Tuesday, October 25, 2011

Bangun Sebelum Bangun.

Kala matahari terbit. Aku masih dalam keadaan mimpi. Tidur tanpa rasa malu. Azan yang dilaungkan tiada lagi kedengaran. Semuanya dek letih berjaga malam. Biar seribu orang mengejutkan aku,aku tetap atas pendirianku. Tidak cukup tidur! Dan aku harus sambung tidur ini sehingga aku rasa puas. Matahari kian meninggi. Semua makhluk keluar mencari rezeki. Berusaha untuk hidup. Bunyi si kucing bergaduh sesama mereka mengejutkan aku dari tidur. Jam menunjukan 10 30 pagi. Tersentak. Terasa diri ini orang yang paling rugi di dunia ini. Bangun di kala makhluk yang lain sedang mencari rezeki.

Semua orang di seantero dunia hangat membincangkan soal Mesir. Malaysia juga tidak terkecuali. Ada ibrah pada kita semua rakyat Malaysia. Rakyat Mesir bangun kerana sudah lama tidur dalam keadaan tertekan. Sudah lama hidup dalam cengkaman pemimpin yang 'sangat bijak'. Mereka semua bangun sebelum bangun. Aku di sini masih lagi tidur. Bermimpi entah sampai bila. Aku masih lagi tidak sedarkan diri.

Dan buat semua umat Islam. Tolong kejutkan aku. Agar aku bangun sebelum bangun. Kerana andai aku tidak bangun di sini, aku payah merasai nikmatnya bangun di sana.




Sunday, October 16, 2011

Tanggungjawab

"Seonggok kemanusiaan terdampar, siapa yang mengaku bertanggungjawab? Bila semua pihak menghindar, biarlah saya yang menanggungnya, semua atau sebahagiannya."

~ KH Rahmat Abdullah

Friday, October 7, 2011

Kebiasaan.

Kebiasaan membuatkan jiwa menjadi buta.
Buta kerana kebiasaan itu sudah sebati dalam sanubari.
Kebiasaan ini bukan kebiasaan biasa.
Kebiasaan yang membuatkan hati menjadi parah.
Kedukaan yang hanya boleh disembuh dengan menggunakan keimanan.
Tidak boleh dengan menggunakan ubat-ubatan.
Parah pada fizikal- senang diubati.
Duka pada jiwa- susah diubati.



Kota Padang
16:27
07/10/2011