Sunday, November 1, 2009

Kapal itu.


Kapal ditengah lautan itu semakin karam.
Hanya tunggu masanya sahaja.Orang yang di dalam kapal itu berlumba-lumba keluar
untuk meninggalkan kapal itu sebelum tamat riwayatnya. Namun,kebanyakan orang luar di darat berkejar-kejaran untuk masuk ke dalam kapal itu. Mereka nampak seolah-olah kapal itu sangat indah dan cantik. Mereka melihat dengan mata kasar mereka. Mata hati mereka diletakkan saja di bawah kaki mereka rapat-rapat. Tanpa ada rasa ingin mengangkat sedikit tapak kaki itu. Kebocoran pada kapal itu terlalu banyak dan tidak dapat disangkalkan lagi. Peliknya, mengapa mereka berlumba-lumba masuk ke dalam kapal yang sedang karam itu? Indah dan menarik sangatkah kapal itu? Dengan mata kasar memang mereka nampak sangat indah tetapi jika meneliti dan melihat dengan mata hati pasti mereka menangis berteriakan akan kejahilan mereka selama ini. Masa untuk kapal itu untuk tamat riwayatnya sudah sangat hampir. Kendatipun, masih ada masa kepada orang yang baru masuk ke dalam kapal itu untuk keluar kembali dan membiarkan kapal itu karam selama-lamanya. Ada masa lagi. Jika ianya bermula dari saat ini. Jika tidak pada hari ini, kapal itu akan tenggelam dan karam. Penumpangnya lemas tanpa sempat bernafas panjang buat kali terakhir.


kakinote:gambar hiasan dan kiasan.


~Taipan kecepatan Kota Tunjong~

2 comments:

Tirana said...

Dalam maksudnya ni...Setiap perkara itu kena diteliti dengan mata hati bukan dengan mata kasar sebab kadang-kadang mata kasar boleh menipu kita..semua nampak cantik sedangkan pada hakikatnya yang cantik itu tidak semestinya baik untuk kita

atifgazali@gmail.com said...

Ya..mungkin.
banyak makna sebenarnya di sini.
Jika kita tengok hari ini,kebanyakan umat Islam yg jahil berlumba-lumba untuk mengikut budaya Barat sedangkan budaya itu merosakkan. Mereka mencari kegelapan. Di Barat,mereka berusaha mencari cahaya.