Pertama dan utamanya,marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kita kepada Allah S.W.T. yang mengizinkan kita untuk menghirup udara yang segar lagi nyaman di dunia yang sementara ini . Bersyukur juga kita kerana dapat beribadah dan bertakwa untuk ad-deenNya iaitu,Islam . Islam adalah satu dan tidak akan bertukar mengikut peredaran zaman . Pada zaman kontemporari ini,kita dapat lihat negara-negara Islam yang kebanyakannya dibawah pemerintahan orang kafir atau pemerintah yang kurang faham dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. ini . Dengan adanya pemerintah sebegini,maka terciptalah sistem pemerintahan yang tidak mengikut prinsip-prinsip Islam itu sendiri . Contohnya di negara Turki yang sekarang ini menggunakan sistem sekular . Ini berlaku kerana,pemerintah Turki pada masa dahulu(Mustafa Kamal Attartuk) mengubah segala bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh negara Islam kepada negara yang moden sehingga sanggup menukar azan kepada bahasa Turki . Ini amat menyedihkan bagi umat Islam di seluruh dunia yang berpengang teguh kepada ajaran Islam .
Sebenarnya,kita akan membincangkan hal ini pada masa akan datang kerana saya ingin menceritakan sedikit pengalaman saya semasa berada di luar negara . Pada bulan April yang lalu,pejabat sekolah saya telah menerima faks daripada Persatuan Hoki Malaysia(PHM) menyatakan supaya saya menjalani latihan dan sesi pemilihan di Stadium Hoki Bukit Jalil . Saya berasa amat tekejut dan teruja setelah diberitahu tentang tawaran itu . Saya bertolak ke Kuala Lumpur menaiki bas dari stesen bas Kangar dengan tidak ditemani oleh sesiapa . Keesokan harinya,sampailah saya di Pudu Raya yang dipenuhi pelbagai jenis manusia . Apabila saya turun daripada bas ,saya terus menuju ke kedai 7 Eleven untuk membeli roti dan minuman bagi melapik perut . Sambil menunggu kehadiran abang saya dan kawannya untuk mengambil saya, saya duduk di tepi kedai tersebut sambil mengunyah roti gardenia berkrimkan jagung dan menikmati air berperisa kopi yang telah ditinkan .
Setelah menunggu selama 15 minit,saya pun menuju ke Majlis Sukan Negara(MSN) dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira yang berwarna merah kepunyaan kawan abang saya . Perjalanan ini mengambil masa agak-agak 25 minit untuk sampai . Tibanya saya di MSN ,saya terus mendaftarkan diri dan diberi tempat penginapan di asrama Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) . Pendek cerita,saya telah dipilih untuk mewakili negara dalam kejohanan 4 negara di Mannheim,Germany .
Saya bersama rakan-rakan sepasukan dan 4 orang pengurusan bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.55 malam menaiki kapal terbang kepunyaan Malaysian Airlines(MAS) . Perjalanan mengambil masa kira-kira 12 jam untuk mendarat dilapangan terbang Frankfurt iaitu pada pukul 6.45 pagi waktu di German . Walaupun matahari begitu terik,cuaca di Frankfurt agak dingin iaitu dalam 12 darjah Celcius . Setelah selesai urusan mengenai passport,kami terus ke tempat bagasi untuk mengambil barang masing-masing . Di luar lapangan terbang, 4 buah van kepunyaan Kelab Hoki Mannheimer(MHC) telah lama menunggu untuk membawa kami ke sebuah hotel . Setelah 45 minit,kami tiba di Hotel Nestor yang berdekatan dengan sebuah neckar(tasik) . Ia juga dikelilingi dengan ladang-ladang tumbuhan yaang menhijau . Kami kemudiannya diberi 14 buah bilik untuk penginapan selama 12 hari dengan setiap bilik dibahagikan kepada 2 orang .
Selepas merehatkan badan setelah 13 jam perjalanan , kami kemudiannya bertolak ke padang hoki di Kelab Hoki Mannheimer untuk menjalani latihan . Pada mulanya saya berasa begitu semangat kerana pertama kalinya saya dapat bermain hoki di negara orang . Namun begitu,semangat saya semakin kurang kerana kerongkong saya berasa begitu kering disebabkan cuaca yang dingin . Saya serta rakan-rakan saya terpaksa meminum air sebanyak empat kali sewaktu latihan . Setelah hampir 3 hari saya menjalani latihan,barulah saya dapat menyesuaikan diri dengan cuaca . Perlawanan persahabatan atau friendly match dengan Kelab Hoki Mannheimer berlangsung pada hari yang ke-4 . Perlawanan ini berpihak kepada pasukan Malaysia dengan kemenangan 3-1 . Seterusnya pada hari yang ke-5,kami melakukan perlawanan persahabatan dengan wakil negeri di sana dengan kemenangan 2-1 . Selepas itu,perlawanan dengan pasukan hoki Germany diadakan setelah seminggu kami berada di sana . Perlawanan ini agak seimbang dengan keputusan seri1-1 .
Hari yang telah ditunggu-tunggu telah tiba,perlawanan diantara 4 pasukan iaitu,Germany,Nederland(Belanda),Belgium dan Malaysia akan berlangsung . Perlawanan pertama bagi pasukan Malaysia ialah pada hari yang ke-9 dengan bertemu pasukan dari Nederland . Ianya berlangsung pada pukul 1.00 petang . Perlawanan ini berlangsung dengan begitu sengit dengan kedua-dua belah pihak membuat serangan bertubi-tubi ke arah gol lawan masing-masing . Pasukan Malaysia membuat gol pada awal minit separuh masa pertama dengan jaringan yang cantik oleh Muhammad Sabri bin Mohamed . Namun begitu,jaringan awal pasukan Malaysia tidak mematahkan semangat juang pasukan dari Nederland itu apabila mereka memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1 . Perlawanan ini menyaksikan kedua-dua pengadil perlawanan begitu menonjol untuk berat sebelah kepada pasukan Nederland .
Pada hari yang berikutnya,kami bertemu dengan pasukan tuan rumah iaitu,Germany . Perlawanan ini memang memihak kepada Germany dengan kemenangan besar ke atas Malaysia dengan keputusan 6-1 . Saya langsung tidak berasa begitu sedih kerana ini adalah satu pengalaman dan mengajar kita bahawa kita harus berlatih dengan lebih bersungguh-sungguh . Untuk pengetahuan para pembaca sekalian,pasukan Malaysia hanya menjalani latihan selama 13 belas hari . Mungkin faktor inilah yang membuatkan pasukan Malaysia tidak begitu mantap . Pada hari yang terakhir untuk perlawanan,kami berjumpa dengan pasukan dari Belgium . Perlawanan ini memang menjadi tumpuan sehinggakan pelajar-pelajar Malaysia dari universiti di sana sanggup datang melihat perlawanan ini walaupun jarak tempat dari universiti agak jauh . Pasukan Malaysia turun dengan penuh semangat untuk bermain bermati-matian . Hasilnya berbaloi apabila Malaysia seri 1-1 . Walaupun pasukan Belgium menjaringkan gol pendahuluan,namun ia tidak mematahkan langsung semangat pasukan Malaysia untuk berlawan . Gol Malaysia dijaringkan oleh Mohd. Ezwan Esa pada minit-minit terakhir perlawanan .
Setelah selesai perlawanan menentang pasukan Belgium ,kami pulang kembali ke tempat penginapan untuk berehat dan membuat persiapan bagi jamuan makan malam . Walaupun saya tidak begitu pandai bercakap bahasa Inggeris , saya dapat juga berkenalan dengan beberapa rakan dari Germany kerana mereka juga tidaklah begitu fasih berbahasa Inggeris . Saya sering berbual dengan goalkeeper Germany iaitu,Walzholz Julian . Oleh itu,jika saya membuat kesilapan bercakap dalam bahasa Inggeris semasa berbual dengan mereka,saya tidak akan berasa malu kerana mereka juga tidak tahu apa yang saya katakan . Sebelum pulang ke hotel,kami menangkap gambar bersama pasukan yang lain . Gambar ini sebagai kenangan untuk masa yang akan datang .
Pada hari yang ke-10,barulah saya berpeluang untuk melihat suasana di Heidelberg bersama-sama pasukan dan pengurusan saya . Kami dibawa melawati istana lama yang berada di atas bukit dengan menaiki bas yang baru siap 4 hari sebelum kami menaikinya . Berada di atas istana itu memang sejuk sebab masa itu hujan . Saya melihat segala-galanya yang ada di istana itu . Bagi saya,peluang sebegini tidak boleh dilepaskan kerana inilah kali pertama saya menjejak kaki di negara Eropah . Selepas itu,kami di bawa ke tempat membeli cenderamata untuk di bawa pulang ke Malaysia . Saya melihat banyak kedai-kedai makan di tempat itu milik orang Turki . Sementara menunggu pengurus membeli kebab di kedai Turki,saya dan kawan-kawan saya sempat lagi untuk menangkap gambar . Selepas selesai membeli-belah,pada pukul 1.00 petang kami dibawa ke kilang hoki T.K . Kilang ini tidaklah begitu besar dan tidaklah begitu kecil tetapi sangat kemas . Saya hanya membeli beberapa helai baju yang berharga 5 Euro (€) setiap satu,sepasang kasut yang berharga 20 € dan keychain sebagai kenangan .
Kami pulang ke hotel agak lewat sikit iaitu pada pukul 8.30 malam kerana makan malam di sebuah restoran melayu berdekatan dengan Stadium Sv Waldhof Mannheimer . Di stadium inilah saya melihat perlawanan bola sepak diantara Bayern Munich dan Sv Waldhof Mannheimer 07 . Tidaklah begitu best tetapi lebih menarik berbanding perlawanan bola sepak di Malaysia . Pada malam yang terakhir berada di sana,saya membuat persiapan barang-barang untuk di bawa balik ke Malaysia . Keesokan harinya,selepas sarapan pagi di bilik makan hotel,kami pun bertolak ke Lapangan Terbang Frankfurt untuk pulang ke Malaysia . Sebelum naik ke dalam kapal terbang,kami bersalam-salaman dengan pemandu-pemandu van yang sentiasa ceria sepanjang kami berada di Germany . Tepat pada pukul 12.55 tengah hari,bertolaklah kami semula ke negara asal . Sepanjang saya berada di atas kapal terbang,boleh dikatakan saya banyak memberikan ruang kepada minda saya untuk berehat iaitu tidur . Pada pukul 6.40 pagi waktu Malaysia , kapal terbang MAS telah pun kembali di tempat kelahirannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) . Saya berasa amat bersyukur kepada Alllah S.WT. kerana selamat sampai kembali ke tanah air yang dicintai ini . Kekalahan yang dialami sewaktu berlawan dengan Nederland dan Germany merupakan satu inspirasi kepada setiap individu untuk maju kehadapan dan juga sebagai satu pengalaman dalam proses untuk pembelajaran di peringkat antarabangsa . Inilah satu kenangan manis yang tidak akan saya lupakan sehingga Allah S.W.T. menarik nyawa saya untuk kembali kepada-Nya . Setakat ini saja yang dapat saya ceritakan . Sekian . Terima Kasih pembaca yang sudi membaca secebis kenangan yang tidak seberapa ini.
2 comments:
gila r..
rjin ang mengarang..
pa pown..
itulah antara kenangan paling manis dlm hidup aku..
xla rjin sgt..
sja ja wat..
mlas gla..
bkn stakat knangan manis ja..
knangan yg xbrapa nk elok da jgk..
tu yg ssah tu..huhuhu..
Post a Comment