Sunday, September 11, 2016

Adab Menjaga Mulut

Banyak sekali lidah ini bergerak laju tanpa memikirkan kesan yang akan dirasai oleh semua yang mendengarnya. Maafkan lah lidah ini yang tidak bertulang. Berbicara tentang kesalahan dan kekhilafan manusia seolah-olah kita ini murni dari dosa. Maafkan lah ..

Sedikit peringatan dari ceramah Dr Rozaimi tetang adab menjaga mulut,

Jika kita mampu menjaga apa daintara dua rahangnya, iaitu mulut dan jika kita mampu menjaga anggota di antara dua kakinya iaitu kemaluan maka Rasulullah menjamin kita balasan syurga. Kita hendaklah menjaga terutamanya lidah kita kerana lidah ini merupakan anggota yang sangat ringan berkata terhadap manusia.

Ramai orang tergelincir kerana lidahnya, ramai orang jatuh kerana lidahnya dan ramai orang binasa kerana lidahnya. Justeru itu, kita harus menjaga lidah kita ini dari berkata-kata yang tidak elok berkenaan orang lain.


Justeru itu, kita hendaklah saling ingat-mengingatkan dan saling nasihat menasihati. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi di akhirat nanti.

Allah Swt berfirman mafhumnya :

"Demi masa. Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran,"[ Surah Al-'Asr ]

Semoga Allah mengampuni segala dosa lisan kita yang telah kita lakukan . Mendoakan kebaikan dan ampunan kepada semua insan yang telah kita ghibahkan. Allah Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat.