Adakah kita pernah merasa kepahitan yang sangat pahit seperti jadam?? Mungkin tidak pernah. Cuma ujian yang sedikit sahaja dari Allah Yang Maha Besar.Tapi kerana ujian yang kecil itulah yang membuat kita selalu merungut disebabkan kita terlalu biasa dengan kemewahan dunia yang melimpah hingga ke tepian laut. Kita tidak pernah mengingatiNYA..kita lalai dengan pekerjaan kita,dengan dunia kita..kita tidak pernah berfikir akan ciptaan alam ini..
Mungkin sehingga terjadinya nakbah yang betul-betul terjadi membuatkan kita sedar. Kita tidak pernah mengambil tahu tentang saudara-saudara kita yang merana kesakitan,kebuluran,ubat-ubatan yang tidak mencukupi dan banyak lagi situasi-situasi yang kita sendiri tidak mahukan. Adakah kita pernah berdoa kepada Allah agar umat Islam di dunia ini diberi keadilan dan keselamatan??? Pernahkah?? Tanya diri kita kembali..jika hendak mengangkat tangan untuk meminta doa kepada Allah S.W.T kita tidak mampu ..apatah lagi untuk berjihad ...
No comments:
Post a Comment