"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan(kekuasaan Allah pada)burung-burung yang terbang di atas mereka,(siapakah yang menjaganya ketika)burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya?Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (67:19)
Friday, December 12, 2008
Generasi Muda dan Perubahan.
Perubahan merupakan cogan kata yang kerap dikemukakan pada masa mutakhir ini oleh pihak-pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Revolusi. Marxisme adalah merupakan aliran yang paling menonjol sekali mempercayai bahawa perubahan itu mesti berlaku secara kekerasan. Marx secara terang -terang telah mengemukakan pandangannya terhadap cara(uslub) yang seharusnya diambil oleh gerakan Komunis dalam melakukan perubahan sosial dan mengubah Kapitalisme. Katanya,"Tidak ada jalan bagi menggantian Kapitalisme dengan Sosialisme kecuali dengan revolusi."
Pemuda dalm hubungan ini adalah medan yang subur untuk digunakan oleh semua aliran yang mempercayai startegi perubahan ini. Revolusi dan Coup-de-tat yang telah berlaku dan akan berlaku di seluruh dunia akan meletakkan 'batu asas' kepada pemuda-pemuda dalam usaha mencapai tujuan mereka itu.
Bagaimana pula sikap Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda ini? Apakah peranan pemuda dalam p[erubahan Islam yang dicita-citakan? Apakah ciri-ciri Perubahan Islam itu? Kesemuanya ini akan cuba dibincangkan dan diperkatan dalam kajian kita ini.
~Kenapa mesti pemuda?
~Kenapa fokusnya selalu kepada pemuda?
~Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?
Pada logik Islam, apabila kita bergantung kepada pemuda, bukanlah bermakna kita melupakan peranan orang-orang dewasa dan juga orang tua atau memperkecilkan-kecilkan kedudukan mereka seperti fahaman Komunisme di mana seroang pemimpin mereka selepas revolusi telah menuntut supaya dihapuskan kesemua orang-orang tua supaya tidak menjadi beban kepada negara.
Menurut Islam, setiap manusia ada peranannya. Setiap peranan harus diberikan haknya tanpa ada rasa sensitif, tanpa ada penentangan. Mengikut asas-asas dan kaedah-kaedah yang berikut:
1) Dirahmati Allah seorang yang mengenal batas dirinya dan dia melakukan apa yang sepatut dilakukannya.
2) Bukan daripada kalangan kita mereka yang tidak mneghormati orang tua dan tidak mengasihani anak-anak kecil.
3) Kebenaran itu diterima walapun datangnya daripada seorang anak kecil atau orang tua walaupun ianya kerabat jauh yang tidak disukai, sementara kebatilan itu ditolak walaupun datangnya daripada anak kecil atau orang tua yang dekat lagi dikasihi.
Apabila skop tugas-tugas perubahan difokuskan kepada pemuda-pemuda maka ia adalah sesuai dan selaras dengan kemampuan dan tugas mereka. Manusia dalam setiap peringkat usianya dalam kehidupan mempunyai kebolehan-kebolehan dan kemampuan-kemampuan yang sesuai dengan tugas-tugas yang tertentu. Kadang-kadang mungkin tidak sesuai dengan semua tugas. Tugas pada masa usia kanak-kanak lain daripada tugas waktu usia muda pemuda dan seterusnya lain pula dengan tugas dalam waktu usia dewasa dan hari-hari tua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment