bagi kita. Semoga kita sentiasa istiqomah dan bermujahadah dalam melakukan amal soleh. InsyaAllah.
Ingat! Sama dengan berpuasa sepanjang tahun tuu... Subhanallah....


~Taipan Kecepatan Pongsu Seribu~

No comments: