Bismilahhirrahmanirrahim,
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah sudah berakhirnya program KHIDMAH '08 yang telah berjalan selama 6 hari dari 15 hingga 20 Disember di Yan,Kedah Darul Aman. Program yang begitu bermanfaat ini semestinya memberikan kesan yang mendalam di dalam lubuk hati bukan sahaja kepada peserta malah juga kepada penduduk kampung yang terlibat terutama penduduk Kampung Setar,Kampung Titi Serong, Kampung Perupok dan juga Kampung Perigi. Tanpa bantuan dan kerjasama daripada keempat-empat kampung ini,program ini mungkin tidak akan berjalan lancar seperti air yang mengalir deras di Titi Hayun. Kendatipun progaram ini diadakan selama 6 hari, tetapi terasa bagaikan 2 hari berada di sana. Diharapkan program yang sebegini rupa akan kerap kali diadakan lagi selepas ini. Namun perjuangan harus diteruskan. Hidup ini perlukan pegorbanan.
"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan(kekuasaan Allah pada)burung-burung yang terbang di atas mereka,(siapakah yang menjaganya ketika)burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya?Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (67:19)
Monday, December 22, 2008
Friday, December 12, 2008
Kisah Si Sopak,Si Botak dan Si Buta.
Kisah ini merupakan kisah teladan yang sangat berguna kepada semua. Mungkin sesetengah orang sudah selalu mendengar kisah ini. Tetapi saya ingin juga menceritakan demi manfaat dan teladan bersama.
Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta.
Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya kepada si-sopak "Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak menjawab, "Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak." Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak.
Kemudian malaikat bertanya kepada si-botak soalan yang sama. Si-botak menjawab, "Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak." Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak.
Selepas itu malaikat bertanya kepada si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta menjawab, "Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak." Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang melimpah.
Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah. Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit wang. 'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat. Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu." Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin.
Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin.
Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, "Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini." Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur.
Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang asal.
Generasi Muda dan Perubahan.
Perubahan merupakan cogan kata yang kerap dikemukakan pada masa mutakhir ini oleh pihak-pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai Aliran Revolusi. Marxisme adalah merupakan aliran yang paling menonjol sekali mempercayai bahawa perubahan itu mesti berlaku secara kekerasan. Marx secara terang -terang telah mengemukakan pandangannya terhadap cara(uslub) yang seharusnya diambil oleh gerakan Komunis dalam melakukan perubahan sosial dan mengubah Kapitalisme. Katanya,"Tidak ada jalan bagi menggantian Kapitalisme dengan Sosialisme kecuali dengan revolusi."
Pemuda dalm hubungan ini adalah medan yang subur untuk digunakan oleh semua aliran yang mempercayai startegi perubahan ini. Revolusi dan Coup-de-tat yang telah berlaku dan akan berlaku di seluruh dunia akan meletakkan 'batu asas' kepada pemuda-pemuda dalam usaha mencapai tujuan mereka itu.
Bagaimana pula sikap Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda ini? Apakah peranan pemuda dalam p[erubahan Islam yang dicita-citakan? Apakah ciri-ciri Perubahan Islam itu? Kesemuanya ini akan cuba dibincangkan dan diperkatan dalam kajian kita ini.
~Kenapa mesti pemuda?
~Kenapa fokusnya selalu kepada pemuda?
~Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?
Pada logik Islam, apabila kita bergantung kepada pemuda, bukanlah bermakna kita melupakan peranan orang-orang dewasa dan juga orang tua atau memperkecilkan-kecilkan kedudukan mereka seperti fahaman Komunisme di mana seroang pemimpin mereka selepas revolusi telah menuntut supaya dihapuskan kesemua orang-orang tua supaya tidak menjadi beban kepada negara.
Menurut Islam, setiap manusia ada peranannya. Setiap peranan harus diberikan haknya tanpa ada rasa sensitif, tanpa ada penentangan. Mengikut asas-asas dan kaedah-kaedah yang berikut:
1) Dirahmati Allah seorang yang mengenal batas dirinya dan dia melakukan apa yang sepatut dilakukannya.
2) Bukan daripada kalangan kita mereka yang tidak mneghormati orang tua dan tidak mengasihani anak-anak kecil.
3) Kebenaran itu diterima walapun datangnya daripada seorang anak kecil atau orang tua walaupun ianya kerabat jauh yang tidak disukai, sementara kebatilan itu ditolak walaupun datangnya daripada anak kecil atau orang tua yang dekat lagi dikasihi.
Apabila skop tugas-tugas perubahan difokuskan kepada pemuda-pemuda maka ia adalah sesuai dan selaras dengan kemampuan dan tugas mereka. Manusia dalam setiap peringkat usianya dalam kehidupan mempunyai kebolehan-kebolehan dan kemampuan-kemampuan yang sesuai dengan tugas-tugas yang tertentu. Kadang-kadang mungkin tidak sesuai dengan semua tugas. Tugas pada masa usia kanak-kanak lain daripada tugas waktu usia muda pemuda dan seterusnya lain pula dengan tugas dalam waktu usia dewasa dan hari-hari tua.
Monday, December 8, 2008
Salam Aidul Adha.
Selamat hari raya haji n korban ku ucapkan kepada semua umat muslim. Semoga cikgu Norizan dapat melakukan haji dengan sebaik mungkin.InsyaAllah. Kepada kawan-kawanku yang lain teruskan bergembira dengan hari raya bagi umat Islam ini. Tetapi kita kena ingat, dalam keadaan kita bergembira ada lagi umat Islam yang dalam keadaan sedih. Umat Islam di Palestin, Afghanistan, Iraq dan banyak lagi.
p/s: Jangan mkn daging banyak sangat. Berpada-pada.
p/s: Jangan mkn daging banyak sangat. Berpada-pada.
Sunday, December 7, 2008
Datang dan Pergi.
Kawan datang dan pergi. Masa berlalu sungguh laju. Masih terasa panas kerusi sewaktu tingkatan 1. Masing-masing mempunyai cita-cita dan matlamat. Tetapi kita mempunyai matlamat yang satu iaitu mencari redha Allah. Perjuangan masih jauh di hadapan. Jangan kita terleka dan terlalai. Kemarilah kawan-kawanku perbaiki diri perbaiki yang lain. Peringati diri peringati yang lain. Selamat berjuang!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)