"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan(kekuasaan Allah pada)burung-burung yang terbang di atas mereka,(siapakah yang menjaganya ketika)burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya?Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (67:19)
Sunday, January 13, 2013
Sunday, December 16, 2012
Friday, December 14, 2012
Sunday, November 25, 2012
Wednesday, November 21, 2012
Wednesday, November 7, 2012
Istiqomah
Assalamualaikum wbt...
Sudah lama blog ini tidak bernafas. Sunyi tanpa ada yang berbicara. Kadang-kadang semangat untuk menulis itu naik dan turun. Tambahan dengan hati yang kian sakit. Membuatkan kesungguhan menjadi pucat lesu. Mengapa 'Istiqomah' dijadikan sebagai judul untuk posting kali ini? Mari kita semak...
Istiqomah ataupun sering dikenali sebagai konsisten dalam makna yang sama membuat sesuatu pekerjaan itu dengan berterusan. Bukan menunggu semangat yang naik baru mula untuk melakukannya dan apabila semangat menjadi luntur, pekerjaan tersebut ditinggalkan. Mungkin semua orang sudah merasai kondisi sebegini termasuklah diri penulis. Penulis begitu menghormati orang yang mampu beristiqomah dalam melakukan sesuatu terutama dalam amal Islami. Dalam hadis ada menyebut bahawa amal yang baik adalah berterusan walaupun sedikit.
Kalau kita tengok keadaan pada hari ini, nilai istiqomah ini semakin merudum dalam masyarakat. Mungkin kita boleh konsisten untuk melakukan pekerjaan duniawi. Pergi sekolah, pergi kuliah dan pergi kerja tepat waktu. Setiap hari kita lakukan. Mengapa kita mampu untuk melakukannya? Semuanya adalah kerana ganjaran yang akan kita dapat. Jika kita tidak bekerja, daripada mana kita akan memperoleh wang dan bagaimana kita boleh meneruskan hidup? Tetapi sayang seribu malah sejuta kali sayang, dalam pekerjaan akhirat also known as ukhrawi kita kalah. Ya! Kita kalah lebih awal dan tersungkur. Lihat saja keadaan shalat kita, sedekah kita dan amal Islami yang lain. Ibadah kita hancur. Ibadah kita bermusim. Andai tiba hari-hari yang tertentu baru kita mula untuk bersungguh-sungguh. Nilai istiqomah sudah hilang !
" Perubahan mungkin mampu kita lakukan tetapi untuk konsisten dan kekal dalam perubahan itu yang sukar."
Moga istiqomah dapat diterapkan dalam jiwa kita terutama yang menulis ini.
Kota Padang
Sumbar
7 November 2012
Tuesday, July 24, 2012
Erti Puasa.
Kita yang hidup mewah dan dalam keadaan senang terlalu manja. Mahu puasa pun susah. Bangun sahur pun payah. Padahal semua kelengkapan ada pada kehidupan seharian kita. Apa sebenarnya erti puasa pada kita? Cuba kita pusing ke belakang, tengok saudara-saudara kita yang susah. Hidup dalam keadaan serba kekurangan tetapi mampu menahan lapar. Kita tidak sampai 14 jam berpuasa sudah merungut walhal pagi itu kita sudah bersahur. Bayangkan saudara kita yang susah, berpuasa kadang-kadang sampai dua hari. Menahan lapar. Pada bulan Ramadhan ada juga yang tidak ada bekalan untuk bersahur. Tetapi mereka kuatkan diri juga untuk berpuasa. Tidak merungut, tidak membantah. Mereka puasa semata-mata mencari keredhaan Allah. Hidup dalam keadaan yang penuh ujian dan cabaran. Jiwa mereka sudah tajam! Oleh itu, apa sebenarnya erti puasa bagi kita jika dibandingkan dengan mereka?
Sunday, July 22, 2012
Friday, June 29, 2012
Sunday, June 10, 2012
Saturday, June 2, 2012
Erti Kehidupan.
"Kunjungilah orang yang sakit supaya kamu mensyukuri erti sihat. Ziarahlah orang yang meninggal agar kamu kenal erti hidup. Lawatlah orang yang dipenjara, moga-moga kamu rasa erti bebas. Supaya dengan melakukan semua ini, kita sedar bahawa kita dikurniakan dengan ribuan malah jutaan nikmat dari Allah." - Dr 'Aid bin Abdullah al-Qarni - SUA - 19/04/2011
Thursday, May 31, 2012
Memancar.
"Hati yang bersih ibarat nur yang memancar, dimiliki insan yang benar-benar meletakkan Allah di hadapan, malaikat di kiri dan kanan serta matlamat Islam dikelilinginya. Hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut terhadap saudaranya, paling bersih dalam keyakinannya dan paling cekal dalam beragama."- Saidina Ali Ra
Wednesday, May 30, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)



