Lafaz istirja' ke atas pemergian isteri dan anak kepada as-Syeikh Ustaz Salman Al-Awdah tempoh hari akibat kemalangan. Ujian yang besar untuk orang yang benar-benar hebat.
Sedikit perkongsian yang mendalam mengenai makna maaf. Maafkan aku kerana kemaafanku yang tidak disertai dengan taubat dan iltizam.
''Sebebas Burung Berterbangan''
"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan(kekuasaan Allah pada)burung-burung yang terbang di atas mereka,(siapakah yang menjaganya ketika)burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya?Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (67:19)
Tuesday, January 31, 2017
Sunday, September 11, 2016
Adab Menjaga Mulut
Banyak sekali lidah ini bergerak laju tanpa memikirkan kesan yang akan dirasai oleh semua yang mendengarnya. Maafkan lah lidah ini yang tidak bertulang. Berbicara tentang kesalahan dan kekhilafan manusia seolah-olah kita ini murni dari dosa. Maafkan lah ..
Sedikit peringatan dari ceramah Dr Rozaimi tetang adab menjaga mulut,
Jika kita mampu menjaga apa daintara dua rahangnya, iaitu mulut dan jika kita mampu menjaga anggota di antara dua kakinya iaitu kemaluan maka Rasulullah menjamin kita balasan syurga. Kita hendaklah menjaga terutamanya lidah kita kerana lidah ini merupakan anggota yang sangat ringan berkata terhadap manusia.
Ramai orang tergelincir kerana lidahnya, ramai orang jatuh kerana lidahnya dan ramai orang binasa kerana lidahnya. Justeru itu, kita harus menjaga lidah kita ini dari berkata-kata yang tidak elok berkenaan orang lain.
Justeru itu, kita hendaklah saling ingat-mengingatkan dan saling nasihat menasihati. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi di akhirat nanti.
Allah Swt berfirman mafhumnya :
"Demi masa. Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran,"[ Surah Al-'Asr ]
Semoga Allah mengampuni segala dosa lisan kita yang telah kita lakukan . Mendoakan kebaikan dan ampunan kepada semua insan yang telah kita ghibahkan. Allah Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat.
Wednesday, February 10, 2016
Ungkapan.
CARILAH UNGKAPAN YANG LEBIH ‘MOLEK’
Antara perkara yang indah yang diajar oleh Islam ialah muslim diperintahkan menggunakan perkataan-perkataan yang baik atau sekurangnya tidak keji dalam ungapannya. Muslim bukan seorang pencarut, atau pemaki hamun orang atau pencerca dengan kalimat-kalimat yang jelik dan keji. Lidah muslim indah, atau selamat dari kalimat-kalimat yang tidak senonoh. Dia mungkin tegas, keras amarannya, tinggi nadanya dan tajam kritikannya, tapi kalimat-kalimatnya itu terpilih; tidak lucah, tidak juga makian dan hamunan. Inilah yang Anas bin Malik ceritakan:
لَمْ يَكُنِ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - سَبَّابًا وَلاَ فَحَّاشًا وَلاَ لَعَّانًا
"Bukanlah Nabi s.a.w itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain". (riwayat al-Bukhari).
Mencerca atau memaki hamun orang lain dalam sesuatu majlis adalah perkara yang tidak baik. Dalam riwayat al-Tabarani dari al-Mu’jam al-Kabir: bahawa Nabi s.a.w pernah hadir dalam suatu majlis orang Ansar. Padanya ada seorang lelaki yang terkenal dengan suka memaki hamun. Nabi s.a.w pun bersabda:
انْتَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى مَجْلِسٍ مِنْ مَجَالِسِ الأَنْصَارِ وَرَجُلٌ فِيهِمْ قَدْ كَانَ يُعْرَفُ بِالْبَذَاءِ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ، وَقِتَالُهُ كُفْرٌ.
“Memaki orang muslim itu perbuatan fasik dan memeranginya perbuatan kufur”.
Barat
Di Barat ini walaupun tidak dinafikan ada kesopanannya terutama dalam pengurusan rasmi, namun vulgar language atau bahasa tidak senonoh sudah sebati dalam kehidupan harian mereka. Kalimat f*ck sentiasa di bibir. Di mana sahaja kita dengar mereka bersembang, biasanya perkataan itu akan terbit. Filem mereka, komedi mereka dan segala seni mereka akan diselitkan kalimat-kalimat jelik seperti itu. Stand-up comedy di sini antara yang dapat sambutan hebat. Ramai yang terkenal dan kaya raya dengan idea-idea lawak mereka. Ada banyak siaran khusus untuk stand-up comedy ini. Namun kesemua lawak tidak terlepas dari perkataan kotor, lucah dan cerita lucah. Makian juga menjadi modal lawak yang mendapat tepukan gemuruh. Tuhan, agama, Jesus, orang politik dan ramai lagi menjadi mangsa maki-hamun yang melucukan pendengar. Budaya lucah mendapat pasaran dalam masyarakat mereka. Penyanyi seperti Lady Gaga dengan segala kelucahannya mendapat tempat yang hebat. China telah senarai hitam Lady Gaga dan Katty Perry yang menjadi pujaan ramai di Barat, bahkan di pelbagai negara lain juga. Shanghai Baby novel karya Wei Hui, yang meriwayatkan kisah peribadinya yang bercampur lucah, yang telah dibakar sebanyak 40,000 naskah secara terbuka di China, tapi menjadi ‘the international bestseller’ di Barat. Banyak nilai yang berbeza yang menyerap ke dalam kehidupan masyarakat Barat. Bayangkan apabila budaya ini berterusan dan setiap anak yang lahir dalam masyarakat ini sudah terbiasa demikian rupa. Cumanya, di atas pentas ilmu atau akademik, nampaknya bahasa mereka masih terkawal dan molek.

Lunak Dan Tegas
Saya teringat hadis apabila sekumpulan Yahudi datang bertemu Nabi s.a.w dan memberi salam dengan mengucapkan as-sam alaikum yang bermaksud ‘maut ke atas kamu’. Nabi s.a.w menjawab ‘wa alaikum’ sahaja. Isteri Nabi, Aishah r.aha yang perasan dengan mainan ucapan salam mereka itu menjawab “as-sam ‘alaikum wal la’nah” maksudnya maut dan laknat ke atas kamu. Nabi s.a.w bersabda:
مَهْلاً يَا عَائِشَةُ ، إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِى الأَمْرِ كُلِّهِ » . فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَمْ تَسْمَعْ مَا قَالُوا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - « قَدْ قُلْتُ وَعَلَيْكُمْ
“Nanti dahulu wahai Aishah! Sesungguhnya Allah suka sikap lunak dalam semua perkara”. Jawab Aishah: “Wahai Rasulullah! Engkau tidak dengarkah apa mereka kata?”. Sabda Nabi s.a.w: “Aku telah pun jawab ‘wa alaikum’ (ke atas kamu)’ (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Demikian halusnya contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Jawapan ‘wa ‘alaikum’ juga satu tidak balas atas kebiadapan yahudi, namun ia bebas dari perkataan yang buruk dan keji. Kita tidak pernah menafikan bahawa Nabi s.a.w pernah bertegas dan tinggi nada suara baginda terutama ketika berkhutbah. Namun, baginda tidak memaki hamun atau melaknat orang lain, apatah lagi sesama muslim. Malanglah jika ada yang memaki hamun orang lain lalu menyandarkan kepada Nabi s.a.w. Bertegas, tinggi nada ucapan, keras amaran tidak sama dengan mengeluarkan perkataan yang buruk dan jelek kepada orang lain. Kata Jabir r.a:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا خَطَبَ احْمَرَّتْ عَيْنَاهُ وَعَلاَ صَوْتُهُ وَاشْتَدَّ غَضَبُهُ حَتَّى كَأَنَّهُ مُنْذِرُ جَيْشٍ
“Nabi ketika berkhutbah merah kedua matanya, tinggi suaranya, keras marahnya, seakan baginda sedang member amaran tentang bahaya kedatangan tentera musuh” (riwayat Muslim). Ini pun mengikut isu yang Nabi s.a.w perkatakan. Ada pelbagai riwayat tentang khutbah baginda.
Ada pula pihak yang apabila mereka memaki hamun orang lain, dia berkata: saya tiru Saidina Umar. Aduhai, nampak buruk khalifah yang mulia itu apabila menjelma dalam tindakannya. Ya, banyak riwayat menunjukkan sikap tegas dan keras Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab, namun bukan bererti dia memaki hamun. Ada beberapa perbezaan antara beliau dengan kita semua, beliau khalifah yang ada kuasa untuk menghukum rakyat bawahan seperti memukul bagi yang melanggar kesalahan. Sedang kita tiada hak tersebut. Dimensi zaman juga tidak sama, ketika itu tindakan beliau dianggap serasi dengan cara kehidupan di zaman itu. Di zaman kita, tidak perlulah seorang perdana menteri atau presiden negara membawa tongkat memukul rakyat yang melanggar peraturan jalanraya atau seumpamanya. Undang-undang yang detil sudah wujud, mahkamah dan pihak berkuasa berperanan sepenuhnya. Itu lebih dihormati di zaman ini.
Depan Khalayak
Di sana pula ada perbezaan antara ucapan di khalayak umum dan perbualan peribadi. Ucapan buruk di khalayak umum adalah satu kempen secara langsung atau tidak kepada budaya negatif. Tidak sama dengan ‘bersembang biasa’. Walaupun keduanya perlu berakhlak, namun yang dibuat depan khalayak kesan buruknya lebih besar. Kita tidak temui dalam khutbah para khulafa’ dan insan-insan terhormat menggunakan kalimat-kalimat makian dan hamunan. Firman Allah:
(maksudnya) “dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKU (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia”. (al-Isra: 53).

Kata Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini: “Allah memerintah Rasulullah s.a.w memberitahu kepada hamba-hamba Allah agar berkata dalam ucapan dan perbincangan mereka ungkapan yang terbaik dan kalimat yang baik. Jika itu tidak dilakukan, syaitan akan menghasut mereka. Maka ucapan itu akan membawa tindak balas, berlaku keburukan, permusuhan dan peperangan”. (Ibn Kathir, 5/87. Mekah: Dar al-Taybah).
Emosi
Dalam masa yang sama, kita tidak menafikan setiap kita ada emosi. Kadang-kala terlepas cakap, terkasar bahasa dan tersalah bicara. Namun, itu tidak boleh menjadi budaya lidah. Jika berlaku, ia wajar dikuti dengan penyesalan dalam diri dan memohon yang lebih baik dari Allah. Nabi s.a.w pernah berkata tentang diri baginda:
“Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti” (riwayat Muslim).
Jika seseorang sekali dua termaki orang, mungkin dia terlajak atau gagal kawal emosi disebabkan keadaan tertentu. Namun jika setiap kali berucap atau sering kali menjadi mainan bibir, maka itu sudah jadi petanda buruk jiwa dan akhlak kerohanian yang bersarang di dadanya.
Bahasa yang baik Allah suka. Kita mungkin ada kelemahan diri, namun jangan kita zahir dalam bahasa yang hodoh dan penuh dengan cacian dan makian. Bahasa yang baik akan dirahmati Tuhan, bahasa yang jelek akan menimbulkan kekerasan dalam perasaan dan nurani. Diriku dan sahabat sekelian, mari kita cari perkataan yang lebih molek dalam berinteraksi antara kita.

- https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10153973449782990
Saturday, January 30, 2016
Harapan.
Setiap kita ada dosa yang kita sayang. Ada maksiat yang susah kita nak tinggalkan.
Walaupun kita tahu, Allah tak suka kita buat. Walaupun kita tahu, akibat yang akan kita dapat. Nanti Allah tak redha. Nanti kena azab. Kita tahu!
Tapi, kita buat juga.
Dosa tidak menjaga batasan pergaulan. Dosa tidak jaga pandangan. Dosa tidak jaga percakapan. Dosa tak jaga pendengaran. Kita tahu semua itu tak boleh, dan memang kita tak mahu pun buat semua itu. Tapi sebab kita lemah, kita terseret oleh nafsu.
Kita ulang. Lagi dan lagi. Walaupun dulu kita dah taubat sungguh-sungguh. Kita janji dengan Allah tak nak buat dah.
Kita tanya diri kita, munafikkah aku? Munafikkah aku dgn Allah?
Syaitan bisik kat telinga. "Kau memang munafik! Tuhan takkan terima taubat kau! Kau taubat pun nanti kau buat lagi..." Kita pun mengalah. Kita ikut syaitan. Syaitan suka. Dia berjaya jatuhkan kita.
Kita terus dalam maksiat. Semakin hari jiwa makin tak tenteram. Kita solat tapi tak rasa apa-apa. Kering. Tak rasa nak berdoa. Kita pun perasan. Kita makin jauh dengan kebaikan. Tak semangat. Kita makin selesa pula dengan maksiat.
Dulu takut-takut. Kemudian rasa bersalah sikit-sikit. Lepas tu dah tak rasa apa. Biasa ja buat dosa. Iman dah tak bermaya. Tunduk. Terduduk. Lalu tersungkur.
Lama. Puas kita cari kekuatan. Putus asa. Takut situasi yang sama berulang. Malu. Malu dengan tuhan. Nafsu tidak pernah kenyang. Tapi dosa sudah terlalu menggelapkan. Hati semakin kelam dan melemaskan.
Getus lubuk hati yang dalam. "Tuhan, masihkah ada harapan? Tuhan, pimpin aku pulang. Aku tidak mahu terus begini. Aku tidak mahu jadi hamba yang tidak diredha. Aku lemah dan tak berdaya. Bantulah aku yang penuh kelemahan ini. Tiada daya dan upaya melainkan daripada engkau ya Allah."
Jiwa kembali bertenaga. Pelita harapan menyala semula. Allah maha pengampun. Allah maha penyanyang. Allah uji sebab Allah sayang. Allah mahu kita kembali.
Baliklah. Baliklah bertemu dengan Allah dalam gelap malam. Lepaskan rasa hati yang terpendam pada setiap sujud dalam solat. Nikmati detik-detik berharga berhubung dengan pencipta sekalian alam. Cucurkan air mata kesyukuran atas rasa penghambaan ini. Atas sapaan lembut daripada Allah agar kita kembali.
Esok lusa mungkinkah aku berdosa lagi? Ah, esok lusa belum tentu ada. Pohon ampunlah pada salah yang telah kita zalimi diri sendiri. Mohon kekuatan agar kita tidak lagi mengulangi. Jangan biar putus asa menguasai.
Jika Allah ingin ambil nyawa kita nanti, biarlah kita dalam perjalanan balik kepadaNya. Walaupun masih terluka dan banyak cacat celanya. Bukan dalam perjalanan menjauh daripadaNya. Allah tahu kita sedang berusaha. Allah tahu kita tidak lupa padaNya.
Kita akan terus bertaubat dan bertaubat sehinggalah kita mati. Kerana kita tidak akan pernah suci. Kerna Allah sentiasa bersedia untuk mengampuni.
-alfaqir walhaqir ilallah-
( Saleem Wahab)
https://www.facebook.com/qolbun.saleem?fref=ts
( Saleem Wahab)
https://www.facebook.com/qolbun.saleem?fref=ts
Thursday, December 31, 2015
Aku Salah Lalu Dia Menasihatiku.
Pada suatu hari, aku salah mengambil keputusan. Aku mengira bahawa itu benar, tidak mengandung syubhat 'kesamaran' sedikit pun. Kemudian ada seseorang mengingatkan kesalahan yang terdapat di dalam keputusan itu secara gamblang. Sejenak aku memikirkan apa yang dikatakannya. Ternyata benar, apa yang telah aku putuskan itu salah dan barulah aku merasakan indahnya nasihat yang maknanya antara lain adalah tanqiyyah(penjernihan). Dikatakan misalnya : nashahtu al-'asal, artinya aku membersihkan madu dari kotoran.
Aku memanjatkan pujian kepada Allah karena saudara tersebut menasihatiku pada saat yang sangat tepat. Sebab, apabila aku melakukan kesalahan di dunia ,lalu diingatkan, maka yang itu lebih baik dan lebih aku sukai daripada aku disiksa di akhirat gara-gara kesalahan itu.. Dan inilah salah satu manfaat ukhuwwah fillah yaitu mendapatkan orang yang membantumu untuk selalu berada di atas kebenaran, sehingga keputusan yang engkau ambil akan benar. Di sini tampak jelas juga nasihat, ia dapat mebantu mu masuk ke surga, menjauhkan mu dari neraka dan menghindarkanmu dari penyesalan pada hari kiamat kelak.
Setiap kali aku mengingat nasihat itu, aku bergembira dan berdoa semoga saudara tadi senantiasa mendapat kebaikan. Aku juga ingat dengan pernyataan Amirul Mukminin, Umar bin Khattab ra, "semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan aibku kepadaku."
- Petikan daripada buku Semua Pasti Ada Hikmahnya, Syeikh Abdul Hamid Al-Bilali

Sunday, September 7, 2014
Tuesday, July 1, 2014
Thursday, March 20, 2014
Thursday, March 13, 2014
Monday, March 10, 2014
Ghibah Dalam Solat.
Suatu kali saya pernah berjemaah solat Maghrib bersama Kia Sandal Jepit, guru spiritual saya. Saya benar-benar tak menyangka, betapa guru spiritual yang saya agungkan ternyata tidak teratur dalam mebaca ayat-ayat al-Quran. Tajwid ataupun makhraj yang harusnya dipatuhi ternyata hampir semuanya dilanggar. Saya menjadi berburuk sangka dan berniat untuk mengingatkannya selepas solat.
Ketika kami berdua telah menyelesaikan solat, belum juga saya sempat menyampaikan keinginan hati, tiba-tiba Kiai Sandal Jepit berkata, '' Nak kebesaran Allah itu tak hanya melihat betapa fasihnya dan indahnya kamu melafazkan ayat-ayatNya, namun Dia lebih melihat pada hatimu ketika menghadapNya. Apalah gunanya kefasihan dan keindahan bacaan jika hatimu tak hadir ketika sedang menyembah-Nya?''
Hikmah : Kadar kecintaan dan penghambaan kita tak hanya diukur dari sisi syariat sahaja. Selain mengusahakan syariat, sesungguhnya hakikatlah yang akan membawa diri kita masuk lebih jauh kepada Tuhan.
Petikan dari buku : Mengapa Si Penjudi Masuk Surga Sedangkan Si Sufi Masuk Neraka.

Labels:
Mutiara Hikmah.,
Tazkirah.
Doa untuk MH370.
Sesungguhnya kita ini hamba yang kerdil dan Allah Maha Kaya lagi Maha Mengetahui. Kita kena selalu merujuk kembali dan meminta hanya kepada Allah.
Labels:
Belangsungkawa.,
Berita,
Tazkirah.
Tuesday, January 14, 2014
Kenangan.
Kenangan terindah! Dulu apabila diberitahu bahawa Matri akan masuk MJHL semua rasa terkejut dan teruja. Benarkah ini? Dan semua itu menadi kenyataan. Kini dah tahun yang ke-tujuh Matri menyertai MJHL. Moga sentiasa kuat menebarkan kasih sayang di atas padang sintetik. Sering kita diingatkan di mana sahaja kita berada jada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
Pasukan Hoki Matri 2014
Penyertaan yang pertama MJHL.
Labels:
Hoki.,
Pemuda.,
Pengalaman.
Wednesday, January 1, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)