Tuesday, June 24, 2008

Ingatlah!!! Kegagalan seseorang itu bukanlah kerana ketidakmampuannya untuk berjaya, tetapi ia gagal memahami keupayaannya untuk berjaya.

Sehari demi sehari kita berusaha untuk memperolah kejayaan. Namun kadang-kadang kita tidak langsung mencapai kejayaan yang kita nanti-nantikan itu. Apakah sebabnya?? Adakah kita yang berusaha pagi petang siang dan malam hanya bagi mendapat kejayaan duniawi sahaja?? Setiap pekerjaan yang dilakukan tanpa niat umpama manusia tanpa pakaian. Begitulah juga dalam kita mengejar kehidupan di dunia ini. Kita sebenarnya hidup untuk menjadi hamba kepada Rabb yang satu. Tidak punya sebab yang lain. Untuk kita beriman,bertakwa dan tunduk patuh kepadaNya. Itulah sebabnya kita harus membimbing hati dan jiwa kita agar tidak tesangkut dengan dunia yang tidak seberapa ini kerna kejayaan yang kita capai nanti ~InsyaAllah~akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T.. Pepatah Arab ada mengatakan ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Ini membuktikan betapa pentingnya beramal dalam menuntut ilmu duniawi mahupun ukhrawi. Sebenarnya kita berupaya dalam mencapai kejayaan,namun begitu,kita sendiri yang tidak memahami dan selalu membiarkan keupayaan kita ini menjadi kering kontang dan kosong! Nah hasilnya kita menangis dan menyesal. Intihanya,marilah kita semua sama-sama berubah menjadi manusia yang bertamadun dan berakhlak dalam membentuk kejayaan.

No comments: